Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Dari Anas رضي ﷲ عنه. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.

Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur-n maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah رضي ﷲ عنه. berkata, Nabi Muĥammad . telah bersabda:

Apabila Telah Mati Anak Adam Itu, Maka Terhentilah Amalannya Melainkan Tiga Macam :
Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
Ilmu yang berguna dan diamalkan.
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

@Bacalah Quran Dan Hayatinya

Dikisahkan Bahawa Sewaktu Fatimah رضي ﷲ عنه. Meninggal Dunia Maka Jenazahnya Telah Diusung Oleh 4 Orang, Diantaranya Ialah:

Ali bin Abi Talib (suami Fatimah رضي ﷲ عنه)

Hasan (anak Fatima رضي ﷲ عنه)

Husin (anak Faimah رضي ﷲ عنه)

Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه

Sewaktu jenazah Fatimah رضي ﷲ عنه diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak RasuluLLâh ." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits As-Samarqandi Berkata Kalau Seseorang Itu Hendak Selamat Dari Seksa kubur Hendaklah Melazimkan Empat Perkara Semuanya:

Hendaklah ia menjaga solatnya

Hendaklah dia rajin bersedekah

Hendaklah dia rajin membaca Al-Qur-n

Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun Empat Perkara Yang Harus Dijauhi Ialah :

Jangan berdusta.

Jangan mengkhianat.

Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

Jangan kencing sambil berdiri.

Nabi Muĥammad bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLâh و تعالى سبحانه

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada ALLâh dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya ALLâh, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya ALLâh, ampunilah ia. Ya ALLâh sayangilah ia.’”

Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya ALLâh dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf) . Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu ALLâh bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

Orang yang membelanjakan harta (infak. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya ALLâh, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

Orang yang sedang makan sahur. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya ALLâh dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
 Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali ALLâh akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama

Nabi Muĥammad ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Nabi Muĥammad . Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya RasuluLLâh?

" Nabi Muĥammad menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.

" Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Nabi Muĥammad menjawab:
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak)
. "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking.
Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung).
Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.

"Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?" Nabi Muĥammad menjawab:
"Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya.
Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.
Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti ALLâh jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.

 Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan ALLâh.

" Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.

Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.

" Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.

" Nabi Muĥammad ditanya, mengapa ya RasuluLLâh? Baginda menjawab:
"Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup" … WaLLâhu 'ALam Biş-Şawab...

.....ketika itu Nabi Muĥammad sedang duduk bersama para sahabat diantaranya Sayyidina Umar, Sayyidina Osman, Sayyidina Ali, Sayyidina Abu Bakar dan lainnya...

lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat.."wahai sahabatku, tahukah kalian, siapakah hamba ALLâh yg mulia di sisi Nya...

"para sahabat terdiam.. lalu kemudian salah seorang sahabat mengatakan..."para malaikat ya RasuluLLâh.. merekalah yg mulia..

"Baginda berkata, "ya para malaikat itu mulia... kerna mereka dekat dgn ALLâh... mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada ALLâh...sudah tentu malaikat mulia, tapi... bukan itu yg ku maksudkan..

"lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...tiba2 seorang sahabat pula berkata... '
" tentulah para Nabi itu mulia ya RasuluLLâh..." Nabi Muĥammad tersenyum dan berkata, "ya, para Nabi itu mulia... mereka adalah utusan dari ALLâh.. sudah tentu mereka mulia...

tapi ada lagi yg lainnya.."para sahabat terdiam lagi.... lalu bertanya, "siapa lagi yg mulia???"lalu seorang lagi sahabat bertanya, "apakah kami sahabatmu ya RasuluLLâh yg mulia itu..?

"Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dgn penuh kasih syg... baginda tersenyum melihat mereka.. lalu berkata, "tentulah kalian mulia.. kalian dekat dgnku malah kalain membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia.. tentulah kalian mulia...

tapi.. ada lagi lain yg mulia..."para sahabat terdiam semuanya... mereka xmampu berkata apa2 lagi..

lalu.. bayangkan, tiba2 Baginda Nabi Muĥammad merundukkan wajahnya,bayangkan tiba2 Nabi Muĥammad menangis dihadapan para sahabatnya..penuh sayu para sahabat pun tertanya, "kenapa kau menangis ya RasuluLLâh.."

lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya kelihatan air mata yg berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda dan berkata..."wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia itu?"

"mereka adalah manusia2 yg akan lahir lama selepas wafatku nanti..."

"mereka terlalu mencintai ALLâh.... dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku.. mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.."

"tetapi mereka begitu rindu kepadaku..."dengan penuh kasih sayang Baginda berkata..."

dan.. saksikanlah wahai sahabtku semua... AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA...."

