Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


“Belajar dan Mengajarkan Ilmu”
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan
membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Imam Syafie: Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه yang tidak terbatas.

“Memilih Makanan yang Halal”
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Imam Syafie: Dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, nabi bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

“Memperbanyakkan Lima Perkara”
Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه daripada menyebut makhluk.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.”

Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

“Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat“
Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying ALLâh و تعالى سبحانه. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Imam Syafie: Musibat dan nikmat adalah cubaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه.

Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

“Menziarahi Orang Sakit“
Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai ALLâh و تعالى سبحانه.

Imam Syafie: Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLâh و تعالى سبحانه, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.

“Hindari Perasaan Marah“
Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Imam Syafie: Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

“Mengasihani Anak Yatim“
Kasihanilah anak yatim kerana RasuluLLâh juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.

Imam Syafie: Membiarkan anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka ke jalan yang diredai ALLâh و تعالى سبحانه dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

Berbakti kepada Ibu Bapa“
Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.

Imam Syafie: Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda nabi yang dinyatakan oleh Bukhari,
“Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLâh و تعالى سبحانه, membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

“Amal Soleh sebagai Perisai“
Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

Imam Syafie: Semua amalan itu bukan untuk ALLâh و تعالى سبحانه, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. ALLâh و تعالى سبحانه tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.

“Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang“
Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah bersabda dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, “Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”

“Bentengi Iman dengan Lima Kekuatan”
Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah.

Imam Syafie: Iman itu selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.

“Ilmu Menenangi Hati”
Ingat dan zikir kepada ALLâh و تعالى سبحانه sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

Imam Syafie: Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. Menjadi hukum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

“Khusyuk Zahir dan Batin”
Kyusuk secara zahir adalah kyusuknya orang awam. Kyusuk secara batin adalah kyusuknya orang pilihan di sisi ALLâh و تعالى سبحانه.

Imam Syafie: Kyusuk berlaku kerana hati ikut bermunajat, berzikir, sentiasa berdoa kepada ALLâh و تعالى سبحانه serta sentiasa ingat ALLâh و تعالى سبحانه melihat gerak-geri hambaNya.

“Awas! Kubur Menunggu Kita“
Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi.

Imam Syafie: Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian.

“Mematahkan Serangan Syaitan”
Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada ALLâh و تعالى سبحانه. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan AuzubiLLâhi-Minasy-Syaiţanir-Rajim. Jika serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari ALLâh و تعالى سبحانه Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

Imam Syafie: Syaitan sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu daya.
Manusia yang mengerjakan ibadat kepada ALLâh و تعالى سبحانه adalah orang yang paling dimusuhi.

“Sebesar-Besar Keaiban”
Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

Imam Syafie: Nabi Muĥammad bersabda,
“Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri.”

“Membetulkan Hati“
Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

Imam Syafie: Anggota lahir hanya rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila hati baik, baiklah seluruh anggota badan.

“Istighfar Menggoncangkan Kerajaan Iblis”
Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

Imam Syafie: Istighfar dapat melembutkan fikiran dan jiwa individu. Ia menghindarkan individu draipada terlanjur melakukan kesalahan, menyalahkan orang lain dan menyebut perkataan dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya, selalu menyebut nama-nama ALLâh و تعالى سبحانه dan terus memohon keampunan ALLâh و تعالى سبحانه.

“Indahkan Dunia dengan Maaf”
Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya ALLâh و تعالى سبحانه akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

Imam Syafie: Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredaan hatinya kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

“Takafur sebelum Tidur”
“Takafurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”

Imam Syafie: Imbas kembali setiap gerak langkah sepanjang siang tadi.
Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan takwa di dalam diri. Tidak kira sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah iaitu hubungan dengan ALLâh و تعالى سبحانه ataupun hablumminannas iaitu hubungan dengan manusia.

“Kata-kata Hikmat Imam Syafie“
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Imam Syafie:
Insan terbahagi kepada tida iaitu:
Mereka yang mengenal ALLâh و تعالى سبحانه.
Mereka yang mencari kebenaran.
Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

“Tunaikan Sepuluh Hak“
Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat,
hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Hak malaikat maut
Hak kubur
Hak Munkar Nakir
Hak mizan
Hak sirat
Hak Malik
Hak Ridhwan
Hak Rasulullah
Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه …

Imam Syafie: Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

“Imam Syafie dengan Pendebat”
Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

Imam Syafie: Mengapakah iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?

“Sepuluh Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah“
Barang siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh kutamaan…

Imam Syafie: Orang yang menghubungkan ukhuwah amat disukai ALLâh و تعالى سبحانه serta penduduk-penduduk langit. Para malaikat juga gembira.

“Meraih Syurga Impian“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه

Imam Syafie: Di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti. Tepuk dada, Tanya iman. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

“Meraih Pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه “
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه seperti dalam firmanNya dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud,

Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman.

Imam Syafie: ALLâh و تعالى سبحانه juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud,

Jika ALLâh و تعالى سبحانه menolong kamu, maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu, jika ALLâh و تعالى سبحانه membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLâh و تعالى سبحانه.

“Memohon Pembelaan ALLâh و تعالى سبحانه
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud,

‘Sesungguhnya ALLâh و تعالى سبحانه membela orang-orang yang beriman’.

Imam Syafie: Iman itu sesudah diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang dapat merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.

“Menjadi Wali ALLâh و تعالى سبحانه “
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa bahawa ALLâh و تعالى سبحانه akan menaiktarafkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه selagi memenuhi syarat-syaratNya seperti dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, ALLâhlah penolong (wali) bagi orang-orang beriman.

Imam Syafie: Sesungguhnya wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه itu adalah mereka yang tiada kekhuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada ALLâh تعالى‎ و سبحانه.

“Mencari Hidayah ALLâh و تعالى سبحانه
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana firman ALLâh و تعالى سبحانه dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud,

“Sesungguhnya ALLâh و تعالى سبحانه adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus’.”

Imam Syafie:
Lima perkara bagi mendapat hidayah ALLâh:
Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه.
Perbanyakkan menyebut akhirat.
Perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut keaiban orang.

“Rezeki yang Baik dan Keberkatan“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud,

“Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”

Imam Syafie: Qur-n menyebut, segala musibat yang menimpa adalah akibat daripada tingkah dan olahan manusia sendiri. Ada masanya musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi semua orang termasuk orang yang tidak bersalah.

Di petik dari buku berjudul 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali, 2006

0 comments:

Post a Comment