Kita
selalu mendengar kisahnya Nabi Adam عليه السلام. Dan kita juga terlalu
tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu
akan tanahnya itu?
Apakah
kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari
kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui
tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-
pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA
PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM السلام عليه (ABUL BASYAR / Bapa
segala manusia)
Pada
suatu ketika, Allah و تعالى سبحانه menitahkan kepada
malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk
mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan
menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah
itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah
memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing
kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat
Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
”
Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu
atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya
bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu
Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah,
dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh
manusia.”
Maka
kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah
berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya,
dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar,
sakit dan sebagainya.
Jenis Tanah Yang
Digunakan:
✐ Tanah tempat bakal berdirinya Baitul
Mugaddis
✐ Tanah Bukit Tursina
✐ Tanah Iraq
✐ Tanah Aden
✐ Tanah Al-Kautsar
✐ Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
✐ Tanah Paris
✐ Tanah Khurasan
✐ Tanah(Babylon)
✐ Tanah India
✐ Tanah syurga
✐ Tanah Tha’if
Menurut Ibnu Abbas:
✐ Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis
kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
✐ Telinganya dari tanah Bukit Thursina,
kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
✐ Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu
tempat sujud kepada Allah.
✐ Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu
tempat berhias dan tempat kecantikan.
✐ Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,
tempat menarik perhatian.
✐ Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat
memanis-manis.
✐ Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk
mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
✐ Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat
beristinjak.
✐ Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah
tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah
dosa.
✐ Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat
peneguh tubuh manusia.
✐ Dua kakinya dari tanah India, tempat
berdiri dan jalan.
✐ Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana
disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
✐ Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat
mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Proses
Kejadiannya:
✐ Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu
dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah
resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
✐ Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan
genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
✐ Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan
“tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu
dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah,
dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
✐ Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air
“Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam
yang sempurna.
✐ Demikian pula roh, ketika itu diperintah
masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar,
mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat
Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk
dan menyerah kepada Izrail.
Menurut
riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak
seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah
perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal
warnanya
hanyalah
pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya
adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan
pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan
dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh Buah Letaknya
Adalah Di:
✐ Kepala : dua.liang mata, Dua liang
telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
✐ Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang
dubur.
Dijadikan Pula Lima Buah
Pancaindera:
✐ Mata alat penglihatan.
✐ Hidung alat penciuman.
✐ Telinga alat pendengaran.
✐ Mulut alat merasa manis, masin dan
sebagainya.
✐ Anggota tubuh lainya seperti kulit,
telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.
Setelah Roh Masuk Kedalam
Tubuh Adam :
Lalu
roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200
tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam.
Setelah
roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat
sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya
terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa
itu
bahagian
badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya
kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu
dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang
merdu dan mengasyikkan.
Kemudian
ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika
itulah Allah ajarkan padanya ucapan AlĥamduliLLâh. Itulah ucapan
Adam
pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”YarhamukaLLâh”
yang
membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang
bersin, menjadi sunat mengucap “AlĥamduliLLâh” dan orang yang mendengarnya sunat
pula mengucapkan “YarhamukaLLâh” .
Kemudian
ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat
manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah و تعالى سبحانه bermaksud: “Dan adalah
manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka
ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut
dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu
meresap
sampai
ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat
berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah
proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai
manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup
cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian
Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada
seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke
syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
☞ (Dipetik
dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)
0 comments:
Post a Comment