Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Kecantikan Lelaki

Kecantikan Seorang Lelaki Bukan Kepada Rupa Fizikal Tetapi Pada Murni Rohani.
"Lelaki Yang Cantik Adalah"
✐ Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
✐ Lelaki yang sedia menerima segala teguran
✐ Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
✐ Lelaki yang tenang dan lapang dada
✐ Lelaki yang baik sangka
✐ Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

"Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad ﷺ adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki"

Kegagahan Wanita

Kegagahan Seorang Wanita Bukan Kepada Pejal Otot Badan, Tetapi Pada Kekuatan Perasaan.
"Perempuan Yang Gagah Adalah"
✐ Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
✐ Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
✐ Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
✐ Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

"Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan"

Adam...
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan dekati aku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menggodaku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan merayuku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jaga izzahmu denganku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menyentuhku

✐ Jika Mencintaiku kerana ALLâh jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menjadikan aku kekasihmu

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, Yakinlah!

✐ Jika aku memang di takdirkan ALLâh menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu.

✐ Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata.

Hawa...
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa malu dengan gatal menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada kegatalanku?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut ALLâh murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku? Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku: "Mencintaimu Kerana ALLah" adalah palsu.

Ketahuilah Hawa..
✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan berani menyentuhmu, bahkan hatimu sekalipun. Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.

✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu Kerana kau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

✐  Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu.

✐ Bukankah jika ALLâh tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya? Jadi untuk apa aku risau?

Hawa.. Sadarlah.!
✐ Jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana ALLâh, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku.

Andai nya kalau seorang lelaki tahu..........................

Andainya lelaki tahu,,
Dalam hati seorang perempuan,,
Ada naluri untuk disayangi,,
Ada rasa untuk diberi perhatian,,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,,

Andainya lelaki tahu,,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,,
Marah seorang perempuan perlu didekati,,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,,

Andainya lelaki tahu,,
Disebalik seribu satu rasa itu,,
Ada sekeping hati nan lembut,,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,,
Bukan jua untuk dimanjai,,
Hanya perlukan sedikit perhatian,,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,,
walaupun saat berjauhan,,

Kerana andainya lelaki tahu,,
Hati itu akan sentiasa bertanya,,
Pada diri seorang perempuan,,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,,
Tetap dihati seorang perempuan,,
Biarpun berkali ombak menghempas,,
Takkan sesekali pantai itu berubah,,
Comments: (0)

♥♥..Jika Benar Kau Kasih & Cintakan Wanita Itu..♥♥

•.♥♥.. Jagalah dia dengan baik..♥♥.•

•.♥♥..Kasihanilah dia..♥♥.•

•.♥♥..Lindungilah dia..♥♥.•

•.♥♥..Berilah kasih sayang padanya..♥♥.•

•.♥♥..Hargailah dia..♥♥.•

•.♥♥..Ucapkan terima kasih atas kelebihannya..♥♥.•

•.♥♥..Nasihatilah dia..♥♥.•

•.♥♥..Bawalah dia ke jalan Allah..♥♥.•

•.♥♥..Perbetulkan kesilapannya..♥♥.•

•.♥♥..Bersabar dengannya..♥♥.•

•.♥♥..Terimalah & cintailah kekurangannya..♥♥.•

•.♥♥..Jadi imam terbaik & redhalah padanya..♥♥.•

•.♥♥..~* Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu *~ ^_^'..♥♥.•


♥♥..Petua atau panduan yang diberikan oleh pakar motivasi yang tidak asing bagi kita semua iaitu Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Mungkin ia boleh menjadi panduan kepada saudara atau saudari yang ingin mencari pasangan hidup. .♥♥

✐Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. .♥♥

✐Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda. .♥♥

✐Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh..♥♥

✐Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. .♥♥

✐Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini..♥♥

✐Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Qur'an, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif..♥♥

✐Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda..♥♥

✐Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting..♥♥

✐Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda..♥♥

✐Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta..♥♥

✐Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang..♥♥

✐Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya..♥♥

✐Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan) ..♥♥

✐Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan..♥♥

✐Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan..♥♥

✐Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri..♥♥

✐Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa..♥♥

✐Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita..♥♥

✐Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita..♥♥

✐Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci..♥♥

✐Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain..♥♥

✐Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut..♥♥

✐Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut..♥♥

✐Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya..♥♥

✐Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan..♥♥

✐Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita..♥♥

✐Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan..♥♥

✐Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya..♥♥

✐Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan..♥♥

✐Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama..♥♥

✐Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi..♥♥

✐Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.♥♥

✐Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas..♥♥

✐Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa - sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.♥♥

