BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
'Iżâ Jâ-'Akal-Munâfiquna
Qâlu Nasy-hadu 'Innaka
La-RasuluLLâhi WaLLâhu Ya‘-Lamu 'Innaka
La-Rasuluh. WaLLâhu Yasy-Hadu 'Innal-Munâfiqina Lakâżibun 'Ittakhażu 'Aymânahum Junnatan-Faşaddu ‘An Sabi-LiLLâh; 'Innahum Sâ-'A
Mâ Kânu Ya‘-Malun Żâlika
Bi-'Annahum 'Âmanu Shumma Kafaru Fa-Ţubi-‘A ‘Alâ Qulubihim
Fahum Lâ Yaf-Qahun Wa 'Iżâ Ra-'Aytahum Tu‘-Jibuka 'Aj-Sâmuhum; Wa 'Iy-Yaqulu Tasma‘ Liqawlihim; Ka-'Annahum Khushubum-Musannadah. Yaĥsabuuna
Kulla Şay-Ĥatin ‘Alayhim. Humul-‘Aduwwu Faĥżarhum. QâtalahumuLLâh! 'Annâ Yu'-Fakun Wa 'Iżâ
Qila Lahum Ta-‘Â-Law Yastaġ-Fir Lakum RasuluLLâhi Lawwaw Ru-'Usahum Wa Ra-'Aytahum Yaşudduna
Wa Hum-Mustak-Biruun Sawâ-'Un ‘Alayhim 'Astaġ-Farta Lahum 'Am Lam Tastaġ-Fir
Lahum Lay-Yaġ-FiraLLâhu Lahum. 'InnaLLâha Lâ Yahdil-Qawmal-Fâsiqin Humullażina Yaquluna Lâ Tunfiqu ‘Alâ
Man ‘Inda RasuliLLâhi Ĥattâ Yanfađđu. Wa LiLLâhi Khazâ 'Inus-Samâwâti
Wal-'Arđi Walâ Kinnal-Munâfiqiina Lâ Yaf-Qahun Yaquluna La-'Ir-Raja‘-Nâ 'Ilal-Madinati Layukh-Ri--Jannal-'A-‘Azzu Minhal-'Ażall. Wa LiLLâhil-‘Izzatu Wa Li-Rasulihi Wa Lil-Mu'-Minina Wa Lakin-Nal- Munâfiqina Lâ Ya‘-Lamun Yâ-'Ayyuhallażina 'Âmanu Lâ Tul-Hikum 'Amwâ-Lukum Wa Lâ 'Awlâdu-Kum ‘An ŻikriLLâh. Wa May-Yaf-‘Al Żâlika
Fa-'Ulâ-'Ika Humul-Khâsirun Wa 'Anfiqu Mimmâ Razaq-Nâkum Min Qabli 'Ay-Ya'-Tiya 'Aĥadakumul-Mawtu
Fa-Yaqula Rabbi Law Lâ 'Akh-Khartani 'Ilâ 'Ajalin-Qaribin-Fa-'Aşşaddaqa Wa 'Akum Minaş-Şâliĥin Wa Lay-Yu-'Akhkhira-LLâhu Nafsan 'Iżâ Jâ-'A 'Aja-Luhâ; Wa-LLâhu Khabi-Rum-Bimâ Ta‘-Malun
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Apabila orang-orang munafik datang kepadamu
(Wahai Muĥammad), mereka berkata:
"Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul ALLâh". dan ALLâh sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah
menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
✐ Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya)
sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada
dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari
menurut jalan ALLâh. Sesungguhnya
amatlah buruk apa Yang mereka telah kerjakan.
✐ (Perbuatan buruk) Yang demikian kerana mereka
mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir
sesama sendiri, maka Dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu
mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan Yang mana salah).
✐ Dan apabila Engkau melihat mereka, Engkau
tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka
berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis
dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu Yang
tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan Yang dikehendaki).
mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa Dalam keadaan cemas sehingga) menyangka
tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah Yang mereka dengar) adalah untuk
membahayakan mereka. mereka itulah musuh Yang sebenar-benarnya maka
berjaga-jagalah Engkau terhadap mereka. semoga ALLâh membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!)
Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
✐ Dan apabila dikatakan kepada mereka: "
marilah (bertaubat) supaya RasuluLLâh
meminta ampun (kepada ALLâh) untuk
kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan Engkau
melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
✐ (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada
Engkau meminta ampun untuk mereka atau Engkau tidak meminta ampun, ALLâh tidak sekali-kali akan mengampunkan
mereka. Sesungguhnya ALLâh tidak
memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik.
✐ Merekalah Yang mengatakan (kepada orang-orang
Islam di Madinah Yang menolong RasuluLLâh
dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu
kepada orang-orang Yang ada bersama-sama RasuluLLâh supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi ALLâh jualah perbendaharaan langit dan
bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian
melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak
memahami (hakikat Yang sebenarnya).
✐ Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya!
jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang
mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang
hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi ALLâh jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi
orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak
mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
✐ Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu
dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati ALLâh (dengan menjalankan
perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang-orang Yang rugi.
✐ Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari
rezeki Yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal
maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu Dengan
katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan
ajal matiku - ke suatu masa Yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat
bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ".
✐ Dan (ingatlah), ALLâh tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau
sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan ALLâh amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.
0 comments:
Post a Comment