Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata : ” Akulah yang ditugaskan memberi rezekimu, samada di timur atau di barat bumi ini. Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki “.

Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata : Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada semasa kamu berada di timur atau barat di atas muka bumi ini. Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air “.

Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai “.

Malaikat ajal memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku akan mengambil ajalmu “.

Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak, maka Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah diusahakan semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran, semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat ALLâh Yang Maha Adil.

Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......

WaLLâhu 'A-Lam Biş-Şawab...

Duit Banyak, Bapi Cepat Jer Habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

Buat Kerja, Tak Siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

Buat Sesuatu, Tak Dapat Manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

Masa Habis Dengan Sia-Sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Qur-n 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari ALLâh.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na-UżubiLLâh. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada ALLâh Ta-‘Âlâ untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga


Ini adalah tanda pertama dari ALLâh و تعالى سبحانه kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil

Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 Hari Sebelum Hari Mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLâh و تعالى سبحانه.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Nama sebenar: Hamba ALLÂH
Gelaran: Insan
Asal: Tanah
Alamat: Planet bumi


Maklumat tentang perjalanan:
Tempoh berlepas: Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan: Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi: Akhirat
Masa berlepas: Ketika di datangi malaikat
Masa hadir: Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan: Tetap, pasti dan tidak berubah


Syarat-Syarat Perjalanan:
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut.
Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QUR-N dan hadis-hadis RASULULLÂH serta menurutinya dengan berhati-hati
  Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.


 Barang Yang Di Benarkan:
5 meter kain kafan
Kapas putih secukupnya
Muatan lain yang di benarkan:
☞☞ Amal solah
☞☞ Sedekah jariah
☞☞ Anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
☞☞ Ilmu yang bermanfaat


Perhatian!!!
Muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.


Saat Dan Waktu Berlepas:
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan. Diulang…
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi.
Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua.
Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.


Semoga Bergembira Dengan Perjalanan Yang Menarik, Sesuai Dengan Firman ALLAH Dalam Surah AL-KHAFI:
“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLÂH dengan sesuatu.”

sumber: Halawatul Iman

01. Belajar ilmu mendapat pahala.
02. Mencari ilmu adalah ibadah.
03. Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam.
04. Menyelidik ilmu menyamai jihad.
05. Mengajar ilmu menyamai sedekah.
06. Memberi ilmu mendekatkan diri kepada ALLâh و تعالى سبحانه dan meninggikan martabat di dalam Syurga.
07. Menjadi sahabat ketika kesunyian.
08. Menunjuk jalan kepada kesenangan.
09. Penolong ketika menghadapi kesukaran.
10. Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat.
11. Senjata dalam menghadapi musuh.
12. Meninggikan martabat sesuatu kaum.
13. Menjadikan insan pilihan Para Malaikat.
14. Mendapat doa dari semua makhluk di bumi dan di laut.
15. Dapat menghidup hati yang mati.
16. Menjadi pelita kepada kegelapan.
17. Memberi kekuatan kepada yang lemah.
18. Meninggikan darjat di dunia dan Akhirat.
19. Memerhati ilmu menyamai puasa.
20. Menyambung hubungan Silatul Rahim.
21. Dapat membezakan yang halal dan yang haram.
22. Orang yang mendapat ilmu daripada ALLâh و تعالى سبحانه akan bahagia dalam hidup.
23. Orang yang tidak mendapat ilmu daripada ALLâh و تعالى سبحانه kehidupannya akan celaka dan rugi.

Intisari daripada Kitab Tanbihul Ghafilin . Jilid 1 & 2 . M/S : 656

Dari Anas رضي ﷲ عنه. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.

Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur-n maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah رضي ﷲ عنه. berkata, Nabi Muĥammad . telah bersabda:

Apabila Telah Mati Anak Adam Itu, Maka Terhentilah Amalannya Melainkan Tiga Macam :
Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
Ilmu yang berguna dan diamalkan.
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

@Bacalah Quran Dan Hayatinya

Dikisahkan Bahawa Sewaktu Fatimah رضي ﷲ عنه. Meninggal Dunia Maka Jenazahnya Telah Diusung Oleh 4 Orang, Diantaranya Ialah:

Ali bin Abi Talib (suami Fatimah رضي ﷲ عنه)

Hasan (anak Fatima رضي ﷲ عنه)

Husin (anak Faimah رضي ﷲ عنه)

Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه

Sewaktu jenazah Fatimah رضي ﷲ عنه diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak RasuluLLâh ." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits As-Samarqandi Berkata Kalau Seseorang Itu Hendak Selamat Dari Seksa kubur Hendaklah Melazimkan Empat Perkara Semuanya:

Hendaklah ia menjaga solatnya

Hendaklah dia rajin bersedekah

Hendaklah dia rajin membaca Al-Qur-n

Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun Empat Perkara Yang Harus Dijauhi Ialah :

Jangan berdusta.

Jangan mengkhianat.

Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

Jangan kencing sambil berdiri.

