Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


 Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

 Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

 Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

 Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

 Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

 Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

 Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LÂ 'ILÂHA 'ILLÂLLÂH".

Kredit Oh! Media..
Comments: (0)

  Orang yang pertama menulis Bismillah:
Nabi Sulaiman عليه السلام

.Orang yang pertama minum air zamzam:
Nabi Ismail عليه السلام

.Orang yang pertama berkhatan:
Nabi Ibrahim عليه السلام

 Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat:
Nabi Ibrahim عليه السلام

…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat:
Nabi Adam عليه السلام

….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah:
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail عليه السلام )

  Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat:
Nabi Muhammad 

 ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam:
Abu Bakar As-Siddiq رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar Bin Al-Khattab رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan Bin Ali رضي ﷲعنه

 ..Orang yang pertama menyusukan Nabi:
Thuwaibah رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki:
Al-Harith Bin Abi Halah رضي ﷲعنه

..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah Binti Khabbat رضي ﷲعنه

… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran:
Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah:
Saad Bin Abi Waqqas رضي ﷲعنه

…Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal Bin Rabah رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah:
Ali Bin Abi Thalib رضي ﷲعنه

…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi:
Tamim Ad-Dary رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah:
Az-Zubair Bin Al-Awwam رضي ﷲعنه

…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi:
Ibban Bin Uthman bin Affan رضي ﷲعنه

  Orang yang pertama beriman dengan Nabi:
Khadijah Binti Khuwailid رضي ﷲعنه

… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh:
Imam Syafie رحمه

  Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali Bin Abi Thalib رضي ﷲعنه

….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam:
Muawayah Bin Abi Sufyan رضي ﷲعنه

… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid رحمه

 Orang yang pertama mengadakan baitul mal:
Umar Al-Khattab رضي ﷲعنه

… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah :
Ali Bin Abi Thalib رضي ﷲعنه

 Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur رحمه

 …Orang yang pertama digelar Al-Muqry:
Mus’ab Bin Umair رضي ﷲعنه

… Orang yang pertama masuk Syurga:
Nabi Muhamamad


10 Surah Yang Baik Untuk Diamalkan !

 Surah AL-FATIHAH dapat menghalang kemurkaan Allah و تعالى سبحانه.

 Surah YA-SIIN dapat menghalang kehausan pada hari qiamat.

 Surah AD-DUKHAN dapat menghalang dugaan pada hari qiamat.

 Surah AL-WAQI-AH dapat menghalang dari kefakiran.

 Surah AL-MULK dapat menghalang daripada azab kubur.

 Surah AL-KAWTHAR dapat menghalang daripada perbalahan.

 Surah AL-KÂFIRUUN dapat menghalang daripada mati dalam keadaan kufur.

 Surah AL-IKHLAS dapat menghalang daripada sifat munafiq.

 Surah AL-FALAQ dapat menghalang daripada sifat hasad.

 Surah AN-NAS dapat menghalang daripada penyakit was-was.

 Bacalah dengan Ikhlas kerana Allah و تعالى سبحانه.
Comments: (0)

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab

“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’

Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !!!

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..’
Comments: (0)

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah و تعالى سبحانه. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah و تعالى سبحانه dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah و تعالى سبحانه mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah و تعالى سبحانه memberi wahyu kepada Jibrail عليه السلام pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail عليه السلام bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah و تعالى سبحانه berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail عليه السلام pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail عليه السلام. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail عليه السلام menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail عليه السلام, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail عليه السلام memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad . WaLLâhu 'ALam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah dalam perjalanan Israk dan Mikraj.



Diantara Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Ada Saka Adalah Seperti Yang Dinyatakan Berikut:

“Gejala Pada Waktu Tidur”
Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
Mimpi melihat orang tua (berjubah @ lain2) yang datang hendak memberi sesuatu. ini biasa berlaku kepada golongan lelaki).
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit & meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi bertemu paderi.
Merintih dan menangis ketika tidur.

“Gejala Pada Waktu Jaga”
Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
Selalu lalai daripada mengingati Allah و تعالى سبحانه.
Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
Lenguh di sendi-sendi utama.
Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.

