✐ Pandangan
Mata
Pandangan
mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua
akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
✐ Makan
Garam
Celup
jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam
adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
✐ Minum
Tangan Kanan
Sentiasa
minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
✐ Sesaat Di
Jalan ALLÂH
Sesaat
berdiri di jalan ALLâh lebih baik
dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar
"hai kawan ayuhlah kita solat"
✐ Langkah
Kanan
Masuk
masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki
kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
✐ Makan
Tiga Jari
Nabi
s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan
nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
✐ Jaminan
ALLÂH
3
orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk
rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan ALLâh.
✐ Gunting
Bulu
Apabila
lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak
selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
✐ Jangan
Bersiul
Jangan
bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil
bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
✐ Cara
Potong Kuku Tangan
Mula
dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung
dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
✐ Cara
Potong Kuku Kaki
Mula
dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
✐ Panjang
Lengan Baju
Panjang
lengan baju Nabi Muĥammad ﷺ adalah hanya sampai pergelangan tangan
sahaja.
✐ Pakaian
Kesukaan
Pakaian
kesukaan Nabi Muĥammad ﷺ adalah gamis iaitu baju labuh atau
kurta.
✐ Bersiwak
Jika
didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka ALLâh hitung 70 kali bertasbih. Jika
bersolat akan dihitung 70 kali solat.
✐ Doa Dalam
Sujud
Saat
yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud
kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
✐ Adab
Tandas
Masuk
tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
✐ Adab
Makan
Hendaknya
menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan,
sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
✐ Tiga
Jenis Orang
3
jenis orang yang tidak akan dipandang oleh ALLâh و تعالى سبحانه pada hari kiamat iaitu
orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
✐ Pakai
Minyak Wangi
Memakai
minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke
masjid atau ke mana sahaja.
✐ Ambil
Wudhu Sebelum Tidur
Gosok
gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
✐ Cincin
Perak
Pakai
cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah
berterusan selama memakainya.
✐ Shalat
Fardhu Di Masjid
Nabi
Muĥammad ﷺ tidak pernah solat fardhu di rumah.
Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan
dihapus satu dosa.
✐ Pakai
Celak
Gunakan
celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu
mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
✐ Panjang
Pakaian
Panjang
pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan
tidak melebihi buku lali .
✐ Solat Fardhu Berjemaah
Solat
fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.
Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
✐ Menguap
Menguap
adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut
dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
✐ Menyimpan
Janggut
Memotong
misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala
amal berterusan selama menyimpannya.
✐ Jangan
Menghadap Kiblat Ketika Buang Air
Jangan
menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila
dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
✐ Warna
Pakaian RasuluLLâh
Disunatkan
memakai pakaian berwarna putih kerana Nabi Muĥammad ﷺ menyukai pakaian
berwarna putih.
✐ Posisi
Tidur
Posisi
tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan
mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
✐ Minum
Lepas Makan
Lepas
makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40
langkah barulah minum.
✐ Tidur
Sebelum Zohor
Tidur
sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun
sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
✐ Berdiri
Hormat
Nabi
Muĥammad ﷺ membenci perbuatan orang bangun dari
tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke
suatu majlis.
✐ Pakai
Warna Kuning
Dilarang
memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu /
Buddha khususnya bagi lelaki.
✐ Makan
Dengan Orang Miskin
Nabi
Muĥammad ﷺ suka memberi makan atau makan bersama
orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan
mereka.
✐ Menu
RasuluLLâh
Nabi
Muhammad ﷺ membuka menu sarapannya
dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
✐ Pemberian
Yang Tidak Boleh Ditolak
Ada
3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
✐ Ketawa
RasuluLLâh
Ketawa
Nabi Muĥammad ﷺ hanyalah senyuman.
✐ Minuman
RasuluLLâh
Minuman
yang paling disukai oleh Nabi Muĥammad
ﷺ adalah minuman yang
manis dan dingin.
✐ Hisap Air
Dalam Hidung
Ketika
membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam
hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
✐ Beri
Makan Anak Yatim
Nabi
Muĥammad ﷺ suka memberi makan anak yatim. Sesiapa
yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan
menghampiri bekas tersebut.
✐ Larangan
Pakai Cincin
Dilarang
memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
✐ Bangun
Tidur
Nabi
Muĥammad ﷺ bangun tidur lalu duduk seraya mengusap
muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
✐ Kongsi
Makanan
Jangan
kedekut berkongsi makanan. Nabi Muĥammad
ﷺ suka makan makanan yang
banyak tangan memakannya.
✐ 4 Rakaat
Sebelum Zohor
Solat
4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka
untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
✐ Istighfar
Nabi
Muĥammad ﷺ beristighfar kepada ALLâh mohon keampunan dosa dan bertaubat
setiap hari lebih dari 70 kali.
✐ Jangan
Mencaci Makanan
Jangan
mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
✐ Apabila
Bertamu
Apabila
bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar
terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
✐ Jawab
Salam Dalam Tandas
Tidak
diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz ALLâh dalam kalimah jawab salam. Cukup
dengan berdehem atau isyarat suara.
✐ Makanan
Panas
Nabi
Muĥammad ﷺ melarang meniup makanan panas. Hendaklah
biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
✐ Giliran
Minum
Jika
berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum
yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
✐ 3 Amal
Nabi
Muĥammad ﷺ menasihati jangan meninggalkan 3 amal
iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat
sunat Witir.
✐ Jangan
Tidur Meniarap
Jangan
tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci ALLâh.
✐ Cara
Pegang Miswak
Miswak
dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari
lain di bahagian atas.
✐ Dua
Rakaat Sebelum Subuh
Dua
rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan
segala isinya.