Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

Yusabbiĥu LiLLâhi Mâ Fis-Samâwâti Wa Mâ Fil-'Arđ. Lahul-Mulku Wa Lahul-đamd; Wa Huwa Alâ Kulli Syay-'In Qadir ۝ HuwallażKhalaqakum Fa-Min-Kum Kâfiruw-Wa Minkum Mu'-Min. WaLLâhu Bimâ Ta-Maluna Başir ۝ Khalaqas- Samâwâti Wal- Arđa Bil-Ĥaqqi Wa Şawwarakum Fa-'Aĥsana Şuwarakum, Wa 'Ilay-Hil-Maşir ۝ Ya-Lamu Mâ Fis-Samâwâti Wal-'Arđi Wa Ya-Lamu Mâ Tusirruna Wa Mâ Tu-Linun; WaLLâhu Alimum Biżâtiş-Şudur ۝ 'Alam Ya'-Tikum Naba-'Ul-Lażina Kafaru Min Qablu Fażâqu Wabâla 'Amrihim Wa Lahum Ażâbun 'Alim ۝ Żâlika Bi-'Annahu Kânat-Ta'-Ti-Him Rusuluhum-Bil-Bayyi-Nâti Falu 'A-Basyaruy-Yah-Dunanâ Fakafaru Wa Tawallaw-Was-TaġnaLLâh; WaLLâhu Ġaniyyun Ĥamid ۝ Za-Amallażina Kafaru 'Allay-Yub-Ashu. Qul Balâ Wa Rabbi Latub-Ashunna Shumma Latunabba-'Unna Bimâ Amiltum. Wa Żâlika AlaLLâhi Yasir ۝ Fa-minu BilLLâhi Wa Rasulihii Wan-Nurillaż'Anzalnâ. WaLLâhu Bimâ Ta-Maluna Khabir ۝ Yawma Yajma-Ukum Li-Yawmil-Jam; Żâlika Yawmut-Taġâbun. Wa May-Yu'-Mim-BilLLâhi Wa Ya-Mal Şâliĥany-Yukaffir Anhu Sayyi-tihi Wa Yud-Khilhu Jannâ-Tin-Tajri Min Taĥtihâl-'Anhâru-Khâlidina Fihâ 'AbadâŻâlikal-Fawzul-Aźim ۝ Wallażina Kafaru Wa Każżabu Bi-yâtinâ 'Ulâ-'Ika 'Aş-Ĥâbun-Nâri Khâlidina Fihâ; Wa Bi'-Sal-Maşir ۝ Mâ 'Aşâba Mim-Muşibatin 'Illâ Bi-'IżniLLâh; Wa May-Yu'-Mim BilLLâhi Yahdi Qalbah; WaLLâhu Bikulli Syay-'In Alim ۝ Wa 'Aţi-ULLâha Wa 'Aţi-Ur-Rasul; Fa-'In-Tawallay-Tum Fa-'In-Namâ Alâ Rasulinâl-Balâġul-Mubin ۝ 'ALLâhu Lâ 'Ilâha 'Illâ Hu! Wa AlaLLâhi Fal-Yata-Wakkalil-Mu'-Minun ۝ Yâ-'Ayyuhallażina manu 'Inna Min 'Azwâjikum Wa 'Awlâdikum Aduwwal-La-Kum Faĥżaruhum! Wa 'In-Ta-Fu Wa Taş-Faĥu Wa Taġ-Firu Fa-'InnaLLâĠafurur-Raĥim ۝ 'Innamâ 'Amwâlukum Wa 'Awlâdukum Fitnah; Wa-LLâhu indahu 'Ajrun Ażim ۝ FattaquLLâha Mâsta-Ţa-Tum Wasma-U Wa 'Aţii-U Wa 'Anfiqu Khay-Ral Li-'Anfusi-Kum. Wa May-YuqSyuĥĥa Nafsihi Fa-'Ulâ-'Ika Humul-Mufliĥun ۝ 'In-TuqriđuLLâha Qarđan Ĥasanany-Yuđâ Ifhu Lakum Wa Yaġfir Lakum; WaLLâhu Syakurun Ĥalim ۝ ‘Âlimul-Ġaybi Wasy-Syahâdatil-Azizul-Ĥakim ۝

Maksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada ALLâh; bagiNyalah Kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah Segala pujian; dan ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dia lah Yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu Yang kafir dan ada sebahagian dari kamu Yang beriman; dan ALLâh Maha melihat akan Segala Yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
Ia menciptakan langit dan bumi Dengan cara Yang sungguh layak dan berhikmat, dan ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.
Ia mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui Segala Yang kamu rahsiakan serta Yang kamu zahirkan; dan ALLâh sentiasa mengetahui Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada;
Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir Yang telah lalu? lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
(Balasan) Yang demikian itu, kerana Sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka Dengan membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, maka mereka berkata:" Patutkah manusia (yang seperti Kami - menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan ALLâh sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang Yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan Bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (Sesudah mati). katakanlah: "Bahkan, Demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang Segala Yang kamu telah kerjakan. dan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Oleh itu, berimanlah kamu kepada ALLâh dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - Yang Kami turunkan. dan (ingatlah), ALLâh amat mendalam pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada ALLâh serta mengerjakan amal soleh, nescaya ALLâh mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Yang demikian itulah kemenangan Yang besar.
Dan orang-orang Yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan kami, merekalah ahli neraka, kekalah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin ALLâh; dan sesiapa Yang beriman kepada ALLâh, ALLâh akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dan Taatlah kamu kepada ALLâh serta Taatlah kepada RasuluLLâh; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah Yang akan menderita balasannya Yang buruk), kerana Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.
ALLâh, tiada Tuhan melainkan dia; dan Dengan Yang demikian, kepada ALLâh jualah orang-orang Yang beriman wajib berserah diri.
Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka ALLâh akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya ALLâh Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi ALLâh jualah pahala Yang besar.
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada ALLâh sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya) serta Taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada ALLâh, sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas), nescaya ALLâh akan melipat gandakan balasannya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan ALLâh amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan Yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan Yang bersalah supaya bertaubat).
Dia lah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, (dan Dia lah jua) Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

0 comments:

Post a Comment