Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan ALLâh.

Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba ALLâh yang sentiasa memerlukan pertolongan ALLâh.

Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada ALLâh.

Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

Memahami makna bacaan dalam solat.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap ALLâh و تعالى سبحانه. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali ALLâh dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan ALLâh, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati ALLâh و تعالى سبحانه, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Comments: (1)



Fa-Lammâ Alqaw la Musâ Mâ Ji'-Tum Bihis-Siĥru 'InnaLLâha Sa-Yubţiluh; 'InnaLLâha Lâ Yuş-Liĥu Amalal-Mufsidin ۝ Wayu-ĤiqquLLâhul-Ĥaqqa Bi-Kalimâ-Tihi Wa Law Karihal-Mujri-Mun ۝

Maksudnya:
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musâ berkata:" apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya ALLâh akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya ALLâh tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan.
"Dan ALLâh juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa".

Surah Yunus
Ayat 81 - 82
Comments: (1)



ALLâhumma 'Innâ Naj-Aluka Fi Nuĥuri 'A-Dâ 'Innâ‚ Wa Na-Użu-Bika Min Syuru-Rihim, ALLâhumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-Ahum‚ Wa Syattit Kalimata-Hum, Wa Zal-Zil 'Aqdâ-Mahum, Wa Salliţ Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚ Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚ ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚ Yâ Mujriyas-Saĥâb‚ Yâ Hazimal Aĥzâb Ihzim-Hum... Ihzim-Hum... Ihzim-Hum Wan-Şurnâ Alayhim.

Maksudnya:
"Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami.
Comments: (0)



ALLâhumma Innađ-Đuĥâ-'A Đuĥâ-'Uka Wal-Bahâ-'A Bahâ-'Uka Wal-Jamâl Jamâ-Luka Wal-Quwwata Quwwa-Tuka Wal-Qud-Rata Qud-Ratuka, Wal-Işmata Işmatuka. ALLâhumma In Kâna Rizqi Fis-Samâ-'I Fa-'Anzilhu Wa In Kâna Fil-Arđi Fa-'Akhrijhu Wa In Kâna Mu-Assirâ Fayassirhu Wa In Kâna Ĥarâmân Faţahhirhu Wa In Kâna Ba-Idan Faqarribhu Bihaqqi Đuĥâ-'Ika Wa Bahâ-'Ika Wa Jamâ-Lika Wa Quwwa-Tika Wa Qud-Ratika Âtini Mâ Âtayta Ibâdakaş-Şaliĥin.

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
Kecantikannya kecantikanMu,
Keindahannya keindahanMu,
Kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya kekuasaanMu perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, Jika rezek masih di langit turunkanlah,
Jika di Bumi keluarkanlah,
Jika sukar permudahkanlah,
Jika haram sucikanlah,
Jika jauh dekatkanlah,
Berkat waktu dhuha kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

AlĥamduliLLâhi Rabbil ‘Âlamin, Waş-Şalatu Was-Salamu Ala Sayyidinâ Muĥammadin 'Asyrafi Mursalin, Wa Ala Âlihi Wa Şaĥbihi 'Ajma-In, ALLâhumma 'Aĥyinâ Bil-'Imân, Wa 'Amitnâ Bil-'Imân, Wa 'Ad Khilnâl Jannata Ma-Al 'Imân, ALLâhummaġ Firlanâ Żunubanâ Wa Liwa-Lidinâ Warĥamhumâ Kamâ Rabbayanâ Şaġirâ, ALLâhummakh-Tim Lanâ Biĥusnil-Khâtimah Wa Lâ Takhtim Alaynâ Bisu-'Il-Khâtimah, Rabbanâ Lâ Tuziġ Qulubanâ Ba-Da 'Iż Hadaytanâ Wahab Lanâ Min-Ladunka Raĥmah 'Innaka 'Antal Wahhâb, Rabbanâ Âtinâ Fid-Dunyâ Ĥasanah Wa Fil khirati Ĥasanah Wa Qinâ Ażâban-Nâr, Wa ŞallaLLâhu Ala Sayyidinâ Muĥammad Wa Ala Âlihi Wa Şaĥbihi Wa Sallam, Wal-ĤamduliLLâhi-Rabbil-‘Âlamin.