"dan mereka, mereka yg mulia itu.......""merekalah........ UMATKU............"bayangkan pada saat itu Baginda menitiskan air matanya semua sahabat menangis..

Berdasarkan Ayat Suci Al-Quran Adalah Sebagai Berikut:

Orang sabar - Ali-Imron (3 ayat 146) Allah benar-benar mengasihi Orang- orang yang sabar.

Orang yang bersatu padu berperang di jalan Allah- (As-Shaf (61 ayat 4)

Orang Adil - Al-Hujurat (49 ayat 9)

Orang yang berbuat baik- Al-Baqarah (2 ayat 195)

Orang yang bertawakal- Al-Imran ( 3 ayat 159)

Orang yang takwa - Al-Imran (3 ayat 76)

Berdalilkan hadis Nabi Muĥammad Adalah:

Orang yang teliti dan tekun.

Orang Yang selalu memberi bantuan kapada orang yang kemalangan.

Orang yang lemah lembut.

Peramah.

Baik Akhlaknya, Beramah tamah dan di ramahi orang.

Orang taat kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

Orang yang rendah Hati.

Orang yang mensyukuri nikmat.

Orang penyantun.

Orang yang mengutamakan hal-hal penting .

Orang yang mencintai Anaknya.

Orang yang kuat Imannya.

Orang yang Pemaaf.

Dan lain-lain yang bersifat kebaikan.


Menjauhkan diri dari urusan yang mementingkan keduniaan semata-mata dan suka kepada semua urusan yang berkaitan dengan urusan Akhirat.

Berkeinginan kuat untuk beribadat dan membaca Al-Qur-n.

Tidak bercakap perkara yang tidak mendatangkan pahala.

Memelihara solat lima waktu.

Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Merendahkan diri dan tidak takabbur.

Bersifat dermawan dan mulia.

Mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama makhluk.

Bermanfaat untuk orang lain.

Sentiasa ingat akan mati.

Rujukan: Kitab Figh Nasihah. M/S : 14-15

Nabi Muĥammad telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Ya-Sin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Ya-Sin , ia boleh menjadi kenyang .

Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

Jika terpenjara akan dibebaskan .

Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, ALLâh meringankan siksanya .

Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

Nabi Muĥammad bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Qur-n itu ialah Ya-Sin. Sesiapa membaca surah Ya-Sin , nescaya ALLâh menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Qur-n sebanyak 10 kali” .

Nabi Muĥammad bersabda:
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Ya-Sin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan ALLâh , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Ya-Sin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

Nabi Muĥammad Bersabda Selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Ya-Sin dan rakaat kedua Tabaroka , ALLâh jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .orang yang munafik” .

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan jika ada kekurangan saya memohon ampun dan maaf
Comments: (0)

“Belajar dan Mengajarkan Ilmu”
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan
membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Imam Syafie: Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه yang tidak terbatas.

“Memilih Makanan yang Halal”
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Imam Syafie: Dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, nabi bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

“Memperbanyakkan Lima Perkara”
Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه daripada menyebut makhluk.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.”

Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

“Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat“
Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying ALLâh و تعالى سبحانه. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Imam Syafie: Musibat dan nikmat adalah cubaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه.

Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

“Menziarahi Orang Sakit“
Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai ALLâh و تعالى سبحانه.

Imam Syafie: Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLâh و تعالى سبحانه, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.

“Hindari Perasaan Marah“
Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Imam Syafie: Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

“Mengasihani Anak Yatim“
Kasihanilah anak yatim kerana RasuluLLâh juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.

Imam Syafie: Membiarkan anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka ke jalan yang diredai ALLâh و تعالى سبحانه dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

Berbakti kepada Ibu Bapa“
Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.

Imam Syafie: Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda nabi yang dinyatakan oleh Bukhari,
“Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLâh و تعالى سبحانه, membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

“Amal Soleh sebagai Perisai“
Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

Imam Syafie: Semua amalan itu bukan untuk ALLâh و تعالى سبحانه, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. ALLâh و تعالى سبحانه tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.

“Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang“
Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah bersabda dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, “Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”

“Bentengi Iman dengan Lima Kekuatan”
Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah.

Imam Syafie: Iman itu selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.

“Ilmu Menenangi Hati”
Ingat dan zikir kepada ALLâh و تعالى سبحانه sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

Imam Syafie: Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. Menjadi hukum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

“Khusyuk Zahir dan Batin”
Kyusuk secara zahir adalah kyusuknya orang awam. Kyusuk secara batin adalah kyusuknya orang pilihan di sisi ALLâh و تعالى سبحانه.