✐Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan - tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya..♥♥

✐Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut..♥♥

✐Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya..♥♥

✐Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya..♥♥

✐Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita..♥♥

✐Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama..♥♥

✐Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda..♥♥

✐Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda..♥♥

✐Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai..♥♥

✐Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda..♥♥

✐Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai..♥♥

✐Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa..♥♥

✐Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita..♥♥

✐Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda..♥♥

✐Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman - bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri..♥♥

✐Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik..♥♥

✐Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin..♥♥

✐Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak..♥♥

✐Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi..♥♥

✐Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi..♥♥

✐Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan..♥♥

✐Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita..♥♥

✐Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya..♥♥

✐Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya..♥♥

✐Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri..♥♥

✐Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat..♥♥


♥♥..Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia..♥♥
♥♥..Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami..♥♥
♥♥..Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.. ♥♥
♥♥..Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.. ♥♥
♥♥..Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan.. ♥♥
♥♥..Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing..♥♥

♥♥..Keanak-anakkan..♥♥
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah..♥♥

♥♥..Penuh Pengertian..♥♥
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya..♥♥

♥♥..Menghargai..♥♥
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga..♥♥

♥♥..Menjaga Penampilan..♥♥
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??..♥♥

♥♥..Pandai Berbicara..♥♥
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka..♥♥

♥♥..Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri..♥♥
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampong..♥♥

♥♥..Menghormati Diri Sendiri..♥♥
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati..♥♥

♥♥..Simpati Dan Prihatin..♥♥
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...♥♥

♥♥..Inilah sifat seorang wanita yang sempurna..♥♥

♥♥..Sumber: http://www.tentangcinta.com/..♥♥

Berikut adalah ciri-ciri SUAMI yang menjadi dambaan para ISTERI yang boleh dijadikan panduan kepada diri saya sendiri sebagai seorang lelaki dan juga sahabat2 sekalian. Memang sekilas kelihatan ia nampak sukar dilakukan tapi saya percaya dengan pertolongan dari Allah dan rasa inginkan bahtera yang dilayar kekal hingga ke akhir hayat ia pasti boleh dilakukan tahap demi tahap..♥♥.. 'In Syâ'-ALLâh..♥♥

♥♥..Setia Mendengar..♥♥
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja..♥♥

♥♥..Menghargai..♥♥
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi..♥♥

♥♥..Tidak Suka Menyalahkan..♥♥
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan atau meminta penjelasan dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi..♥♥

♥♥..Menerima Pendapat Isteri..♥♥
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami..♥♥

♥♥..Sayang Diri Sendiri..♥♥
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara pemakanan, tidur yang cukup..♥♥

♥♥..Pulang Dengan Senyuman..♥♥
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah..♥♥

♥♥..Romantis..♥♥
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulang tahun pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan..♥♥

♥♥..Membantu Urusan Rumah Tangga Dan Anak..♥♥
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak..♥♥

♥♥..Sentiasa Menambah Ilmu Rumah Tangga..♥♥
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga..♥♥

♥♥..Semoga Bermanfaat..♥♥
Comments: (0)

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi..♥♥

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..♥♥

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya..♥♥

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi. Dia menjadi lemah..♥♥

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu, Tiada lagi rasa egonya..♥♥

LeLaKi…!!!
Jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu..♥♥

LeLaKi…!!!
Jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya..♥♥

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu, Lihatlah matanya..♥♥

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..♥♥

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis, Kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya..♥♥

LeLaKi…!!!
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya..♥♥

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’..♥♥
Comments: (1)


♥♥..Lelaki Yang Prihatin..♥♥
✐ Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Menjadi Penawar..♥♥
✐ Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga.
✐ Jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya..♥♥
✐ Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
✐ Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu. Lelaki cuma perlu senyum saja.
✐ Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Berhati-Hati..♥♥
✐ Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan . Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
✐ Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
✐ Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Wangi..♥♥
✐ Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan.
✐ Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini.
Jagalah fizikal anda, elakkan B.O apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki.
✐ Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Pemurah..♥♥
✐ Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan.
✐ Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami.
✐ Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Tidak Kisah..♥♥
✐ Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu.
✐ Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu..♥♥
✐ Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan.
✐ Sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga.
✐ Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Vetonya..♥♥
✐ Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita.
✐ Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok.
✐ Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka..♥♥