BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Yâ-'Ayyuhan-Nabiyyu
'Iżâ Ţallaq-Ţumun-Nisâ-'A
Fa-Ţalliquhunna Li-‘Iddatihinna
Wa 'Aĥşul-‘Iddah; Wat-TaquLLâha Rabbakum; Lâ Tukhrijuhunna Mim-Buyutihinna Wa Lâ Yakhrujna 'Illâ 'Ay-Ya'-Tina Bi-Fâĥisyatim-Mu-Bayyinah. Wa Tilka ĤududuLLâh; Wa May-Yata-‘Adda ĤududuLLâhi Faqad Źalama Nafsah; Lâ Tadri La-‘AllaLLâhaYuĥdishu Ba‘-Da Żâlika
'Amrâ Fa-'Iżâ
Balaġna 'Ajalahun-Na
Fa-'Amsi-Kuhunna Bi-Ma‘-Rufin 'Aw Fâriqu-Hunna Bi-Ma‘-Ruf; Wa 'Asy-Hidu Żaway-‘Adlim-Minkum Wa 'Aqi
musy-Syahâdata LiLLâh. Żâlikum Yu-‘Aźu
Bihi Man Kâna Yu'-Minu BiLLâhi Wal-Yawmil-'Âkhir.
Wa May-YattaqiLLâha Yaj-‘Al-Lahu Makhrajâ Wa Yarzuq-Hu Min Ĥayshu Lâ Yaĥtasib. Wa
Many-Yata-Wakkal ‘AlaLLâhi Fa-Huwa Ĥasbuh. 'InnaLLâha Bâliġu
'Amrih; Qad Ja-‘AlaLLâhu Li-Kulli Syay-'In Qadrâ Wallâ-'I Ya-'Isna Minal-Maĥiđi
Min-Nisâ-'Ikum 'Inir-Tabtum Fa-‘id-Datuhunna Shalâshatu 'Asy-Huriw Wallâ-'I Lam Yaĥiđn;
Wa 'Ulâtul-'Aĥ-mâli 'Ajaluhunna 'Ay-Yađa‘-Na Ĥamlahunn; Wa
May-YattaqiLLâha Yaj-‘Al-Lahu Min
'Amrihi Yusrâ Żâlika 'Amru-LLâhi 'Anza-Lahuu 'Ilay-Kum; Wa Many-YattaqiLLâha Yukaf-Fir ‘Anhu
Sayyi-'Âtihi Wa Yu‘ Źim Lahu 'Ajrâ 'Askinuhunna Min Ĥayshu Sakan-Tum-Miw-Wujdikum Wa
Lâ Tuđârru-Hunna
Litu-Đayyiqu ‘Alay-Hinn. Wa 'In-Kunna
Ulâti-Ĥamlin-Fa-'Anfiquu ‘Alay-Hinna Ĥattá Yađa‘-Na Ĥamlahunn; Fa-'In 'Arđa‘-Na Lakum Fa-'Âtu-Hunna
'Uju-Rahun; Wa'-Tamiru Bayna-Kum-Bi-Ma‘ Ruf. Wa
'In-Ta ‘Âsartum Fasaturđi-‘U Lahu 'Ukhrâ Liyunfiq Żu-Sa-‘Atim-Min Sa-‘Atih, Wa Man-Qudira
‘Alayhi Rizquhu Fal-Yunfiq Mimmâ 'ÂtâhuLLâh. Lâ YukallifuLLâhu Nafsan
'Illâ Mâ 'Âtâ-Hâ.
