Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Ruqyah. Show all posts
Showing posts with label Ruqyah. Show all posts


Wa Laqad Karramnâ Ba-Ni ‘Âdama Wa Ĥamalnâ-Hum Fil-Barri Wal-Baĥri Wa Razaq Nâhum-Minaţ-Ţayyibâti Wa Fađđalnâhum ‘Alâ Kashirim-Mimman Khalaqnâ Tafđi-Lâ ۝

Maksudnya:
✐ Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.

Info:
Kaedah mengamalkannya ialah dengan membaca ayat di atas sebanyak 100 kali. Jika wujud jin di dalam tubuh badan, akan berlaku berbagai tindakbalas yang tidak selesa seperti:
✐ Terlalu mengantuk tidak dapat ditahan-tahan walaupun baru membaca beberapa kali (belum cukup 100).
✐ Rasa kepanasan.
✐ Rasa berdebar-debar.
✐ Rasa sakit badan.
✐ Berpeluh.
✐ Berbagai rasa lain.

☞ Surah Al-Isra
☞ Ayat 70


Wa Ja-‘Alnâ Mim Bayni 'Aydihim Saddaw-Wa Min Khalfihim Saddan-Fa-'Aġshay-Nâhum Fahum Lâ Yubşiruun

Maksudnya:
✐ Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia Yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab Yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka Dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan Yang benar).

☞ Surah Ya-Sin
☞ Ayat 9



Diantara Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Ada Saka Adalah Seperti Yang Dinyatakan Berikut:

“Gejala Pada Waktu Tidur”
✐ Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
✐ Mimpi melihat orang tua (berjubah @ lain2) yang datang hendak memberi sesuatu. ini biasa berlaku kepada golongan lelaki).
✐ Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
✐ Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
✐ Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit & meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
✐ Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
✐ Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
✐ Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
✐ Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
✐ Berdiri dan berjalan ketika tidur.
✐ Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
✐ Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
✐ Mimpi berada di tempat sunyi.
✐ Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
✐ Mimpi melihat salib atau gereja.
✐ Mimpi bertemu paderi.
✐ Merintih dan menangis ketika tidur.

“Gejala Pada Waktu Jaga”
✐ Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
✐ Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
✐ Selalu lalai daripada mengingati Allah و تعالى‎ سبحانه.
✐ Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
✐ Sering lesu dan malas.
✐ Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
✐ Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
✐ Lenguh di sendi-sendi utama.
✐ Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
✐ Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
✐ Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
✐ Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
✐ Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
✐ Mudah marah dan panas baran.
✐ Emosional dan terlalu sensitif.

Dengan Mendegar Mp3 Ayat-Ayat Pengusir & Pembakar Jin ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembuhkan  Penyakit Yang Dialami

MuatTurun Ayat-Ayat Pengusir & Pembakar Jin 1

Khasiat Ayat Ini:

“Simptom Yang Akan Didapati Selepas Mendengar”
✐ Denyutan jantung makin kencang.
✐ Badan bergegar.
✐ Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
✐ Mengantuk/menguap.
✐ Batuk.
✐ Gelisah.
✐ Panas di tengkuk.

Selepas Mendengar Ayat Ini:
✐ In-Syâ'-ALLâh dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
✐ Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita.
✐ Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
✐ Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.
✐ Bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan Mendegar Mp3 Ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembhkan Penyakit - Penyakit Misteri Antaranya:
✐ Fikiran runsing/jiwa gelisah.
✐ Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka.
✐ Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan.
✐ Ketengangan dalam rumahtangga.
✐ Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
✐ Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
✐ Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
✐ Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
✐ Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
✐ Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:
✐ RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.
✐ Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1).

✐ Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar In-Syâ'-ALLâh..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
“Bagi Kesihatan Diri Dan Keluarga”
✐ Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

“Bagi Pesakit Gangguan Jin”
✐ Dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

“Bagi Anak-Anak Yang Menangis Diwaktu Malam”
✐ Anda perlu pasangkan dengan kuat, In-Syâ'-ALLâh jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

“Untuk Merawat Histeria, Sihir, Saka Dan Lambat Jodoh”
✐ Sediakan 3botol besar air mineral.
✐ Buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).
✐ Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.
✐ Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat kursi 3x dan Ash-Sharh (Al-Inshirah) 3x secara istiqomah.
✐ Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

“Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah”
✐ Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

“Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat”
✐ Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, In-Syâ'-ALLâh kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Dari sumber blogger

Muat Turun Ayat-Ayat Ruqyah: