Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi
merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku
lebih baik dari kamu kerana Allah و تعالى سبحانه. telah
menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai,
tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata
langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari,
bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada
padaku."
Berkata bumi, "Hai
langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para
utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata
lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan
bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru
sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan
yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya
juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian.
Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah و تعالى سبحانه dengan
berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa
bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan
bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah
supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia
dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah و تعالى سبحانه mengabulkan
permintaan langit, kemudian Allah و تعالى سبحانه memberi
wahyu kepada Jibrail عليه السلام pada malam
tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan
engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail عليه السلام bertanya,
" Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah و تعالى سبحانه berfirman,
maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan
ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail عليه السلام pun pergi
dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di
wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail
عليه السلام. terpandang pada seekor buraq yang
sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail عليه السلام menghampiri
buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar
nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku
dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum
lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail عليه السلام, "Aku akan menyampaikan engkau
kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail عليه السلام memakaikan
pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad ﷺ. WaLLâhu 'A‘Lam.
0 comments:
Post a Comment