Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


✐ Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

✐ Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

✐ Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

✐ Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

✐ Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

✐ Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

✐ Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LÂ 'ILÂHA 'ILLÂLLÂH".

Kredit Oh! Media..
Comments: (0)

✐  Orang yang pertama menulis Bismillah:
Nabi Sulaiman عليه السلام

✐.Orang yang pertama minum air zamzam:
Nabi Ismail عليه السلام

✐.Orang yang pertama berkhatan:
Nabi Ibrahim عليه السلام

✐ Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat:
Nabi Ibrahim عليه السلام

✐…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat:
Nabi Adam عليه السلام

✐….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah:
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail عليه السلام )

✐  Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat:
Nabi Muhammad ﷺ

✐ ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam:
Abu Bakar As-Siddiq رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar Bin Al-Khattab رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan Bin Ali رضي ﷲعنه

✐ ..Orang yang pertama menyusukan Nabi ﷺ:
Thuwaibah رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki:
Al-Harith Bin Abi Halah رضي ﷲعنه

✐..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah Binti Khabbat رضي ﷲعنه

✐… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran:
Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah:
Saad Bin Abi Waqqas رضي ﷲعنه

✐…Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal Bin Rabah رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah ﷺ:
Ali Bin Abi Thalib رضي ﷲعنه

✐…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi ﷺ:
Tamim Ad-Dary رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah:
Az-Zubair Bin Al-Awwam رضي ﷲعنه

✐…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi ﷺ:
Ibban Bin Uthman bin Affan رضي ﷲعنه

✐  Orang yang pertama beriman dengan Nabi ﷺ:
Khadijah Binti Khuwailid رضي ﷲعنه

✐… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh:
Imam Syafie رحمه ﷲ

✐  Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali Bin Abi Thalib رضي ﷲعنه

✐….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam:
Muawayah Bin Abi Sufyan رضي ﷲعنه

✐… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid رحمه ﷲ

✐ Orang yang pertama mengadakan baitul mal:
Umar Al-Khattab رضي ﷲعنه

✐… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah ﷺ:
Ali Bin Abi Thalib رضي ﷲعنه

✐ Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur رحمه ﷲ

✐ …Orang yang pertama digelar Al-Muqry:
Mus’ab Bin Umair رضي ﷲعنه

✐… Orang yang pertama masuk Syurga:
Nabi Muhamamad ﷺ


10 Surah Yang Baik Untuk Diamalkan !

✐ Surah AL-FATIHAH dapat menghalang kemurkaan Allah و تعالى‎ سبحانه.

✐ Surah YA-SIIN dapat menghalang kehausan pada hari qiamat.

✐ Surah AD-DUKHAN dapat menghalang dugaan pada hari qiamat.

✐ Surah AL-WAQI-‘AH dapat menghalang dari kefakiran.

✐ Surah AL-MULK dapat menghalang daripada azab kubur.

✐ Surah AL-KAWTHAR dapat menghalang daripada perbalahan.

✐ Surah AL-KÂFIRUUN dapat menghalang daripada mati dalam keadaan kufur.

✐ Surah AL-IKHLAS dapat menghalang daripada sifat munafiq.

✐ Surah AL-FALAQ dapat menghalang daripada sifat hasad.

✐ Surah AN-NAS dapat menghalang daripada penyakit was-was.

☞ Bacalah dengan Ikhlas kerana Allah و تعالى‎ سبحانه.