BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Yâ-'Ayyuhâl-Lażina 'Â-Manu Lâ Tattakhiżu ‘Aduwwi Wa ‘Aduwwakum 'Awli-Yâ-'A Tulquna 'Ilay-Him-Bil-Mawaddati Waqad Kafaru
Bimâ Jâ-'Akum-Minal-Ĥaqq, Yukhrijunar-Rasula
Wa 'Iyyâkum 'An-Tu'-Minu BiLLâhi Rabbikum! 'In Kuntum
Kharajtum Jihâdan Fi Sabili Wabtiġâ-'A Marđâti Tusirruna 'Ilayhim Bil-Mawaddati Wa 'Ana 'A‘-Lamu Bimâ 'Akh-Faytum Wa
Mâ 'A‘-Lantum. Wa
Man-Yaf-‘Alhu Minkum Faqad Đalla Sawâ-'As-Sabil 'Iy-Yathqafukum Yakunuu
Lakum 'A‘-Dâ-'Aw-Wa Yab-Suţu 'Ilay-Kum
'Ay-Diyahum Wa 'Al-Sinatahum-Bissu-'I Wa Waddu Law Takfurun Lan-Tanfa-‘Akum 'Arĥâmukum Wa Lâ 'Awlâdu-Kum Yawmal-Qiyâmah: Yafşilu Baynakum; WaLLâhu Bimâ Ta‘-Maluna Başiir Qad-Kânat
Lakum 'Uswa-Tun Ĥasanatun Fi 'Ibrâhima Wa-Lażina Ma-‘Ahu 'Iż Qâlu Li-Qawmihim 'Innâ Bura-'Â’-U
Minkum Wa Mimmâ Ta‘-Buduna Min-DuniLLâh; Kafarnâ
Bikum Wa Badâ Bay-Nanâ Wa Bay-Nakumul-‘Adâwatu Wal-Baġđâ-'U 'Abadan Ĥattâ Tu'-Minu BilLLâhi
Waĥdahu 'Illâ Qawla 'Ibrâhima Li-'Abihi La-'Astaġ-Firanna Laka Wa Mâ 'Amliku Laka MinaLLâhi Min Shay'! Rabbanâ ‘Alayka Tawakkalnâ Wa 'Ilayka 'Anabnâ Wa 'Ilaykal-Maşir Rabbanâ Lâ Taj-‘Alnâ Fitnatal-Lillażina Kafaru Waġ-Fir Lanâ
Rabbanâ! 'Innaka 'An-Tal-‘Azizul-Ĥakim Laqad Kâna
Lakum Fihim 'Uswatun Ĥasanatul-Liman-Kâna YarjuLLâha Wal-Yawmal-'Âkhir. Wa Man-Yatawalla Fa'-InnaLLâha Huwal-Ġaniyyul-Ĥamid ‘AsaLLâhu 'Ay-Yaj-‘Ala Baynakum Wa Baynallażina ‘Âday-Tum-Minhum-Mawaddah. WaLLâhu Qadir. WaLLâhu Ġafurur-Raĥim Lâ Yanhâ-KumuLLâhu ‘Anillażina Lam Yuqâ-Tilukum Fid-Dini Wa
Lam Yukhriju-Kum-Min Diyârikum 'An-Tabar-Ruhum Wa Tuqsiţu 'Ilayhim; 'InnaLLâha Yuĥib-Bul-Muqsiţin 'Innamâ
Yanhâ-KumuLLâhu ‘Anillażina Qâtalukum Fid-Dini
Wa 'Akhrajukum-Min-Diyârikum Wa Źâharu ‘Alâ 'Ikhrâjikum 'An-Tawallawhum. Wa May-Yatawallahum Fa-'Ul-Â-'Ika Humuź-Źâlimun Yâ-'Ayyuhâl-Lażina 'Â-Manu 'Iżâ Jâ-'Akumul-Mu'-Minâtu Muhâjirâtin-Famtaĥinu-Hunn; ‘ALLâhu 'A‘-Lamu Bi-'Imânihinn;
Fa-'In ‘Alim-Tumuhunna Mu'-Minâtin Falâ Tarji-‘Uhunna 'Ilal-Kuffâr. Lâ Hunna Ĥillul-Lahum Wa Lâ Hum Yaĥilluna Lahunn. Wa 'Âtuhum-Mâ 'Anfaqu. Wa Lâ Junâĥa ‘Alay-Kum 'An Tankiĥuhunna 'Iżâ 'Âtay-Tumuhunna
'Ujurahunn. Wa Lâ Tumsiku Bi-‘Işamil-Kawâfiri
Was-'Alu Mâ 'Anfaqtum Wal-Yas-'Alu Mâ 'Anfaqu. Żâlikum ĤukmuLLâh.