Nabi Muĥammad bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLâh و تعالى سبحانه

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada ALLâh dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri

Di Tafsirkan dalam Al-Qur-n melalui maksud Surah Al-Mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dengan surah Al-Mulk..bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, Surah Al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku kenal kamu..kamu Al-Mulk, kenapa kamu datang ke sini?"

seraya Al-Mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai Al-Mulk, kamu tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah Al-Mulk menemui ALLâh.. "wahai ALLâh..aku adalah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Qur-n MU.."

maka ALLâh memberi keizinan kpd Al-Mulk..terus Al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. Al-Mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada ALLâh!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

Nabi Muĥammad berjanji sesiapa yg beramal surah Al-Mulk akan terhindar daripada siksa kubur.. WaLLâhu 'A-Lam...

Nabi Muĥammad bersabda:
Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir..

(ni baru satu surah..kalau beramal byk surah? ALLâhurabbi...)

Pakar sejarah Islam menyebutkan bahawa Umar pernah bercerita; "Dahulu aku sering mencari-cari Abu Bakar setiap solat subuh. Ternyata dia keluar daripada masjid menuju salah satu pinggiran kota Madinah.

Suatu hari, aku pernah mengikutinya daripada belakang. Pada saat itu Abu Bakar masuk ke sebuah khemah, dan berdiam disana untuk beberapa waktu, kemudian ia keluar.

Manakala Abu Bakar telah keluar, Umar pun masuk ke dalam khemah tersebut. Disana dia mendapati seorang wanita tua bersama anak-anaknya yang masih kecil. Umar bertanya kepada perempuan itu: "Wahai hamba ALLâh, siapakah engkau?"

Wanita itu menjawab, "Aku adalah seorang wanita tua yang tidak memiliki apa-apa dan buta. Suamiku telah meninggal beberapa tahun yang lalu."

Umar bertanya, "Lalu siapakah orang tua yang baru saja masuk menjenguk kamu?" Wanita itu menjawab, "Aku tidak mengenalinya!"
Bayangkan... Wanita itu tidak mengenal bahawa orang tua yang telah masuk menemuinya adalah Abu Bakar. Tapi, apakah ALLâh tidak tahu bahawa dia adalah Abu Bakar?

Umar bertanya, "Apakah yang dilakukan oleh orang tua tadi disini?" Wanita itu menjawab, "Setelah masuk ke khemah kami, dia menyapu rumah kami ini, lalu dia memerahkan susu kambing-kambing kami, kemudian dia membuatkan makanan untuk kami. Setelah itu baru dia keluar."

Maka Umar pun memukul kepalanya sendiri, lalu dia menangis seraya berkata, "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau telah membuat lelah para khalifah setelahmu." (Mujtama' al-Mutsul, Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)

Nabi Muĥammad telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Ya-Sin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Ya-Sin , ia boleh menjadi kenyang .

Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

Jika terpenjara akan dibebaskan .

Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, ALLâh meringankan siksanya .

Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

Nabi Muĥammad bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Qur-n itu ialah Ya-Sin. Sesiapa membaca surah Ya-Sin , nescaya ALLâh menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Qur-n sebanyak 10 kali” .

Nabi Muĥammad bersabda:
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Ya-Sin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan ALLâh , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Ya-Sin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

Nabi Muĥammad Bersabda Selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Ya-Sin dan rakaat kedua Tabaroka , ALLâh jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .orang yang munafik” .

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan jika ada kekurangan saya memohon ampun dan maaf

Seorang gadis datang menemui Nabi Muĥammad dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Nabi Muĥammad menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,RasuluLLâh, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Nabi Muĥammad mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh ALLâh dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya RasuluLLâh."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. RasuluLLâh kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari ALLâh. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. RasuluLLâh lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.... In-Syâ'-ALLâh. . .
Comments: (0)

“Belajar dan Mengajarkan Ilmu”
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan
membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Imam Syafie: Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه yang tidak terbatas.

“Memilih Makanan yang Halal”
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Imam Syafie: Dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, nabi bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

“Memperbanyakkan Lima Perkara”
Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه daripada menyebut makhluk.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.”

Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

“Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat“
Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying ALLâh و تعالى سبحانه. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Imam Syafie: Musibat dan nikmat adalah cubaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه.

Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

“Menziarahi Orang Sakit“
Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai ALLâh و تعالى سبحانه.

Imam Syafie: Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLâh و تعالى سبحانه, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.

“Hindari Perasaan Marah“
Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Imam Syafie: Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

“Mengasihani Anak Yatim“
Kasihanilah anak yatim kerana RasuluLLâh juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.

Imam Syafie: Membiarkan anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka ke jalan yang diredai ALLâh و تعالى سبحانه dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

Berbakti kepada Ibu Bapa“
Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.

Imam Syafie: Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda nabi yang dinyatakan oleh Bukhari,
“Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLâh و تعالى سبحانه, membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

“Amal Soleh sebagai Perisai“
Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

Imam Syafie: Semua amalan itu bukan untuk ALLâh و تعالى سبحانه, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. ALLâh و تعالى سبحانه tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.

“Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang“
Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah bersabda dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, “Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”

“Bentengi Iman dengan Lima Kekuatan”
Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah.

