BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Wal-Fajr
Wa La-Yâlin ‘Asyr Wasy-Syaf-‘I Wal-Watr Wal-Layli 'Iżâ
Yasr Hal Fi Żâlika Qasamul-Liżi Ĥijr 'Alam
Tara Kayfa Fa-‘Ala Rabbuka Bi -‘Âd 'Irama
Żâtil-‘Imâd Allati Lam Yukhlaq Mishluhâ Fil-Bilâd Wa Shamudal-Lażina Jâbuş-Şakhra
Bil-Wâd Wa Fir-‘Awna Żil-'Awtâd Allażina
Ţaġaw Fil-Bilâd Fa-'Aksharu
Fihal-Fasâd Faşabba ‘Alayhim Rabbuka
Sawţa ‘Ażâb 'Inna Rabbaka La-Bil-Mirşâd
Fa-'Ammal-'Insânu 'Iżâ Mabtalâhu Rabbuhu Fa-'Ak Ramahu Wa Na‘-‘Amahu Fa-Yaqulu Rabbi 'Akraman Wa 'Ammâ 'Iżâ-Mabtalâhu Faqadara ‘Alayhi Rizqahu Fa-Yaqulu Rabbi 'Ahânan
Kallâ Bal-Lâ Tukrimunal-Yatim Wa Lâ Taĥâđđuna ‘Ala Ţa-‘Âmil Miskin Wa Ta'-Kulunat-Turâsha 'Aklal-Lammâ Wa Tuĥibbunal Mâla Ĥubban-Jammâ Kallâ
'Iżâ Dukkatil-'Arđu Dakkan-Dakkâ Wa Jâ-'A
Rabbuka Wal-Malaku Şaffan Şaffâ Wa Ji-'A Yawma 'Iżim-Bi-Jahannam,
Yawma-'Iżiy-Yatażakkarul-'Insânu Wa 'Annâ Lahuż-Żikrâ Yaqulu
Yâlaytani Qaddamtu Li-Ĥayâti Fa Yawma-'Iżil-Lâ Yu-‘Aż-Żibu
‘Ażâbahu 'Aĥad Wa Lâ
Yushiqu Washâqâ-Hu 'Aĥad Ya-'Ayyatuhan-Nafsul-Muţma-'Innah Irji-‘I 'Ilâ Rabbiki Râ-Điyatam-Marđiyyah Fadkhuli Fi ‘Ibâdi Wadkhuli Jannati
Maksudnya:
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
✐ Demi
waktu fajar;
✐ Dan
malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
✐ Dan
bilangan Yang genap serta Yang ganjil;
✐ Dan
malam, apabila ia berlalu; -
✐ Bukankah
Yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang Yang
berakal sempurna?
✐ (Kami
tetap akan membinasakan orang-orang Yang menentangmu Wahai Muhammad), tidakkah
Engkau perhatikan, Bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang
kufur derhaka)
✐ Iaitu
penduduk "Iram" Yang mempunyai bangunan-bangunan Yang tinggi
tiangnya, (sesuai Dengan penduduknya)
✐ Yang
belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di Segala
negeri (pada zamannya)?
✐ Dan
(terhadap) kaum Thamud Yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura Iaitu
tempat tinggalnya)?
✐ Dan
(terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh?
✐ (Semuanya
itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
✐ Lalu
mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
✐ Dengan
Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
✐ Sesungguhnya
Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
✐ (Dalam
pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh Yang demikian, maka
kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan
hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata
Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
✐ Dan
sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya, (ia
tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek Dengan katanya:
"Tuhanku telah menghinakan daku!"
✐ Jangan
demikian, (Sebenarnya kata-kata kamu itu salah). bahkan (perbuatan kamu Wahai
orang-orang Yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan
anak yatim, (malah kamu menahan apa Yang ia berhak menerimanya);
✐ Dan
kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang
miskin;
✐ Dan
kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal
haramnya),
✐ Serta
kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
✐ Jangan
sekali-kali bersikap demikian! (sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan Segala
Yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
✐ Dan
(perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan
perintah),
✐ Serta
diperlihatkan neraka jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan
ingat (hendak berlaku baik), dan Bagaimana ingatan itu akan berguna lagi
kepadanya?
✐ Ia
akan berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku dahulu sediakan amal-amal baik
untuk hidupku (di sini)!"
✐ Maka
pada hari itu tiada sesiapapun Yang dapat menyeksa seperti azab (yang
ditimpakan oleh) Allah.
✐ Dan
tiada sesiapapun Yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan
belengguNya.
✐ (Setelah
menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan
menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut
Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang
tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
✐ "Kembalilah
kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang
diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
✐ "Serta
masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
✐ "Dan masuklah ke Dalam
SyurgaKu! "
4 comments:
It's been a great content about Surah Fajr and trust me it was all worth written. You have mentioned it really well.
Saya nak ucapkan beribu ribu trima kasih kepada Admin blog ni.Blog ni banyak membantu saya sehingga saya boleh menghafal beberapa surah. Saya Mohd Ilham doakan kesejahteraan kepada admin dan saya doakan Allah permudahkan segala urusan admin dan sekeluarga di dunia dan di akhirat dan mendapat tempat di dalam syurga kelak. AMIN Ya Robbana Alamin
Alhamdulillah mudah dibaca dn snang dihafal trima kasih pada admin dn smua
Post a Comment