Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Antara
Tanda-Tanda Hati Yang Sejahtera Adalah:
✐ Sentiasa
mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
✐ Sentiasa
mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
✐ Rasa
selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan
minuman.
✐ Memberi
tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan
solat.
✐ Mengingatkan
tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada
perbuatan, kenyataan dan tindakan.
✐ Reda
terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk
meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
✐ Seronok
menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.
Tanda-Tanda
Hati Yang Rosak:
✐ Hati
tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
✐ Tidak
terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
✐ Mersa
seronok bergelumang dalam dosa.
✐ Tidak
mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
✐ Benci
kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
✐ Benci
kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
✐ Suka
bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan
keseronokannya.
✐ Takut
kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.
✐ Benci
kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit hati
✐ Nifaq
dan riya' (menunjuk-nunjuk).
✐ Bersangka
buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.
✐ Hasad
dan dendam kesumat.
✐ Sombong,
bangga diri dan ego.
✐ Bohong
dan berputus asa.
✐ Cinta
mendalam kepada selain Allah.
✐ Ikut
hawa nafsu.
✐ Keras
hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
✐ Takut
kepada selain Allah.
✐ Belot
dan khianat.
✐ Suka
memaki hamun orang lain.
✐ Bergelumang
dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
✐ Tidak
ada perasaan baik kepada orang lain.
Kaedah
Rawatan Penyakit Hati:
✐ Mentarbiah
hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
✐ Membaca
serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat Al-Qur'an.
✐ Mendekatkan
kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
✐ Khusyuk
dalam solat.
✐ Memperbanyak
zikir dan memohon ampun kepada Allah.
✐ Melakukan
kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan
keredaan-Nya.
✐ Melakukan
amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
✐ Beriktikad
dengan akidah yang betul.
✐ Sentiasa
melakukan muhasabah diri.
✐ Memperuntukkan
masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
✐ Memperbanyakkan
qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
✐ Tunduk
dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
✐ Memastikan
sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah و تعالى سبحانه.
✐ Menundukkan
penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
✐ Suka
menziarahi kubur dan mengingati mati.
✐ Sentiasa
bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang
dikurniakan.
✐ Suka
membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
✐ Suka
bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.
Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah
disebutkan di atas, In-Syâ'-ALLâh dia akan menemui sesuatu yang boleh
menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam
diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.
Kredit
cermin_muka