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Comments: (0)



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

At-Taĥiyyâtul-Mubârakâtuş-Şalawâtuţ-Ţayyibâtu LiLLâh,
Assalâmu ‘Âlayka 'Ayyuhan-Nabiyyu WaraĥmatuLLâhi Wabarakâtuh,
Assalâmu Alaynâ Wa Ala IbâdiLLâhiş-Şâliĥin,
'Asy-Hadu 'Allâ 'Ilâha 'IllâLLâh,
Wa 'Asy-Hadu 'Anna Muĥammadar RasuluLLâh,
ALLâhumma Şalli Ala Muĥammad,

Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah
Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya
Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah
Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah.
Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad
Comments: (3)



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

At-Taĥiyyâtul-Mubârakâtuş-Şalawâtuţ-Ţayyibâtu LiLLâh,
Assalâmu ‘Âlayka 'Ayyuhan-Nabiyyu WaraĥmatuLLâhi Wabarakâtuh,
Assalâmu Alaynâ Wa Ala IbâdiLLâhiş-Şâliĥin,
'Asy-Hadu 'Allâ 'Ilâha 'IllâLLâh,
Wa 'Asy-Hadu 'Anna Muĥammadar RasuluLLâh,
ALLâhumma Şalli Ala Muĥammad Wa Ala Âli Muĥammad,
Kamâ Şalayta Ala Ibrâhim Wa Ala Âli 'Ibrâhim,
Wa Bârik Ala Muĥammad Wa Ala Âli Muĥammad,
Kamâ Bârakta Ala 'Ibrâhim Wa Ala Âli 'Ibrâhim,
Fil-‘Âlamin 'Innaka Ĥamidum-Majid,

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah.
Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya.
Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allaâh
Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah.
Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad Dan kepada keluarga Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim Dan kepada keluarga Ibrahim.
Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad Dan kepada keluarga Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim Dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Comments: (0)



ALLâhummah-Dini Fiman Hadayit,
Wa ‘Âfini Fiman ‘Âfayit,
Wa Tawallani Fiman Tawallayit,
Wa Bâ-Rikli Fimâ 'A‘-Ţayit,
Wa Qini Syarramâ Qađayit,
Fa-'Innaka Taqđi Wa Lâ Yuqđâ ‘Alayik,
Wa 'Innahu Lâ Yażillu Man Wa Layit.
Wa Lâ Ya-Izzu Man ‘Âdayit.
Tabâ-Rak-Ta-Rabbanâ Wa Ta-‘Âlayit.
Falakal-Ĥamdu Alâ Mâ Qađayit.
Wa 'Astaġfiruka Wa 'Atu-Bu 'Ilayik.
Wa ŞallaLLahu Alâ Sayyidinâ Muĥammadin Wa Alâ Âlihi Wa Şaĥbihi Wa Sallam.

Maksudnya:
Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjukkan
Berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana orang yang telah Engkau berikan kesihatan
Dan peliharalah aku sepertimana orang yang telah Engkau peliharakan
Berikanlah keberkatan dalam setiap perkara yang engkau berikan
Dan selamatkan aku dari bahaya yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang dihukum
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan sungguh tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi
Maha bagi Engkau segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan
Aku memohon ampun dari Mu dan aku bertaubat kepada Mu
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga danya sahabatnya.
Comments: (0)



ALLâhu Akbar Kabirâ Wal-ĤamduLiLLâhi Kashirâ Wa ŞubĥânaLLâhi Bukrataw -Wa 'Aşila, Waj-Jahtu Waj-Hia Lillażi Faţâras-Samâwâti Wal 'Arđ Ĥani-Fâm-Muslimaw Wa Mâ 'Anâ Minal-Musyrikin 'Inna Şalâti Wa Nusuki Wa Maĥ-Yâya Wa Mamâti LiLLâhi Rabbil-‘Âlamin, Lâ Syarika Lâhu Wa Biżâ-Lika 'Umirtu Wa 'Anâ Minal-Muslimin.

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).