Dengan Mendegar Mp3 Ayat-Ayat Pengusir & Pembakar Jin ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembuhkan  Penyakit Yang Dialami

MuatTurun Ayat-Ayat Pengusir & Pembakar Jin 1

Khasiat Ayat Ini:

“Simptom Yang Akan Didapati Selepas Mendengar”
Denyutan jantung makin kencang.
Badan bergegar.
Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
Mengantuk/menguap.
Batuk.
Gelisah.
Panas di tengkuk.

Selepas Mendengar Ayat Ini:
In-Syâ'-ALLâh dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita.
Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.
Bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan Mendegar Mp3 Ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembhkan Penyakit - Penyakit Misteri Antaranya:
Fikiran runsing/jiwa gelisah.
Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka.
Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan.
Ketengangan dalam rumahtangga.
Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:
RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.
Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1).

Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar In-Syâ'-ALLâh..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
“Bagi Kesihatan Diri Dan Keluarga”
Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

“Bagi Pesakit Gangguan Jin”
Dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

“Bagi Anak-Anak Yang Menangis Diwaktu Malam”
Anda perlu pasangkan dengan kuat, In-Syâ'-ALLâh jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

“Untuk Merawat Histeria, Sihir, Saka Dan Lambat Jodoh”
Sediakan 3botol besar air mineral.
Buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).
Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.
Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat kursi 3x dan Ash-Sharh (Al-Inshirah) 3x secara istiqomah.
Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

“Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah”
Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

“Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat”
Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, In-Syâ'-ALLâh kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Dari sumber blogger

Muat Turun Ayat-Ayat Ruqyah:
Comments: (0)



ALLâhumma 'Inni 'Astakhiru-Ka Bi-Ilmik Wa 'Astaq-Diruka Biqud-Ratik, Wa 'As 'Aluka Min Fađ-Likal Aźim. Fa 'Innaka Taq-Diru Wa Lâ 'Aq-Dir, Wa Ta-Lamu Wa Lâ 'A-Lam Wa 'Anta Alla Mul-Ġuyub. ALLâhumma 'In Kunta Ta-Lamu 'Anna Hażâl 'Amra (Sebutkan Urusan....) Khairu Li Fi Dini Wa Ma ‘Âsyi Wa ‘Âqibati 'Amri, Faqdurhu Li Wa Yassirhu Li Shumma Bârik Li Fih, Wa 'In Kunta Ta-Lamu 'Anna Hażâl 'Amra (sebutkan Urusan....) Syarrun Li Fi Dini Wa Ma ‘Âsyi Wa ‘Âqibati 'Amri, Faş-Rif-Hu An-Ni Waş-Rifni ‘Anhu Waqdur Lil-Khaira Ĥaishu Kâna Shumma 'Arđinih.

Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan Urusan....) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah و تعالى سبحانه. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismi-LLâhir-Raĥmânir-Raĥiim." Ketika itu Allah و تعالى سبحانه. menghantar malaikat Jibrail عليه السلام. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

Abu Umamah رضي ﷲعنه berkata:
" Rasulullah ” telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda “Rasulullah ”:
"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah و تعالى سبحانه. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

kredit to thehugnkiss

Dipondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Disuatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

Duhai adik ku sayang jangan bersedih
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia
Untuk menegakkan agama Islam
Comments: (0)

♥♥..Jika Benar Kau Kasih & Cintakan Wanita Itu..♥♥

•.♥♥.. Jagalah dia dengan baik..♥♥.•

•.♥♥..Kasihanilah dia..♥♥.•

•.♥♥..Lindungilah dia..♥♥.•

•.♥♥..Berilah kasih sayang padanya..♥♥.•

•.♥♥..Hargailah dia..♥♥.•

•.♥♥..Ucapkan terima kasih atas kelebihannya..♥♥.•

•.♥♥..Nasihatilah dia..♥♥.•

•.♥♥..Bawalah dia ke jalan Allah..♥♥.•

•.♥♥..Perbetulkan kesilapannya..♥♥.•

•.♥♥..Bersabar dengannya..♥♥.•

•.♥♥..Terimalah & cintailah kekurangannya..♥♥.•

•.♥♥..Jadi imam terbaik & redhalah padanya..♥♥.•

•.♥♥..~* Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu *~ ^_^'..♥♥.•