Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Dari Anas رضي ﷲ عنه. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.

Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur-n maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah رضي ﷲ عنه. berkata, Nabi Muĥammad . telah bersabda:

Apabila Telah Mati Anak Adam Itu, Maka Terhentilah Amalannya Melainkan Tiga Macam :
Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
Ilmu yang berguna dan diamalkan.
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

@Bacalah Quran Dan Hayatinya

Dikisahkan Bahawa Sewaktu Fatimah رضي ﷲ عنه. Meninggal Dunia Maka Jenazahnya Telah Diusung Oleh 4 Orang, Diantaranya Ialah:

Ali bin Abi Talib (suami Fatimah رضي ﷲ عنه)

Hasan (anak Fatima رضي ﷲ عنه)

Husin (anak Faimah رضي ﷲ عنه)

Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه

Sewaktu jenazah Fatimah رضي ﷲ عنه diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak RasuluLLâh ." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits As-Samarqandi Berkata Kalau Seseorang Itu Hendak Selamat Dari Seksa kubur Hendaklah Melazimkan Empat Perkara Semuanya:

Hendaklah ia menjaga solatnya

Hendaklah dia rajin bersedekah

Hendaklah dia rajin membaca Al-Qur-n

Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun Empat Perkara Yang Harus Dijauhi Ialah :

Jangan berdusta.

Jangan mengkhianat.

Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

Jangan kencing sambil berdiri.

Nabi Muĥammad bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLâh و تعالى سبحانه

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada ALLâh dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya ALLâh, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya ALLâh, ampunilah ia. Ya ALLâh sayangilah ia.’”

Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya ALLâh dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf) . Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu ALLâh bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

Orang yang membelanjakan harta (infak. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya ALLâh, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

Orang yang sedang makan sahur. Nabi Muĥammad bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya ALLâh dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Nabi Muĥammad bersabda, maksudnya:
 Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali ALLâh akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama

Nabi Muĥammad ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Nabi Muĥammad . Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya RasuluLLâh?

" Nabi Muĥammad menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.

" Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Nabi Muĥammad menjawab:
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak)
. "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking.
Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.
"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung).
Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.

"Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?" Nabi Muĥammad menjawab:
"Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya.
Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.
Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti ALLâh jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.

 Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan ALLâh.

" Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab.

Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.

" Nabi Muĥammad bersabda yang bermaksud:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.

" Nabi Muĥammad ditanya, mengapa ya RasuluLLâh? Baginda menjawab:
"Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup" … WaLLâhu 'ALam Biş-Şawab...

.....ketika itu Nabi Muĥammad sedang duduk bersama para sahabat diantaranya Sayyidina Umar, Sayyidina Osman, Sayyidina Ali, Sayyidina Abu Bakar dan lainnya...

lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat.."wahai sahabatku, tahukah kalian, siapakah hamba ALLâh yg mulia di sisi Nya...

"para sahabat terdiam.. lalu kemudian salah seorang sahabat mengatakan..."para malaikat ya RasuluLLâh.. merekalah yg mulia..

"Baginda berkata, "ya para malaikat itu mulia... kerna mereka dekat dgn ALLâh... mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada ALLâh...sudah tentu malaikat mulia, tapi... bukan itu yg ku maksudkan..

"lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...tiba2 seorang sahabat pula berkata... '
" tentulah para Nabi itu mulia ya RasuluLLâh..." Nabi Muĥammad tersenyum dan berkata, "ya, para Nabi itu mulia... mereka adalah utusan dari ALLâh.. sudah tentu mereka mulia...

tapi ada lagi yg lainnya.."para sahabat terdiam lagi.... lalu bertanya, "siapa lagi yg mulia???"lalu seorang lagi sahabat bertanya, "apakah kami sahabatmu ya RasuluLLâh yg mulia itu..?

"Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dgn penuh kasih syg... baginda tersenyum melihat mereka.. lalu berkata, "tentulah kalian mulia.. kalian dekat dgnku malah kalain membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia.. tentulah kalian mulia...

tapi.. ada lagi lain yg mulia..."para sahabat terdiam semuanya... mereka xmampu berkata apa2 lagi..

lalu.. bayangkan, tiba2 Baginda Nabi Muĥammad merundukkan wajahnya,bayangkan tiba2 Nabi Muĥammad menangis dihadapan para sahabatnya..penuh sayu para sahabat pun tertanya, "kenapa kau menangis ya RasuluLLâh.."

lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya kelihatan air mata yg berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda dan berkata..."wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia itu?"