Imam Syafie: Kyusuk berlaku kerana hati ikut bermunajat, berzikir, sentiasa berdoa kepada ALLâh و تعالى سبحانه serta sentiasa ingat ALLâh و تعالى سبحانه melihat gerak-geri hambaNya.

“Awas! Kubur Menunggu Kita“
Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi.

Imam Syafie: Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian.

“Mematahkan Serangan Syaitan”
Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada ALLâh و تعالى سبحانه. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan AuzubiLLâhi-Minasy-Syaiţanir-Rajim. Jika serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari ALLâh و تعالى سبحانه Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

Imam Syafie: Syaitan sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu daya.
Manusia yang mengerjakan ibadat kepada ALLâh و تعالى سبحانه adalah orang yang paling dimusuhi.

“Sebesar-Besar Keaiban”
Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

Imam Syafie: Nabi Muĥammad bersabda,
“Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri.”

“Membetulkan Hati“
Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

Imam Syafie: Anggota lahir hanya rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila hati baik, baiklah seluruh anggota badan.

“Istighfar Menggoncangkan Kerajaan Iblis”
Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

Imam Syafie: Istighfar dapat melembutkan fikiran dan jiwa individu. Ia menghindarkan individu draipada terlanjur melakukan kesalahan, menyalahkan orang lain dan menyebut perkataan dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya, selalu menyebut nama-nama ALLâh و تعالى سبحانه dan terus memohon keampunan ALLâh و تعالى سبحانه.

“Indahkan Dunia dengan Maaf”
Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya ALLâh و تعالى سبحانه akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

Imam Syafie: Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredaan hatinya kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

“Takafur sebelum Tidur”
“Takafurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”

Imam Syafie: Imbas kembali setiap gerak langkah sepanjang siang tadi.
Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan takwa di dalam diri. Tidak kira sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah iaitu hubungan dengan ALLâh و تعالى سبحانه ataupun hablumminannas iaitu hubungan dengan manusia.

“Kata-kata Hikmat Imam Syafie“
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Imam Syafie:
Insan terbahagi kepada tida iaitu:
Mereka yang mengenal ALLâh و تعالى سبحانه.
Mereka yang mencari kebenaran.
Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

“Tunaikan Sepuluh Hak“
Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat,
hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Hak malaikat maut
Hak kubur
Hak Munkar Nakir
Hak mizan
Hak sirat
Hak Malik
Hak Ridhwan
Hak Rasulullah
Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه …

Imam Syafie: Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

“Imam Syafie dengan Pendebat”
Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

Imam Syafie: Mengapakah iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?

“Sepuluh Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah“
Barang siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh kutamaan…

Imam Syafie: Orang yang menghubungkan ukhuwah amat disukai ALLâh و تعالى سبحانه serta penduduk-penduduk langit. Para malaikat juga gembira.

“Meraih Syurga Impian“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه

Imam Syafie: Di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti. Tepuk dada, Tanya iman. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

“Meraih Pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه “
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه seperti dalam firmanNya dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud,

Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman.

Imam Syafie: ALLâh و تعالى سبحانه juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud,

Jika ALLâh و تعالى سبحانه menolong kamu, maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu, jika ALLâh و تعالى سبحانه membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLâh و تعالى سبحانه.

“Memohon Pembelaan ALLâh و تعالى سبحانه
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud,

‘Sesungguhnya ALLâh و تعالى سبحانه membela orang-orang yang beriman’.

Imam Syafie: Iman itu sesudah diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang dapat merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.

“Menjadi Wali ALLâh و تعالى سبحانه “
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa bahawa ALLâh و تعالى سبحانه akan menaiktarafkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه selagi memenuhi syarat-syaratNya seperti dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, ALLâhlah penolong (wali) bagi orang-orang beriman.

Imam Syafie: Sesungguhnya wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه itu adalah mereka yang tiada kekhuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada ALLâh تعالى‎ و سبحانه.

“Mencari Hidayah ALLâh و تعالى سبحانه
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana firman ALLâh و تعالى سبحانه dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud,

“Sesungguhnya ALLâh و تعالى سبحانه adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus’.”

Imam Syafie:
Lima perkara bagi mendapat hidayah ALLâh:
Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه.
Perbanyakkan menyebut akhirat.
Perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut keaiban orang.

“Rezeki yang Baik dan Keberkatan“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud,

“Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”

Imam Syafie: Qur-n menyebut, segala musibat yang menimpa adalah akibat daripada tingkah dan olahan manusia sendiri. Ada masanya musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi semua orang termasuk orang yang tidak bersalah.

Di petik dari buku berjudul 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali, 2006