✐ Jangan tidur menghadap
kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
✐ Barangsiapa yang
membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah, SubĥanaLLâh 33 kali, AlĥamduliLLâh 33 kali, ALLâh Akbar 33 kali.
✐ Baca 4 Qul (An-Nas,
Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim 21 kali. Barangsiapa membaca BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan
gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
✐ Niat untuk bangun
Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, ALLâh
و تعالى سبحانه akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada
sihir dan buatan orang.
✐ Ambil wudhu’ sebelum
tidur dan solat Sunat Taubat 2 rakaat.
✐ Maafkan semua kesalahan
manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
✐ Tidur cara RasuluLLâh dengan mengiring badan ke
kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
0 comments:
Post a Comment