Sayaj-‘AluLLâhu Ba‘-Da ‘Usrin-Yusrâ Wa Ka-'Ayyim-Min-Qaryatin ‘Atat ‘An 'Amri Rabbihâ Wa
Rusulihi Fa-Ĥâsabnâhâ
Ĥisâban-Syadidaw-Wa ‘Ażżabnâhâ
‘Ażâban-Nukrâ Fażâqat Wabâla 'Amrihâ Wa Kâna ‘Âqibatu 'Amrihâ Khusrâ 'A-‘AddaLLâhu Lahum ‘Ażâban-Syadida. FattaquLLâha Yâ-'Ulil-'Albâbillażina
'Âmanu! Qad 'AnzalaLLâhu 'Ilaykum Żikrâ Rasulay-Yatlu ‘Alay-Kum 'ÂyâtiLLâhi Mubayyi-Nâtil-Liyukhrijallażina
'Â-Ma-Nu Wa ‘Amiluş-Şâliĥâti Minaź-Źulumâti 'Ilan-Nur. Wa May-Yu'-Mim-BilLLâhi Wa Ya‘-Mal Şâliĥan-Yud-Khilhu Jannâtin-Tajri-Min-Taĥtihal-'Anhâru Khâlidina
Fihâ 'Abada; Qad 'AĥsanaLLâhu-Lahuu Rizqâ 'ALLâhullażi Khalaqa Sab-‘A Samâwâtiw-Wa
Minal-'Arđi Mishlahunn. Yatanaz-Zalul-'Amru Baynahunna Li-Ta‘-Lamu 'AnnaLLâha ‘Alâ
Kulli Syay-'In Qadir; Wa 'AnnaLLâha Qad 'Aĥâţa
Bi-Kulli Syay-'In ‘Ilmâ
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Wahai Nabi! apabila kamu - (engkau dan umatmu) -
hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa
mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul),
serta bertaqwalah kepada ALLâh,
Tuhan kamu. janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya
(sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari
situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji Yang nyata. dan itulah
aturan-aturan hukum ALLâh (maka
janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum ALLâh maka Sesungguhnya ia telah berlaku
zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) Engkau tidak
mengetahui boleh jadi ALLâh akan
mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
✐ Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh
idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau
lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil
di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu
(yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana ALLâh semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang
tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada ALLâh dan hari akhirat; dan sesiapa Yang
bertaqwa kepada ALLâh (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
✐ Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak
terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
ALLâh, maka ALLâh cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. ALLâh telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
✐ Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang
putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah
mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah
perempuan-perempuan Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung,
tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya. dan
(ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada ALLâh, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.
✐ Peraturan-peraturan Yang demikian adalah
hukum-hukum ALLâh Yang diturunkan
dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada ALLâh, nescaya ALLâh menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala
balasannya.
✐ Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani
idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai Dengan kemampuan kamu; dan
janganlah kamu adakan sesuatu Yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu)
Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar
meninggalkan tempat itu). dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak Yang
dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah
kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya)
Dengan cara Yang baik. dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami
kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
✐ Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah
menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan ALLâh kepadanya (sekadar Yang mampu); ALLâh tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang
diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat
bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
✐ Dan bukan sedikit negeri-negeri Yang penduduknya
menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung
amal mereka satu persatu Dengan hitungan Yang keras rapi, serta Kami seksakan
mereka Dengan azab Yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.
✐ Lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan
derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian Yang besar.
✐ ALLâh
menyediakan bagi mereka azab seksa Yang seberat-beratnya. maka bertaqwalah
kepada ALLâh kepada Wahai orang Yang
berakal sempurna dari kalangan orang Yang beriman. Sesungguhnya ALLâh telah menurunkan kepada kamu
peringatan -
✐ (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muĥammad ﷺ) Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat ALLâh Yang menerangkan kebenaran, supaya ALLâh mengeluarkan orang-orang (yang sedia
diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan)
kepada cahaya (hidayah petunjuk). dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada ALLâh dan beramal soleh, akan dimasukkan
oleh ALLâh ke Dalam syurga Yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya
selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan Yang demikian) telah mengurniakan
kepadanya sebaik-baik pemberian.
✐ ALLâh
Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.
(berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya ALLâh Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,
dan Bahawa Sesungguhnya ALLâh tetap
meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu.
0 comments:
Post a Comment