Yaĥkumu Baynakum. WaLLâhu ‘Alimun Ĥakim Wa 'In-Fâtakum Syay-'Um-Min 'Azwâjikum 'Ilal-Kuffâri Fa-‘Âqabtum Fa-'Âtullażina Żahabat 'Azwâjuhum-Mishla Mâ 'Anfaqu. WattaquLLâhallaĤii 'Antum-Bihi Mu'-Minun Yâ-'Ayyuhân-Nabiyyu 'Iżâ Jâ-'Akal-Mu'-Minâtu Yubâ-Yi‘-Naka ‘Alâ 'Allâ Yushrikna BilLLâhi Syay-'Âw-Wa Lâ Yasriqna Wa Lâ Yaznina Wa Lâ Yaqtulna 'Awlâ-Dahunna Wa Lâ Yâ'-Tina
Bi-Buhtâniy-Yaf-Tarina-Hu-Bay-Na 'Aydihinna Wa 'Arjulihinna Wa Lâ Ya‘-Şinaka Fi Ma‘-Rufin-Fabâ-Yi‘-Hunna Wastaġfir La-HunnaLLâh; 'InnaLLâha Ġafurur-Raĥim Yâ-'Ayyuhâl-Lażina 'Â-Manu Lâ Tatawallaw Qawman ĠađibaLLâhu ‘Alay-Him Qad Ya-'Isu Minal-'Âkhirati Kamâ Ya-'Isal-Kuffâru Min 'Aş-Ĥâbil-Qubur
Masksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu
mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan
kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan
baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah
kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula
telah mengeluarkan RasuluLLah (ﷺ) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah
suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada ALLah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu
keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada
sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara
rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang
kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara
Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.
✐ Jika mereka dapat Menguasai kamu, nescaya mereka
menjadi musuh Yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka
dan lidah mereka terhadap kamu Dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah
kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
✐ Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak
menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah
kepada kamu pada hari kiamat; ALLah
akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). dan (ingatlah), ALLah Maha melihat Segala Yang kamu
kerjakan.
✐ Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi
Ibrahim (عليه
السلام) dan pengikut-pengikutnya - contoh
ikutan Yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar):
"Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa Yang kamu
sembah Yang lain dari ALLah; Kami
kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan
permusuhan dan kebencian di antara Kami Dengan kamu selama-lamanya, sehingga
kamu menyembah ALLah
semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada
bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan
Aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari ALLah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah Wahai
orang-orang Yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya
berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya Yang kafir, Dengan berkata): "Wahai
Tuhan kami! kepada Engkaulah sahaja Kami berserah diri, dan kepada Engkaulah
Kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
✐ "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan
pendirian dan keyakinan Kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan
ampunkanlah dosa Kami Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
✐ Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan
Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi
orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan ALLah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada
mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana
Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
✐ Semoga ALLah
akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu Dengan orang-orang Yang kamu
musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk
Islam). dan (ingatlah), ALLah Maha
Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan ALLah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
✐ ALLah
tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; Sesungguhnya ALLah
mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
✐ Sesungguhnya ALLah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat
orang-orang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan
(ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah
orang-orang Yang zalim.
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! apabila
orang-orang perempuan Yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka
ujilah (iman) mereka: ALLah lebih
mengetahui akan iman mereka: Dengan Yang demikian, sekiranya kamu mengetahui
Bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada
orang-orang Yang kafir. mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai
isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai
suami). dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa Yang mereka telah
belanjakan. dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin Dengan mereka
(perempuan-perempuan Yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka
maskahwinnya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang Islam) tetap berpegang
kepada akad perkahwinan kamu Dengan perempuan-perempuan Yang (kekal Dalam
keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin Yang kamu telah berikan, dan
biarkanlah mereka (suami-suami Yang kafir itu) meminta balik apa Yang mereka
telah belanjakan. Demikianlah hukum ALLah;
ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). dan (ingatlah), ALLah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
✐ Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik
sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan
diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak Yang kafir itu
serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) Yang
lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak Yang mereka telah bayar. dan
bertaqwalah kamu kepada ALLah Yang
kamu beriman kepadaNya.
✐ Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang
beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak
akan melakukan syirik kepada ALLah
Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan
berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan
melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati
mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu Dalam sesuatu perkara Yang
baik, - maka Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada ALLah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya
ALLah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu
jadikan teman rapat mana-mana kaum Yang dimurkai ALLah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat,
sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir Yang ada di Dalam kubur.
0 comments:
Post a Comment