BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Sabbaĥa
LiLLâhi Mâ Fis-Samâwâti Wa Mâ Fil-'Arđ;
Wa Huwal-‘Azizul-Ĥakim Yâ-'Ayyuhâllażina 'Âmanu Lima Taquluna Mâ Lâ-Taf-‘Alun Kabura Maqtan ‘IndaLLâhi 'An-Taqulu Mâ Lâtaf-‘Alun 'InnaLLâha Yuĥibbul-Lażina Yuqâtiluna Fi Sabi-Lihi Şaffan-Ka-'Annahum-Bun-Yânum-Marşuş Wa 'Iż Qâla Musâ Li-Qaw-Mihi Yâ Qawmi
Lima Tu'-Żunani Wa Qatta‘-Lamuna 'Anni RasuluLLâhi 'Ilaykum? Falamma Zâġu 'AzâġaLLâhu Qulu-Bahum. WaLLâhu
Lâ Yahdil-Qawmal-Fâsiqin Wa 'Iż Qâla ‘Isabnu-Maryama Yâ-Bani-'Isrâ-'Ila 'Inni RasuluLLâhi 'Ilaykum Muşaddiqal Limâ Bayna Yadayya Minat-Tawrâti
Wa Mubasysyiram-Bi-Rasuliy-Ya'-Ti Mim-Ba‘-Dis-Muhu 'Aĥmad.
Falammâ Jâ-'Ahum-Bil-Bayyinâti Qâlu Hâżâ Siĥrun Mubin
Wa Man 'Aźlamu Mim-Manif-Tarâ ‘AlaLLâhil-Każiba Wa Huwa Yud-‘Â 'Ilal-'Islâm? WaLLâhu Lâ Yahdil-Qawmaź-Źâlimin Yuriduna Li-Yuţfi-'U NuraLLâhi Bi- 'Afwâhihim WaLLâhu Mutimmu Nurihi Wa Law Karihal-Kâ-firun Huwallażi 'Arsala Rasulahu Bil-Hudâ Wa Dinil-Ĥaqqi Liyuźhirahu ‘Alâd-Dini
Kullihi Wa Law Karihal-Musyrikun Yâ-'Ayyuhâl-Lażina 'Âmanu
Hal 'Adullukum ‘Alâ Tijâratin-Tunjikum-Min ‘Ażâbin
'Alim Tu'-Minuna BilLLâhi Wa
Rasulihi Wa Tujâhiduna Fi
SabiliLLâhi Bi-'Amwâlikum Wa
'Anfusikum; Żâlikum Khay-Rullakum 'In-Kuntum
Ta‘-Lamun Yaġfir Lakum Żunubakum Wayud-Khil-Kum Jannâtin Tajri Min-Taĥtihâl-'Anhâru Wa Masâkina Ţayyibatan-Fi Jannâti ‘Adn; Żâlikal-Fawzul-‘Aźim Wa 'Ukhrâ Tuĥibbunahâ‚ Naşrum-MinaLLâhi Wa Fat-Ĥun Qarib. Wa
Basysyhiril-Mu'-Minin Yâ-'Ayyuhâl-Lażina 'Âmanu
Kunu 'AnşâraLLâhi Kamâ Qâla
‘Isâbnu Maryama Lil-Ĥawâriyyina Man 'Anşâri 'IlâLLâh?
Qâ-Lal- Ĥawâriyyuna Naĥnu 'AnşâruLLâh. Fa-'Âmanat-Ţâ-'Ifatum-Mim-Bani-'Isrâ-'Ila Wa Kafarat-Ţâ-'Ifah. Fa-'Ayy-Adnal-Lażina 'Âmanu ‘Alâ
‘Aduwwihim Fa-'Aşbaĥu
Źâhirin
Maksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
✐ Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi,
tetap mengucap tasbih kepada ALLâh; dan Dia lah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu
memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
✐ Amat besar kebenciannya di sisi ALLâh - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak
melakukannya.
✐ Sesungguhnya ALLâh mengasihi orang-orang
Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi,
seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
✐ Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa
berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! mengapa kamu menyakiti daku,
sedang kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Aku ini pesuruh ALLâh kepada kamu?" maka ketika mereka
menyeleweng (dari kebenaran Yang mereka sedia mengetahuinya), ALLâh selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah
petunjuk); dan sememangnya ALLâh tidak memberi hidayah
petunjuk kepada kaum Yang fasik - derhaka.
✐ Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa
Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh ALLâh kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang
diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan
kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama:
Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang
jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"
✐ Dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang
Yang mengada-adakan perkara dusta terhadap ALLâh, sedang ia diajak
kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), ALLâh tidak memberi hidayah
petunjuk kepada orang-orang Yang zalim.
✐ Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan
cahaya ALLâh (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang ALLâh tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun
orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).
✐ Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muĥammad ﷺ) Dengan membawa hidayah petunjuk dan
ugama Yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya
atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku
tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang
tidak terperi sakitnya?
✐ Iaitu, kamu beriman kepada ALLâh dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan ugama ALLâh Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian
itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang
sebenarnya).
✐ (Dengan itu) ALLâh akan mengampunkan
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang
baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
✐ Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai,
Iaitu pertolongan dari ALLâh dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya).
dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.
✐ Wahai orang-orang Yang
beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) ALLâh sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi
Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:
"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada ALLâh (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka
menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) ALLâh!" (setelah Nabi Isa tidak berada di
antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi
(tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman
untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.
0 comments:
Post a Comment