Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Dari Anas رضي ﷲ عنه. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.

✐ Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

✐ Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

✐ Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

✐ Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

✐ Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

✐ Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

✐ Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

✐ Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur-'Ân maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah رضي ﷲ عنه. berkata, Nabi Muĥammad ﷺ. telah bersabda:

Apabila Telah Mati Anak Adam Itu, Maka Terhentilah Amalannya Melainkan Tiga Macam :
✐ Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
✐ Ilmu yang berguna dan diamalkan.
✐ Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

0 comments:

Post a Comment