Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Di Tafsirkan dalam Al-Qur-n melalui maksud Surah Al-Mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dengan surah Al-Mulk..bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, Surah Al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku kenal kamu..kamu Al-Mulk, kenapa kamu datang ke sini?"

seraya Al-Mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai Al-Mulk, kamu tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah Al-Mulk menemui ALLâh.. "wahai ALLâh..aku adalah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Qur-n MU.."

maka ALLâh memberi keizinan kpd Al-Mulk..terus Al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. Al-Mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada ALLâh!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

Nabi Muĥammad berjanji sesiapa yg beramal surah Al-Mulk akan terhindar daripada siksa kubur.. WaLLâhu 'A-Lam...

Nabi Muĥammad bersabda:
Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir..

(ni baru satu surah..kalau beramal byk surah? ALLâhurabbi...)

Pakar sejarah Islam menyebutkan bahawa Umar pernah bercerita; "Dahulu aku sering mencari-cari Abu Bakar setiap solat subuh. Ternyata dia keluar daripada masjid menuju salah satu pinggiran kota Madinah.

Suatu hari, aku pernah mengikutinya daripada belakang. Pada saat itu Abu Bakar masuk ke sebuah khemah, dan berdiam disana untuk beberapa waktu, kemudian ia keluar.

Manakala Abu Bakar telah keluar, Umar pun masuk ke dalam khemah tersebut. Disana dia mendapati seorang wanita tua bersama anak-anaknya yang masih kecil. Umar bertanya kepada perempuan itu: "Wahai hamba ALLâh, siapakah engkau?"

Wanita itu menjawab, "Aku adalah seorang wanita tua yang tidak memiliki apa-apa dan buta. Suamiku telah meninggal beberapa tahun yang lalu."

Umar bertanya, "Lalu siapakah orang tua yang baru saja masuk menjenguk kamu?" Wanita itu menjawab, "Aku tidak mengenalinya!"
Bayangkan... Wanita itu tidak mengenal bahawa orang tua yang telah masuk menemuinya adalah Abu Bakar. Tapi, apakah ALLâh tidak tahu bahawa dia adalah Abu Bakar?

Umar bertanya, "Apakah yang dilakukan oleh orang tua tadi disini?" Wanita itu menjawab, "Setelah masuk ke khemah kami, dia menyapu rumah kami ini, lalu dia memerahkan susu kambing-kambing kami, kemudian dia membuatkan makanan untuk kami. Setelah itu baru dia keluar."

Maka Umar pun memukul kepalanya sendiri, lalu dia menangis seraya berkata, "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau telah membuat lelah para khalifah setelahmu." (Mujtama' al-Mutsul, Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni)
Comments: (0)


BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

Yâ-'Ayyuhâl-Lażina -Manu Lâ Tattakhiżu Aduwwi Wa Aduwwakum 'Awli-Yâ-'A Tulquna 'Ilay-Him-Bil-Mawaddati Waqad Kafaru Bimâ Jâ-'Akum-Minal-Ĥaqq, Yukhrijunar-Rasula Wa 'Iyyâkum 'An-Tu'-Minu BiLLâhi  Rabbikum! 'In Kuntum
Kharajtum Jihâdan Fi Sabili Wabtiġâ-'A Marđâti Tusirruna 'Ilayhim Bil-Mawaddati Wa 'Ana 'A-Lamu Bimâ 'Akh-Faytum Wa Mâ 'A-Lantum. Wa Man-Yaf-Alhu Minkum Faqad Đalla Sawâ-'As-Sabil ۝ 'Iy-Yathqafukum Yakunuu Lakum 'A-Dâ-'Aw-Wa Yab-Suţ'Ilay-Kum 'Ay-Diyahum Wa 'Al-Sinatahum-Bissu-'I Wa Waddu Law Takfurun ۝ Lan-Tanfa-Akum 'Arĥâmukum Wa Lâ 'Awlâdu-Kum Yawmal-Qiyâmah: Yafşilu  Baynakum; WaLLâhu Bimâ Ta-Maluna Başiir ۝ Qad-Kânat Lakum 'Uswa-Tun Ĥasanatun Fi 'Ibrâhima Wa-Lażina Ma-Ahu 'Iż lu Li-Qawmihim 'Innâ Bura-’-U Minkum Wa Mimmâ Ta-Buduna Min-DuniLLâh; Kafarnâ Bikum Wa Badâ Bay-Nanâ Wa Bay-Nakumul-Adâwatu Wal-Baġđâ-'U 'Abadan Ĥattâ Tu'-Minu BilLLâhi   Waĥdahu 'Illâ Qawla 'Ibrâhima Li-'Abihi La-'Astaġ-Firanna Laka Wa Mâ 'Amliku Laka MinaLLâhi Min Shay'! Rabbanâ Alayka Tawakkalnâ Wa 'Ilayka 'Anabnâ Wa 'Ilaykal-Maşir۝ Rabbanâ Lâ Taj-Alnâ Fitnatal-Lillażina Kafaru Waġ-Fir Lanâ Rabbanâ!  'Innaka 'An-Tal-Azizul-Ĥakim ۝ Laqad Kâna Lakum Fihim 'Uswatun Ĥasanatul-Liman-Kâna YarjuLLâha Wal-Yawmal-khir. Wa Man-Yatawalla Fa'-InnaLLâha Huwal-Ġaniyyul-Ĥamid ۝ AsaLLâhu 'Ay-Yaj-Ala Baynakum Wa Baynallażina ‘Âday-Tum-Minhum-Mawaddah. WaLLâhu Qadir. WaLLâhu Ġafurur-Raĥim ۝ Lâ Yanhâ-KumuLLâhu Anillażina Lam Yuqâ-Tilukum Fid-Dini Wa Lam Yukhriju-Kum-Min Diyârikum 'An-Tabar-Ruhum Wa Tuqsiţu 'Ilayhim; 'InnaLLâha Yuĥib-Bul-Muqsiţin ۝ 'Innamâ Yanhâ-KumuLLâhu Anillażina talukum Fid-Dini Wa 'Akhrajukum-Min-Diyârikum Wa Źâharu Alâ 'Ikhrâjikum 'An-Tawallawhum. Wa May-Yatawallahum Fa-'Ul-Â-'Ika Humuź-Źâlimun ۝ Yâ-'Ayyuhâl-Lażina -Manu 'Iżâ Jâ-'Akumul-Mu'-Minâtu Muhâjirâtin-Famtaĥinu-Hunn; ‘ALLâhu 'A-Lamu Bi-'Imânihinn; Fa-'In Alim-Tumuhunna Mu'-Minâtin Falâ Tarji-Uhunna 'Ilal-Kuffâr. Lâ Hunna Ĥillul-Lahum Wa Lâ Hum Yaĥilluna Lahunn. Wa tuhum-Mâ 'Anfaqu. Wa Lâ Junâĥa Alay-Kum 'An Tankiĥuhunna 'Iżâ 'Âtay-Tumuhunna 'Ujurahunn. Wa Lâ Tumsiku Bi-Işamil-Kawâfiri Was-'Alu Mâ 'Anfaqtum Wal-Yas-'Alu Mâ 'Anfaqu. Żâlikum ĤukmuLLâh. Yaĥkumu Baynakum. WaLLâhu Alimun Ĥakim۝ Wa 'In-Fâtakum Syay-'Um-Min 'Azwâjikum 'Ilal-Kuffâri Fa-‘Âqabtum Fa-tullażina Żahabat 'Azwâjuhum-Mishla Mâ 'Anfaqu. WattaquLLâhallaĤii 'Antum-Bihi Mu'-Minun ۝ Yâ-'Ayyuhân-Nabiyyu 'Iżâ Jâ-'Akal-Mu'-Minâtu Yubâ-Yi-Naka Alâ 'Allâ Yushrikna BilLLâhi Syay-'Âw-Wa Lâ Yasriqna Wa Lâ Yaznina Wa Lâ Yaqtulna 'Awlâ-Dahunna Wa Lâ Yâ'-Tina Bi-Buhtâniy-Yaf-Tarina-Hu-Bay-Na 'Aydihinna Wa 'Arjulihinna Wa Lâ Ya-Şinaka Fi Ma-Rufin-Fabâ-Yi-Hunna Wastaġfir La-HunnaLLâh; 'InnaLLâha Ġafurur-Raĥim ۝ Yâ-'Ayyuhâl-Lażina -Manu Lâ Tatawallaw Qawman  ĠađibaLLâhu Alay-Him Qad Ya-'Isu Minal-khirati Kamâ Ya-'Isal-Kuffâru Min 'Aş-Ĥâbil-Qubur ۝

Masksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan RasuluLLah () dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada ALLah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.
Jika mereka dapat Menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh Yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu Dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; ALLah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). dan (ingatlah), ALLah Maha melihat Segala Yang kamu kerjakan.
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (عليه السلام) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan Yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa Yang kamu sembah Yang lain dari ALLah; Kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara Kami Dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah ALLah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan Aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari ALLah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah Wahai orang-orang Yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya Yang kafir, Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! kepada Engkaulah sahaja Kami berserah diri, dan kepada Engkaulah Kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan Kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa Kami Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan ALLah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Semoga ALLah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu Dengan orang-orang Yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). dan (ingatlah), ALLah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan ALLah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ALLah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya ALLah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
Sesungguhnya ALLah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila orang-orang perempuan Yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: ALLah lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan Yang demikian, sekiranya kamu mengetahui Bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang Yang kafir. mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa Yang mereka telah belanjakan. dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin Dengan mereka (perempuan-perempuan Yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. dan janganlah kamu (Wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu Dengan perempuan-perempuan Yang (kekal Dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin Yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami Yang kafir itu) meminta balik apa Yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum ALLah; ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). dan (ingatlah), ALLah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak Yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) Yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak Yang mereka telah bayar. dan bertaqwalah kamu kepada ALLah Yang kamu beriman kepadaNya.
Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada ALLah Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu Dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada ALLah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya ALLah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum Yang dimurkai ALLah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir Yang ada di Dalam kubur.

Nabi Muĥammad telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Ya-Sin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Ya-Sin , ia boleh menjadi kenyang .

Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

Jika terpenjara akan dibebaskan .

Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, ALLâh meringankan siksanya .

Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

Nabi Muĥammad bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Qur-n itu ialah Ya-Sin. Sesiapa membaca surah Ya-Sin , nescaya ALLâh menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Qur-n sebanyak 10 kali” .

Nabi Muĥammad bersabda:
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Ya-Sin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan ALLâh , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Ya-Sin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .

Nabi Muĥammad Bersabda Selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat pertama surah Ya-Sin dan rakaat kedua Tabaroka , ALLâh jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .orang yang munafik” .

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan jika ada kekurangan saya memohon ampun dan maaf

Seorang gadis datang menemui Nabi Muĥammad dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Nabi Muĥammad menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,RasuluLLâh, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Nabi Muĥammad mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh ALLâh dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya RasuluLLâh."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. RasuluLLâh kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari ALLâh. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. RasuluLLâh lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.... In-Syâ'-ALLâh. . .
Comments: (0)


BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

Sabbaĥa LiLLâhi Mâ Fis-Samâwâti Wa Mâ Fil-'Arđ; Wa Huwal-Azizul-Ĥakim ۝ Yâ-'Ayyuhâllażina 'Âmanu Lima Taquluna Mâ Lâ-Taf-Alun ۝ Kabura Maqtan IndaLLâhi 'An-Taqulu Mâ Lâtaf-Alun ۝ 'InnaLLâha Yuĥibbul-Lażina Yutiluna Fi Sabi-Lihi Şaffan-Ka-'Annahum-Bun-Yânum-Marşuş ۝ Wa 'Iż la Musâ Li-Qaw-Mihi Yâ Qawmi Lima Tu'-Żunani Wa Qatta-Lamuna 'Anni RasuluLLâhi 'Ilaykum? Falamma Zâġu 'AzâġaLLâhu Qulu-Bahum. WaLLâhu Lâ Yahdil-Qawmal-Fâsiqin ۝ Wa 'Iż la Isabnu-Maryama Yâ-Bani-'Isrâ-'Ila 'Inni RasuluLLâhi 'Ilaykum Muşaddiqal Limâ Bayna Yadayya Minat-Tawrâti Wa Mubasysyiram-Bi-Rasuliy-Ya'-Ti Mim-Ba-Dis-Muhu 'Aĥmad. Falammâ Jâ-'Ahum-Bil-Bayyinâti lu Hâżâ Siĥrun Mubin ۝ Wa Man 'Aźlamu Mim-Manif-Tarâ AlaLLâhil-Każiba Wa Huwa Yud-‘ 'Ilal-'Islâm? WaLLâhu Lâ Yahdil-Qawmaź-Źâlimin ۝ Yuriduna Li-Yuţfi-'U NuraLLâhi Bi- 'Afwâhihim WaLLâhu Mutimmu Nurihi Wa Law Karihal-Kâ-firun ۝ Huwallaż'Arsala Rasulahu Bil-Hudâ Wa Dinil-Ĥaqqi Liyuźhirahu Alâd-Dini Kullihi Wa Law Karihal-Musyrikun ۝ Yâ-'Ayyuhâl-Lażina manu Hal 'Adullukum Alâ Tijâratin-Tunjikum-Min Ażâbin 'Alim ۝ Tu'-Minuna BilLLâhi Wa Rasulihi Wa Tujâhiduna Fi SabiliLLâhi Bi-'Amwâlikum Wa 'Anfusikum; Żâlikum Khay-Rullakum 'In-Kuntum Ta-Lamun ۝ Yaġfir Lakum Żunubakum Wayud-Khil-Kum Jannâtin Tajri Min-Taĥtihâl-'Anhâru Wa Masâkina Ţayyibatan-Fi Jannâti Adn; Żâlikal-Fawzul-Aźim ۝ Wa 'Ukhrâ Tuĥibbunahâ‚ Naşrum-MinaLLâhi Wa Fat-Ĥun Qarib. Wa Basysyhiril-Mu'-Minin ۝ Yâ-'Ayyuhâl-Lażina manu Kunu 'AnşâraLLâhi Kamâ la Isâbnu Maryama Lil-Ĥawâriyyina Man 'Anşâri 'IlâLLâh? -Lal- Ĥawâriyyuna Naĥnu 'AnşâruLLâh. Fa-'Âmanat-Ţâ-'Ifatum-Mim-Bani-'Isrâ-'Ila Wa Kafarat-Ţâ-'Ifah. Fa-'Ayy-Adnal-Lażina 'Âmanu Alâ Aduwwihim Fa-'Aşbaĥu Źâhirin۝

Maksudnya:
Dengan Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada ALLâh; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi ALLâh - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
Sesungguhnya ALLâh mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Aku ini pesuruh ALLâh kepada kamu?" maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran Yang mereka sedia mengetahuinya), ALLâh selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya ALLâh tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik - derhaka.
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh ALLâh kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"
Dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang mengada-adakan perkara dusta terhadap ALLâh, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), ALLâh tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang zalim.
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya ALLâh (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang ALLâh tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).
Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muĥammad ) Dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada ALLâh dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama ALLâh Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
(Dengan itu) ALLâh akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari ALLâh dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.
Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) ALLâh sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada ALLâh (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) ALLâh!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.