✐ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana
berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
✐ JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki
kita dikongsi syaitan.
✐ JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
✐ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut
kita mati dalam perjalanan.
✐ JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh
dan mewarisi kepapaan.
✐ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
✐ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
✐ JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang Kita bersalah.
✐ JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan
Kita hilang bahagia.
✐ JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap
kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
✐ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki Kita.
✐ JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
✐ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada Kita.
✐ JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
✐ JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
✐ JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
semuanya untuk keselamatan Kita.