Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

Yâ 'Ayyuhan-Nabiyu Lima Tuĥarrimu Mâ 'AĥallaLLâhu Laka Tabtaġi Marđâta 'Azwâjik. WaLLâhu Ġafurur-Raĥim ۝ Qad FarađaLLâhu Lakum Taĥillata 'Aymânikum; WaLLâhu Mawlâkum, Wa Huwal-Alimul-Ĥakim ۝ Wa 'Iż 'Asarran-Nabiyyu 'Ilâ Ba-Đi 'Azwâji-Hi Ĥadishâ Falammâ Nabba-'At Bihi Wa 'AźharahuLLâhu Alayhi Arrafa Ba-Đahuu Wa 'A-Rađa Am Ba-đ. Falammâ Nabba-'Ahâ Bihi lat Man 'Amba-'Aka Hâżâ? la Nabba-'Aniyal-Alimul-Khabir ۝ 'In- Tatuubâ 'IlâLLâhi Fa-Qad Şaġat Qulubukumâ; Wa 'In-Taźâharâ Alayhi Fa-'InnaLLâha Huwa Mawlâhu Wa Jibrilu Wa Şâliĥul-Mu'-Minin. Wal-Malâ-'Ikatu Ba-Da Żâlika Źahir ۝ Asâ Rabbuhu 'In-Ţal-Laqakunna 'An-Yubdi-Lahu 'Azwâjan Khayram-Minkunna Muslimâtim-Mu'-Minâtin nitâtin-Tâ-'Ibâtin-‘Âbi-Dâtin-Sâ-'Iĥâtin-Thayyibâ-Tiw-Wa 'Abkârâ ۝ Yâ 'Ayyuhallażina 'Âmanu Qu 'Anfusakum Wa 'Ahlikum Nâraw-Waquđu-Han-Nâsu Wal-Ĥijâratu Alayhâ Malâ-'Ikatun Ġilâźun Syidâdul-Lâ Ya-ŞunaLLâha Mâ 'Amarahum Wayaf-Aluna Mâ Yu'-Marun ۝ Yâ 'Ayyuhallażina Kafaru Lâ Ta-Tażirul-Yawm! 'Innamâ Tujzawna Mâ Kuntum Ta-Malun ۝ Yâ 'Ayyuhallażina 'Â-Manu Tubu 'ilâLLâhi Taw-Batan Naşuĥâ; Asâ Rabbukum 'Ay-Yukaffira Ankum Sayyi-tikum Wa Yud-Khila-Kum Jannâtin Tajri Min Taĥtihal-'Anhâru Yawma Lâ YukhziLLâhu-Ay-Nabiyya Wallażina 'Âmanu Ma-Ah. Nuruhum Yas-‘Â Bayna 'Aydihim Wa Bi-'Aymânihim Yaqu-Luna Rabbanâ 'Atmim Lanâ Nuranâ Waġ-Fir Lanâ; 'Innaka Alâ Kulli Syay-'In Qadir ۝ Yâ-'Ayyuhan-Nabiyyu Jâ-Hidil-Kuffâra Wal-Munâfiqina Waġ-Luź Alayhim. Wa Ma'-Wâhum Jahannam Wa Bi'-Sal-Maşir ۝ ĐarabaLLâhu Mashalal Lillażina Kafar-Umra-'Ata Nuĥinw-Wa Amra-'Ata Luţ. Kânatâ Taĥta Abdayni Min Ibâdinâ Şâliĥayni Fa-Khânatâhumâ Falam Yuġniyâ Anhumâ MinaLLâhi Syay-'Aw-Wa Qilad-Khulan-Nâra Ma-Addâkhilin ۝ ĐarabaLLâhu Mashalal Lillażina 'Âmanumra-'Ata Fir-Awna. 'Iż lat Rabbibni Li Indaka Baytan-Fil-Jannati Wa Najjini Min- Fir-Awna Wa Amalihi Wa Najjini Minal-Qawmiź-Źâlimin ۝ Wa Maryam-Ab-Nata Im-Rânallati 'Aĥşanat Farjahâ Fanafakhnâ Fihi Mir-Ruĥinâ Wa Şaddaqat Bi-Kalimâti Rab-Bihâ Wa Kutubihi Wa Kânat Minal-Qânitin ۝

Maksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang Dihalalkan oleh ALLâh bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, ALLâh ampunkan kesilapanmu itu) dan ALLâh sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya ALLâh telah menetapkan bagi kamu (Wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah); dan ALLâh ialah Pelindung Yang mentadbirkan keadaan kamu, dan ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia Yang tersebut (kepada seorang madunya), dan ALLâh menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia Yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan Yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah Yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh ALLâh Yang Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (tentang Segala perkara Yang nyata dan Yang tersembunyi) ".
Jika kamu berdua bertaubat kepada AllaLLâh (Wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah Yang sewajibnya), kerana Sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara Yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka Yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana Sesungguhnya AllaLLâh adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang Yang soleh dari kalangan orang-orang Yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih baik daripada kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat, Yang bertaubat, Yang tetap beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda dan Yang anak dara.
Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada ALLâh Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang Yang dimasukkan ke Dalam neraka): "Hai orang-orang Yang kufur ingkar! janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). kamu hanyalah dibalas Dengan balasan apa Yang kamu telah kerjakan".
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada ALLâh Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ALLâh tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Wahai Nabi! berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
ALLâh mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat Dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman Dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba Yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLâh, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke Dalam neraka bersama-sama orang-orang Yang masuk (ke situ)".
Dan ALLâh mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat Dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim";
Dan juga (satu misal Perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) Yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke Dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang Yang tetap taat.

0 comments:

Post a Comment