Imam Syafie: Iman itu selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.

“Ilmu Menenangi Hati”
Ingat dan zikir kepada ALLâh و تعالى سبحانه sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

Imam Syafie: Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. Menjadi hukum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

“Khusyuk Zahir dan Batin”
Kyusuk secara zahir adalah kyusuknya orang awam. Kyusuk secara batin adalah kyusuknya orang pilihan di sisi ALLâh و تعالى سبحانه.

Imam Syafie: Kyusuk berlaku kerana hati ikut bermunajat, berzikir, sentiasa berdoa kepada ALLâh و تعالى سبحانه serta sentiasa ingat ALLâh و تعالى سبحانه melihat gerak-geri hambaNya.

“Awas! Kubur Menunggu Kita“
Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi.

Imam Syafie: Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian.

“Mematahkan Serangan Syaitan”
Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada ALLâh و تعالى سبحانه. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan AuzubiLLâhi-Minasy-Syaiţanir-Rajim. Jika serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari ALLâh و تعالى سبحانه Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

Imam Syafie: Syaitan sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu daya.
Manusia yang mengerjakan ibadat kepada ALLâh و تعالى سبحانه adalah orang yang paling dimusuhi.

“Sebesar-Besar Keaiban”
Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

Imam Syafie: Nabi Muĥammad bersabda,
“Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri.”

“Membetulkan Hati“
Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

Imam Syafie: Anggota lahir hanya rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila hati baik, baiklah seluruh anggota badan.

“Istighfar Menggoncangkan Kerajaan Iblis”
Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

Imam Syafie: Istighfar dapat melembutkan fikiran dan jiwa individu. Ia menghindarkan individu draipada terlanjur melakukan kesalahan, menyalahkan orang lain dan menyebut perkataan dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya, selalu menyebut nama-nama ALLâh و تعالى سبحانه dan terus memohon keampunan ALLâh و تعالى سبحانه.

“Indahkan Dunia dengan Maaf”
Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya ALLâh و تعالى سبحانه akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

Imam Syafie: Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredaan hatinya kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

“Takafur sebelum Tidur”
“Takafurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”

Imam Syafie: Imbas kembali setiap gerak langkah sepanjang siang tadi.
Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan takwa di dalam diri. Tidak kira sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah iaitu hubungan dengan ALLâh و تعالى سبحانه ataupun hablumminannas iaitu hubungan dengan manusia.

“Kata-kata Hikmat Imam Syafie“
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Imam Syafie:
Insan terbahagi kepada tida iaitu:
Mereka yang mengenal ALLâh و تعالى سبحانه.
Mereka yang mencari kebenaran.
Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

“Tunaikan Sepuluh Hak“
Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat,
hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Hak malaikat maut
Hak kubur
Hak Munkar Nakir
Hak mizan
Hak sirat
Hak Malik
Hak Ridhwan
Hak Rasulullah
Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه …

Imam Syafie: Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

“Imam Syafie dengan Pendebat”
Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

Imam Syafie: Mengapakah iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?

“Sepuluh Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah“
Barang siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh kutamaan…

Imam Syafie: Orang yang menghubungkan ukhuwah amat disukai ALLâh و تعالى سبحانه serta penduduk-penduduk langit. Para malaikat juga gembira.

“Meraih Syurga Impian“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه

Imam Syafie: Di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti. Tepuk dada, Tanya iman. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

“Meraih Pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه “
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه seperti dalam firmanNya dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud,

Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman.

Imam Syafie: ALLâh و تعالى سبحانه juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud,

Jika ALLâh و تعالى سبحانه menolong kamu, maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu, jika ALLâh و تعالى سبحانه membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLâh و تعالى سبحانه.

“Memohon Pembelaan ALLâh و تعالى سبحانه
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud,

‘Sesungguhnya ALLâh و تعالى سبحانه membela orang-orang yang beriman’.

Imam Syafie: Iman itu sesudah diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang dapat merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.

“Menjadi Wali ALLâh و تعالى سبحانه “
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa bahawa ALLâh و تعالى سبحانه akan menaiktarafkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه selagi memenuhi syarat-syaratNya seperti dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, ALLâhlah penolong (wali) bagi orang-orang beriman.

Imam Syafie: Sesungguhnya wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه itu adalah mereka yang tiada kekhuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada ALLâh تعالى‎ و سبحانه.

“Mencari Hidayah ALLâh و تعالى سبحانه
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana firman ALLâh و تعالى سبحانه dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud,

“Sesungguhnya ALLâh و تعالى سبحانه adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus’.”

Imam Syafie:
Lima perkara bagi mendapat hidayah ALLâh:
Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه.
Perbanyakkan menyebut akhirat.
Perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut keaiban orang.

“Rezeki yang Baik dan Keberkatan“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud,

“Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”

Imam Syafie: Qur-n menyebut, segala musibat yang menimpa adalah akibat daripada tingkah dan olahan manusia sendiri. Ada masanya musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi semua orang termasuk orang yang tidak bersalah.

Di petik dari buku berjudul 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali, 2006