Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


✐ Pandangan Mata
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

✐ Makan Garam
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

✐ Minum Tangan Kanan
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

✐ Sesaat Di Jalan ALLÂH
Sesaat berdiri di jalan ALLâh lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

✐ Langkah Kanan
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

✐ Makan Tiga Jari
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

✐ Jaminan ALLÂH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan ALLâh.

✐ Gunting Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

✐ Jangan Bersiul
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

✐ Cara Potong Kuku Tangan
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

✐ Cara Potong Kuku Kaki
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

✐ Panjang Lengan Baju
Panjang lengan baju Nabi Muĥammad ﷺ adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

✐ Pakaian Kesukaan
Pakaian kesukaan Nabi Muĥammad ﷺ adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

✐ Bersiwak
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka ALLâh hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

✐ Doa Dalam Sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

✐ Adab Tandas
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

✐ Adab Makan
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

✐ Tiga Jenis Orang
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh ALLâh و تعالى‎ سبحانه pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

✐ Pakai Minyak Wangi
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

✐ Ambil Wudhu Sebelum Tidur
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

✐ Cincin Perak
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

✐ Shalat Fardhu Di Masjid
Nabi Muĥammad ﷺ tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

✐ Pakai Celak
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

✐ Panjang Pakaian
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

✐ Solat Fardhu Berjemaah
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

✐ Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

✐ Menyimpan Janggut
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

✐ Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

✐ Warna Pakaian RasuluLLâh
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Nabi Muĥammad ﷺ menyukai pakaian berwarna putih.

✐ Posisi Tidur
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

✐ Minum Lepas Makan
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

✐ Tidur Sebelum Zohor
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

✐ Berdiri Hormat
Nabi Muĥammad ﷺ membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

✐ Pakai Warna Kuning
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

✐ Makan Dengan Orang Miskin
Nabi Muĥammad ﷺ suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

✐ Menu RasuluLLâh
Nabi Muhammad ﷺ membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

✐ Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

✐ Ketawa RasuluLLâh
Ketawa Nabi Muĥammad ﷺ hanyalah senyuman.

✐ Minuman RasuluLLâh
Minuman yang paling disukai oleh Nabi Muĥammad ﷺ adalah minuman yang manis dan dingin.

✐ Hisap Air Dalam Hidung
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

✐ Beri Makan Anak Yatim
Nabi Muĥammad ﷺ suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

✐ Larangan Pakai Cincin
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

✐ Bangun Tidur
Nabi Muĥammad ﷺ bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

✐ Kongsi Makanan
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi Muĥammad ﷺ suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

✐ 4 Rakaat Sebelum Zohor
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

✐ Istighfar
Nabi Muĥammad ﷺ beristighfar kepada ALLâh mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

✐ Jangan Mencaci Makanan
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

✐ Apabila Bertamu
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

✐ Jawab Salam Dalam Tandas
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz ALLâh dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

✐ Makanan Panas
Nabi Muĥammad ﷺ melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

✐ Giliran Minum
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

✐ 3 Amal
Nabi Muĥammad ﷺ menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

✐ Jangan Tidur Meniarap
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci ALLâh.

✐ Cara Pegang Miswak
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

✐ Dua Rakaat Sebelum Subuh
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.