Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Pakar sejarah Islam menyebutkan bahawa Umar pernah bercerita; "Dahulu aku sering mencari-cari Abu Bakar setiap solat subuh. Ternyata dia keluar daripada masjid menuju salah satu pinggiran kota Madinah.

Suatu hari, aku pernah mengikutinya daripada belakang. Pada saat itu Abu Bakar masuk ke sebuah khemah, dan berdiam disana untuk beberapa waktu, kemudian ia keluar.

Manakala Abu Bakar telah keluar, Umar pun masuk ke dalam khemah tersebut. Disana dia mendapati seorang wanita tua bersama anak-anaknya yang masih kecil. Umar bertanya kepada perempuan itu: "Wahai hamba ALLâh, siapakah engkau?"

Wanita itu menjawab, "Aku adalah seorang wanita tua yang tidak memiliki apa-apa dan buta. Suamiku telah meninggal beberapa tahun yang lalu."

Umar bertanya, "Lalu siapakah orang tua yang baru saja masuk menjenguk kamu?" Wanita itu menjawab, "Aku tidak mengenalinya!"
Bayangkan... Wanita itu tidak mengenal bahawa orang tua yang telah masuk menemuinya adalah Abu Bakar. Tapi, apakah ALLâh tidak tahu bahawa dia adalah Abu Bakar?

Umar bertanya, "Apakah yang dilakukan oleh orang tua tadi disini?" Wanita itu menjawab, "Setelah masuk ke khemah kami, dia menyapu rumah kami ini, lalu dia memerahkan susu kambing-kambing kami, kemudian dia membuatkan makanan untuk kami. Setelah itu baru dia keluar."

Maka Umar pun memukul kepalanya sendiri, lalu dia menangis seraya berkata, "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau telah membuat lelah para khalifah setelahmu." (Mujtama' al-Mutsul, Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)

0 comments:

Post a Comment