Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Khasiat Ayat Ini:

“Simptom Yang Akan Didapati Selepas Mendengar”
✐ Denyutan jantung makin kencang.
✐ Badan bergegar.
✐ Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
✐ Mengantuk/menguap.
✐ Batuk.
✐ Gelisah.
✐ Panas di tengkuk.

Selepas Mendengar Ayat Ini:
✐ In-Syâ'-ALLâh dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
✐ Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita.
✐ Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
✐ Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.
✐ Bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan Mendegar Mp3 Ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembhkan Penyakit - Penyakit Misteri Antaranya:
✐ Fikiran runsing/jiwa gelisah.
✐ Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka.
✐ Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan.
✐ Ketengangan dalam rumahtangga.
✐ Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
✐ Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
✐ Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
✐ Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
✐ Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
✐ Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:
✐ RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.
✐ Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1).

✐ Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar In-Syâ'-ALLâh..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
“Bagi Kesihatan Diri Dan Keluarga”
✐ Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

“Bagi Pesakit Gangguan Jin”
✐ Dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

“Bagi Anak-Anak Yang Menangis Diwaktu Malam”
✐ Anda perlu pasangkan dengan kuat, In-Syâ'-ALLâh jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

“Untuk Merawat Histeria, Sihir, Saka Dan Lambat Jodoh”
✐ Sediakan 3botol besar air mineral.
✐ Buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).
✐ Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.
✐ Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat kursi 3x dan Ash-Sharh (Al-Inshirah) 3x secara istiqomah.
✐ Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

“Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah”
✐ Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

“Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat”
✐ Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, In-Syâ'-ALLâh kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Dari sumber blogger

Muat Turun Ayat-Ayat Ruqyah:

0 comments:

Post a Comment