Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


DARIPADA Sayyidina Ali bin Abi Thalib عنه ﷲ رضي Rasulullah bersabda:
Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

✐ Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
✐ Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
✐ Zakat dijadikan hutang.
✐ Suami memperuntukkan kehendak isteri.
✐ Anak derhaka terhadap ibunya.
✐ Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
✐ Aanak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
✐ Suara ditinggikan di dalam masjid.
✐ Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
✐ dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
✐ Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
✐ Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
✐ Artis disanjung-sanjung.
✐ Muzik banyak dimainkan.
✐ Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

0 comments:

Post a Comment