Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's



Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Antara Tanda-Tanda Hati Yang Sejahtera Adalah:

✐ Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

✐ Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

✐ Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

✐ Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

✐ Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

✐ Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

✐ Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-Tanda Hati Yang Rosak:

✐ Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

✐ Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

✐ Mersa seronok bergelumang dalam dosa.

✐ Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

✐ Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

✐ Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

✐ Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

✐ Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.

✐ Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit hati

✐ Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).

✐ Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.

✐ Hasad dan dendam kesumat.

✐ Sombong, bangga diri dan ego.

✐ Bohong dan berputus asa.

✐ Cinta mendalam kepada selain Allah.

✐ Ikut hawa nafsu.

✐ Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).

✐ Takut kepada selain Allah.

✐ Belot dan khianat.

✐ Suka memaki hamun orang lain.

✐ Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.

✐ Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah Rawatan Penyakit Hati:

✐ Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

✐ Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat Al-Qur'an.

✐ Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

✐ Khusyuk dalam solat.

✐ Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

✐ Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

✐ Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

✐ Beriktikad dengan akidah yang betul.

✐ Sentiasa melakukan muhasabah diri.

✐ Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

✐ Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

✐ Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

✐ Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah و تعالى‎ سبحانه.

✐ Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

✐ Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

✐ Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

✐ Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

✐ Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, In-Syâ'-ALLâh dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.

Kredit cermin_muka