"mereka adalah manusia2 yg akan lahir lama selepas wafatku nanti..."

"mereka terlalu mencintai ALLâh.... dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku.. mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.."

"tetapi mereka begitu rindu kepadaku..."dengan penuh kasih sayang Baginda berkata..."

dan.. saksikanlah wahai sahabtku semua... AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA...."

"dan mereka, mereka yg mulia itu.......""merekalah........ UMATKU............"bayangkan pada saat itu Baginda menitiskan air matanya semua sahabat menangis..

Berdasarkan Ayat Suci Al-Quran Adalah Sebagai Berikut:

Orang sabar - Ali-Imron (3 ayat 146) Allah benar-benar mengasihi Orang- orang yang sabar.

Orang yang bersatu padu berperang di jalan Allah- (As-Shaf (61 ayat 4)

Orang Adil - Al-Hujurat (49 ayat 9)

Orang yang berbuat baik- Al-Baqarah (2 ayat 195)

Orang yang bertawakal- Al-Imran ( 3 ayat 159)

Orang yang takwa - Al-Imran (3 ayat 76)

Berdalilkan hadis Nabi Muĥammad Adalah:

Orang yang teliti dan tekun.

Orang Yang selalu memberi bantuan kapada orang yang kemalangan.

Orang yang lemah lembut.

Peramah.

Baik Akhlaknya, Beramah tamah dan di ramahi orang.

Orang taat kepada ALLâh و تعالى سبحانه.

Orang yang rendah Hati.

Orang yang mensyukuri nikmat.

Orang penyantun.

Orang yang mengutamakan hal-hal penting .

Orang yang mencintai Anaknya.

Orang yang kuat Imannya.

Orang yang Pemaaf.

Dan lain-lain yang bersifat kebaikan.


Menjauhkan diri dari urusan yang mementingkan keduniaan semata-mata dan suka kepada semua urusan yang berkaitan dengan urusan Akhirat.

Berkeinginan kuat untuk beribadat dan membaca Al-Qur-n.

Tidak bercakap perkara yang tidak mendatangkan pahala.

Memelihara solat lima waktu.

Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Merendahkan diri dan tidak takabbur.

Bersifat dermawan dan mulia.

Mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama makhluk.

Bermanfaat untuk orang lain.

Sentiasa ingat akan mati.

Rujukan: Kitab Figh Nasihah. M/S : 14-15
Comments: (0)



BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

Sabbaĥa LiLLâhi Mâ Fis-Samâwâti Wa Mâ Fil-'Arđ; Wa Huwal-Azizul-Ĥakim ۝ Huwal-Lażina 'Akhrajal-Lażina Kafaru Min 'Ahlil-Kitâbi Min-Diyârihim Li-'Awwalil-Ĥasyr. Mâ Źanantum 'Ay-Yakhruju Wa Źannu 'An-Nahum-Mâni-Atuhum Ĥuşunuhum-MinaLLâhi Fa-'Atâhu-MuLLâhu-Min Ĥayshu Lam Yaĥta-Sibuu Wa Qażafa Fi Qulubi-Himur-Ru-Ba-Yukh-Ribuna Buyutahum-Bi-Aydihim Wa 'Aydil-Mu'-Minin. Fâ‘-Tabiru Yâ-'Ulil-'Abşâr ۝ Wa Law Lâ 'An-KatabaLLâhu Alay-Himul-Jalâ-'A La-Ażżabahum Fiddunyâ; Wa Lahum Fil-'Âkhirati Ażâbun-Nâr ۝ Żâlika Bi-'Annahum Syâq-QuLLâha Wa Rasulah. Wa May-YusyâqqiLLâha Fa-'In-NaLLâha  Syadidu Ib ۝ Mâ Qaţa-Tum-Millinatin 'Aw Tarak-Tumuhâ -'Imatan Alâ 'Uşulihâ Fabi-'IżniLLâhi Wa Liyukhzi-Yal-Fâsiqin ۝ Wa Mâ 'Afâ-'ALLâhu Alâ Rasulihi Minhum Fa-Mâ 'Awjaftum Alay-Hi Min-Khay-Liw-Wa Lâ Rikâbiw-Wa Lakin-NaLLâha Yusalliţu Rusulahu Alâ May-Yasyâ. WaLLâhu Alâ Kulli Syay-'In-Qadir ۝ Mâ 'Afâ-'ALLâhu Alâ Rasulihi Min 'Ahlil-Qurâ FaLiLLâhi Wa Lir-Rasuli Wa Liżil-Qurbâ Wal-Yatâmâ Wal-Masâkini Wabnis-Sabili Kay Lâ Yakuna Dulatam-Baynal-'Aġniyâ-'I Minkum. Wa Mâ tâkumur-Rasulu Fa-Khużuhu Wa Mâ Nahâkum Anhu Fântahu. WattaquLLâh; 'InnaLLâha Shadidul-Ib۝ Lil-Fuqarâ-'Il-Muhâjiri Nallażiina 'Ukhriju Min-Diyâ-Rihim Wa 'Amwâlihim Yab-Taġuna Fađlam- MinalLLâhi Wa Riđwânaw-Wa YanşurunaLLâha Wa Rasulah; 'Ulâ-'Ika Humuş-Şâdiqun ۝ Wallażina Tabawwa-'Ud-Dâra Wal-'Imâna Min-QablihimYuĥibbuna Man Hâjara 'Ilay-Him Wa Lâ Yajiduna Fii Şudurihim Ĥâjatan-Mim-Mâ 'Utu Wa Yu'-Shiruna Alâ 'Anfusi-Him Wa Law Kâna Bihim Khaşâşah. Wa May-YuuqSyuĥ-Ĥa Nafsihi Fa-'Ulâ-'Ika Humul-Mufliĥun ۝ Wallażina Jâ-'U Mim-Ba-Dihim Yaquluna Rabbanâġ-Fir Lanâ Wa Li-Akhwâninal-Lażina Sabaqunâ Bil-'Iimâni Wa Lâ Taj-Al Fi Qulubinâ Ġillal-Lillażina manu Rabbanâ 'Innaka Ra-'Ufun Raĥim ۝ 'Alam Tarâ 'Ilallażina Nâfaqu Yaquluna Li-'Ikhwânihimul-Lażina Kafaru Min 'Ahlil-Kitâbi La-'In 'Ukh-Rij-Tum Lanakh-Rujanna Ma-Akum Wa Lâ Nuţi-U Fikum 'Aĥadan 'Abadaw-Wa 'In-Qutiltum Lanan-Şurannakum. WaLLâhu Yasy-Hadu 'Innahum Lakâżibun ۝ La-'in 'Ukhriju Lâ Yakh-Rujuna Ma-Ahum; Wa La-'In-Qutilu Lâ Yanşurunahum; Wa La-'In Naşaruhum Layu-Wallunnal-'Adbâr; Shumma Lâ Yunşarun ۝ La-'Antum 'Asyaddu Rahbatan-Fi Şuduurihim MinalLLâh. Żâlika Bi-'Annahum Qawmul-Lâ-Yafqahun ۝ Lâ Yutilunakum-Ja-Mi-An 'Illâ Fi Quram-Muĥaş-şanatin 'Aw Minw-Warâ-'I Judur. Ba'-Suhum- Baynahum Syadid; Taĥsabuhum Jami-Aw-Wa Qulubuhum-SyattâŻâlika Bi-'Annahum Qawmul Lâ Ya-Qilun ۝ Kamasya-Lillażina Min-Qablihim Qariban Żâqu Wabâla 'Amrihim; Wa Lahum Ażâbun 'Alim ۝ Kamashalisy-Syayţâni 'Iż la Lil-'Insânik-Fur Falam mâ Kafara la 'Inni Bari-'Un Minka 'Inni 'AkhâfuLLâha Rabbal-‘Âlamin ۝ Fakâna ‘Âqibata-Humâ 'Annahumâ Fin-Nâri Khâlidayni Fihâ. Wa Żâlika Jazâ-'Uź-Źâlimiin ۝ Yâ 'Ayyuhâllażina -Manut TaquLLâha Wal-Tanźur Nafsum Mâ Qaddamat Liġad. WattaquLLâh; 'InnaLLâha Khabirum Bimâ Ta-Malun ۝ Wa Lâ Takunu Kâllażina NasuLLâha  Fa-'Ansâhum 'An-Fusahum! 'Ulâ-'Ika Humul-Fâsiqun ۝ Lâ Yastawi 'Aş-Ĥâbu Nâri Wa 'Aş-Ĥâbul-Jannah; 'Aş-Ĥâbul-Jannati Humul-Fâ-'Izun ۝ Law 'Anzalnâ Hâżâl-Qur-na Alâ Jabalil-Lara-'Aytahu Khâsyi-Am-Mutaşad-Di-Am-Min Khasy-YatiLLâh. Wa Tilkal-'Amshâlu Nađribuhâ Linnâsi La-Allahum Yatafak-Karun ۝ HuwaLLâhullażi Lâ-'Ilâha 'Illâ Hu; ‘Âlimul-Ġaybi Wasy-Syahâdah; Huwar-Raĥmânur-Raĥim ۝ HuwaLLâhullażi Lâ-'Ilâha 'Illâ Huwal-Malikul-Quddusus-Salâmul-Mu'-Minul-Muhay-Minul-Azizul-Jabbârul-Mutakabbir; SubĥânaLLâhi Ammâ Yusyrikun ۝ HuwaLLâhul-Khâliqul-Bâri-'Ul-Muşawwiru-La-Hul-'Asmâ-'Ul-Ĥusnâ; Yusabbiĥu Lahu Mâ Fis-Samâwâti Wal-'Arđ; Wa Huwal-Azizul-Ĥakim ۝

Maksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala Yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLâh; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dia lah Yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi RasuluLLâh. kamu (Wahai umat Islam) tidak menyangka Bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya Yang ramai dan pertahanannya Yang kuat), dan mereka pula menyangka Bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) ALLâh. maka ALLâh menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah Yang tidak terlintas Dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke Dalam hati mereka, (Lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka Dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang Yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) Wahai orang-orang Yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
Dan kalaulah tidak kerana ALLâh telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.
(Mereka ditimpakan azab) Yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) ALLâh dan RasulNya. dan (ingatlah), sesiapa Yang menentang (perintah) ALLâh, maka Sesungguhnya ALLâh amatlah berat azab seksaNya.
Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) Yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya Yang asal, maka Yang demikian adalah Dengan izin Allah (kerana ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang Yang fasik.
Dan apajua Yang ALLâh kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi ALLâh memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa Yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan ALLâh Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Apa Yang ALLâh kurniakan kepada RasulNya (Muĥammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi ALLâh, dan bagi RasuluLLâh, dan bagi kaum kerabat (RasuluLLâh), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh RasuluLLâh () kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada ALLâh; Sesungguhnya ALLâh amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).
(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir Yang berhijrah, Yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari ALLâh dan keredaanNya, serta menolong (ugama) ALLâh dan RasulNya; mereka itulah orang-orang Yang benar (imannya dan amalnya).
Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".
Tidakkah Engkau melihat dan merasa hairan (Wahai Muĥammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka Yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu Kami akan keluar bersama-sama kamu, dan Kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu Kami akan membela kamu!" padahal ALLâh mengetahui dan menyaksikan Bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.
Demi sesungguhnya! jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya; dan Demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya; dan Demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya - Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan, -
(Kerana) Sesungguhnya kamu - Dalam hati mereka, - sangat ditakuti lebih dari ALLâh; Yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum Yang tidak memgerti (akan kekuasaan ALLâh dan kebesaranNya).
(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) Dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung Yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum Yang tidak memahami (perkara Yang sebenarnya Yang memberi kebaikan kepada mereka).
(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) Yang terdahulu sedikit dari mereka, Yang telah merasai akibat Yang buruk (di dunia) Dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).
(Sikap kaum munafik Dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya Aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya Aku takut kepada ALLâh, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!"
Maka kesudahan keduanya, Bahawa mereka ditempatkan di Dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. dan Yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk Yang zalim.
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada ALLâh (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada ALLâh, Sesungguhnya ALLâh amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan (perintah-perintah) ALLâh, lalu ALLâh menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik - derhaka.
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang Yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini).
Sekiranya Kami turunkan Al-Qur-n ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada ALLâh. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Dia lah ALLâh, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dia lah ALLâh, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci ALLâh dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
Dia lah ALLâh, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.