Seorang
gadis datang menemui Nabi Muĥammad ﷺ dengan tangan kanannya disorokkan ke
dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Lalu
Nabi Muĥammad ﷺ menegurnya. "Wahai anakku, kenapa
wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di
tanganmu?"
Lalu
gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,RasuluLLâh, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika
tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Nabi Muĥammad ﷺmula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut.
"Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku
meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu
hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis
itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya
ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar
tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa
ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya
untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu
aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu
penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku
memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku
bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu
amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu
dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah
dilarang oleh ALLâh dari memberi
walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh
kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk
sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat
air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga
melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya RasuluLLâh."
Panjang
lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
RasuluLLâh kemudian meletakkan
tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon
petunjuk dari ALLâh. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh. RasuluLLâh lantas
berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.... In-Syâ'-ALLâh. . .
0 comments:
Post a Comment