Diantara Tanda-Tanda
Yang Menunjukkan Seseorang Itu Ada Saka Adalah Seperti Yang Dinyatakan Berikut:
“Gejala Pada Waktu
Tidur”
✐ Mimpi melihat budak
kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada
golongan wanita).
✐ Mimpi melihat orang tua
(berjubah @ lain2) yang datang hendak memberi sesuatu. ini biasa berlaku kepada
golongan lelaki).
✐ Susah tidur malam,
tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
✐ Sering terjaga pada
waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
✐ Mimpi buruk yang
dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit
& meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi
dalam keadaan ‘kena tindih’.
✐ Mimpi perkara yang
menakutkan dan menyeramkan.
✐ Mimpi melihat binatang
seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau
bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke
dalam jasadnya.
✐ Bunyi gigi berlaga
ketika tidur.
✐ Ketawa, menangis dan
menjerit-jerit ketika sedang tidur.
✐ Berdiri dan berjalan
ketika tidur.
✐ Mimpi jatuh dari tempat
tinggi.
✐ Mimpi berada di kawasan
kotoran atau kawasan perkuburan.
✐ Mimpi berada di tempat
sunyi.
✐ Mimpi terserempak atau
melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
✐ Mimpi melihat salib
atau gereja.
✐ Mimpi bertemu paderi.
✐ Merintih dan menangis
ketika tidur.
“Gejala Pada Waktu Jaga”
✐ Selalu pening, para
pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit
misteri.
✐ Sentiasa terasa sakit
di belakang terutama di tulang belakang.
✐ Selalu lalai daripada
mengingati Allah و تعالى سبحانه.
✐ Hilang ingatan dan
mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang
gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
✐ Sering lesu dan malas.
✐ Rasa sakit di salah
satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
✐ Sentiasa terasa sakit
di belakang terutama di tulang belakang.
✐ Lenguh di sendi-sendi
utama.
✐ Melihat sesuatu yang
pelik semasa jaga.
✐ Terasa seolah-olah
terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
✐ Mudah panik dan kaget
apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
✐ Jiwa sentiasa lemah dan
tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
✐ Sentiasa mengantuk
teutamanya dalam majlis ilmu.
✐ Mudah marah dan panas
baran.
✐ Emosional dan terlalu
sensitif.
MuatTurun Ayat-Ayat Pengusir & Pembakar Jin 1
0 comments:
Post a Comment