Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts

Kecantikan Lelaki

Kecantikan Seorang Lelaki Bukan Kepada Rupa Fizikal Tetapi Pada Murni Rohani.
"Lelaki Yang Cantik Adalah"
✐ Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
✐ Lelaki yang sedia menerima segala teguran
✐ Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
✐ Lelaki yang tenang dan lapang dada
✐ Lelaki yang baik sangka
✐ Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

"Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad ﷺ adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki"

Kegagahan Wanita

Kegagahan Seorang Wanita Bukan Kepada Pejal Otot Badan, Tetapi Pada Kekuatan Perasaan.
"Perempuan Yang Gagah Adalah"
✐ Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
✐ Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
✐ Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
✐ Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

"Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan"

Adam...
✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan dekati aku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menggodaku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan merayuku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jaga izzahmu denganku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menyentuhku

✐ Jika Mencintaiku kerana ALLâh jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menjadikan aku kekasihmu

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.

✐ Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, Yakinlah!

✐ Jika aku memang di takdirkan ALLâh menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu.

✐ Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata.

Hawa...
✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa malu dengan gatal menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada kegatalanku?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?

✐ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut ALLâh murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku? Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku: "Mencintaimu Kerana ALLah" adalah palsu.

Ketahuilah Hawa..
✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan berani menyentuhmu, bahkan hatimu sekalipun. Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.

✐ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu Kerana kau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

✐  Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu.

✐ Bukankah jika ALLâh tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya? Jadi untuk apa aku risau?

Hawa.. Sadarlah.!
✐ Jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana ALLâh, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku.

Berikut ini adalah ciri-cirinya:
✐ Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

✐ Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

✐ Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLâh).

✐ Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

✐ Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

✐ Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

✐ Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

✐ Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

✐ Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

✐ Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

✐ Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Khasiat Ayat Ini:

“Simptom Yang Akan Didapati Selepas Mendengar”
✐ Denyutan jantung makin kencang.
✐ Badan bergegar.
✐ Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
✐ Mengantuk/menguap.
✐ Batuk.
✐ Gelisah.
✐ Panas di tengkuk.

Selepas Mendengar Ayat Ini:
✐ In-Syâ'-ALLâh dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
✐ Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita.
✐ Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
✐ Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.
✐ Bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan Mendegar Mp3 Ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembhkan Penyakit - Penyakit Misteri Antaranya:
✐ Fikiran runsing/jiwa gelisah.
✐ Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka.
✐ Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan.
✐ Ketengangan dalam rumahtangga.
✐ Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
✐ Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
✐ Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
✐ Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
✐ Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
✐ Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:
✐ RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.
✐ Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1).

✐ Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar In-Syâ'-ALLâh..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
“Bagi Kesihatan Diri Dan Keluarga”
✐ Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

“Bagi Pesakit Gangguan Jin”
✐ Dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

“Bagi Anak-Anak Yang Menangis Diwaktu Malam”
✐ Anda perlu pasangkan dengan kuat, In-Syâ'-ALLâh jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

“Untuk Merawat Histeria, Sihir, Saka Dan Lambat Jodoh”
✐ Sediakan 3botol besar air mineral.
✐ Buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).
✐ Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.
✐ Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat kursi 3x dan Ash-Sharh (Al-Inshirah) 3x secara istiqomah.
✐ Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

“Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah”
✐ Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

“Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat”
✐ Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, In-Syâ'-ALLâh kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Dari sumber blogger

Muat Turun Ayat-Ayat Ruqyah:


Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud عليه السلام. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal..♥♥

Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya..♥♥

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah و تعالى‎ سبحانه..♥♥

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin ‘Ifrit, “Wahai ‘Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”..♥♥

Jin ‘Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa..♥♥

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian..♥♥

Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”..♥♥

Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih..♥♥

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman..♥♥

Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”..♥♥

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah..♥♥

Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam..♥♥

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”..♥♥

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata,“Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”..♥♥

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”..♥♥

Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”..♥♥

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan sayalah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”..♥♥

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim عليه السلام ”..♥♥

Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya..♥♥

Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”..♥♥

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang..♥♥

Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya..♥♥

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”..♥♥

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”..♥♥

Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”..♥♥

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya..♥♥

Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah و تعالى‎ سبحانه”..♥♥

Kepada semua pembaca, kasihlah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kecil..♥♥

Fikirlah sejenak, apakah sumbangan kita terhadap keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka? Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah usia?..♥♥

Adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa? Bersama kita renungkan dan kita amalkan, In-Syâ'-ALLâh. Ingatlah, doa ibu bapa terhadap anaknya adalah mujarab dan tiada hijab antaranya dengan Allah..♥♥

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan..♥♥

Berikut adalah ciri-ciri SUAMI yang menjadi dambaan para ISTERI yang boleh dijadikan panduan kepada diri saya sendiri sebagai seorang lelaki dan juga sahabat2 sekalian. Memang sekilas kelihatan ia nampak sukar dilakukan tapi saya percaya dengan pertolongan dari Allah dan rasa inginkan bahtera yang dilayar kekal hingga ke akhir hayat ia pasti boleh dilakukan tahap demi tahap..♥♥.. 'In Syâ'-ALLâh..♥♥

♥♥..Setia Mendengar..♥♥
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja..♥♥

♥♥..Menghargai..♥♥
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi..♥♥

♥♥..Tidak Suka Menyalahkan..♥♥
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan atau meminta penjelasan dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi..♥♥

♥♥..Menerima Pendapat Isteri..♥♥
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami..♥♥

♥♥..Sayang Diri Sendiri..♥♥
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara pemakanan, tidur yang cukup..♥♥

♥♥..Pulang Dengan Senyuman..♥♥
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah..♥♥

♥♥..Romantis..♥♥
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulang tahun pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan..♥♥

♥♥..Membantu Urusan Rumah Tangga Dan Anak..♥♥
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak..♥♥

♥♥..Sentiasa Menambah Ilmu Rumah Tangga..♥♥
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga..♥♥

♥♥..Semoga Bermanfaat..♥♥
Comments: (1)


♥♥..Lelaki Yang Prihatin..♥♥
✐ Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Menjadi Penawar..♥♥
✐ Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga.
✐ Jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya..♥♥
✐ Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
✐ Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu. Lelaki cuma perlu senyum saja.
✐ Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Berhati-Hati..♥♥
✐ Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan . Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
✐ Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
✐ Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Wangi..♥♥
✐ Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan.
✐ Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini.
Jagalah fizikal anda, elakkan B.O apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki.
✐ Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Pemurah..♥♥
✐ Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan.
✐ Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami.
✐ Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Tidak Kisah..♥♥
✐ Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu.
✐ Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu..♥♥
✐ Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan.
✐ Sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga.
✐ Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Vetonya..♥♥
✐ Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita.
✐ Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok.
✐ Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka..♥♥


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

✐ Bayi itu bertanya kepada Tuhan: “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

✐ Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

✐ Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

✐ Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

✐ Bayi bertanya lagi: ”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

✐ Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

✐ Dan sang bayi bertanya perlahan: “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

By: Islam Iman Ihsan