Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's



♥♥..Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia..♥♥
♥♥..Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami..♥♥
♥♥..Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.. ♥♥
♥♥..Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.. ♥♥
♥♥..Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan.. ♥♥
♥♥..Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing..♥♥

♥♥..Keanak-anakkan..♥♥
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah..♥♥

♥♥..Penuh Pengertian..♥♥
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya..♥♥

♥♥..Menghargai..♥♥
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga..♥♥

♥♥..Menjaga Penampilan..♥♥
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??..♥♥

♥♥..Pandai Berbicara..♥♥
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka..♥♥

♥♥..Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri..♥♥
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampong..♥♥

♥♥..Menghormati Diri Sendiri..♥♥
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati..♥♥

♥♥..Simpati Dan Prihatin..♥♥
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...♥♥

♥♥..Inilah sifat seorang wanita yang sempurna..♥♥

♥♥..Sumber: http://www.tentangcinta.com/..♥♥

Berikut adalah ciri-ciri SUAMI yang menjadi dambaan para ISTERI yang boleh dijadikan panduan kepada diri saya sendiri sebagai seorang lelaki dan juga sahabat2 sekalian. Memang sekilas kelihatan ia nampak sukar dilakukan tapi saya percaya dengan pertolongan dari Allah dan rasa inginkan bahtera yang dilayar kekal hingga ke akhir hayat ia pasti boleh dilakukan tahap demi tahap..♥♥.. 'In Syâ'-ALLâh..♥♥

♥♥..Setia Mendengar..♥♥
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja..♥♥

♥♥..Menghargai..♥♥
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi..♥♥

♥♥..Tidak Suka Menyalahkan..♥♥
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan atau meminta penjelasan dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi..♥♥

♥♥..Menerima Pendapat Isteri..♥♥
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami..♥♥

♥♥..Sayang Diri Sendiri..♥♥
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara pemakanan, tidur yang cukup..♥♥

♥♥..Pulang Dengan Senyuman..♥♥
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah..♥♥

♥♥..Romantis..♥♥
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulang tahun pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan..♥♥

♥♥..Membantu Urusan Rumah Tangga Dan Anak..♥♥
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak..♥♥

♥♥..Sentiasa Menambah Ilmu Rumah Tangga..♥♥
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga..♥♥

♥♥..Semoga Bermanfaat..♥♥
Comments: (0)

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi..♥♥

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..♥♥

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya..♥♥

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi. Dia menjadi lemah..♥♥

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu, Tiada lagi rasa egonya..♥♥

LeLaKi…!!!
Jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu..♥♥

LeLaKi…!!!
Jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya..♥♥

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu, Lihatlah matanya..♥♥

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..♥♥

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis, Kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya..♥♥

LeLaKi…!!!
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya..♥♥

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’..♥♥
Comments: (1)


♥♥..Lelaki Yang Prihatin..♥♥
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Menjadi Penawar..♥♥
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga.
Jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya..♥♥
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu. Lelaki cuma perlu senyum saja.
Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Berhati-Hati..♥♥
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan . Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Wangi..♥♥
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan.
Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini.
Jagalah fizikal anda, elakkan B.O apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki.
Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Pemurah..♥♥
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan.
Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami.
Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Tidak Kisah..♥♥
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu.
Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu..♥♥
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan.
Sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga.
Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia..♥♥

♥♥..Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Vetonya..♥♥
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita.
Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok.
Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka..♥♥

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..♥♥

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu..♥♥

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..♥♥

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..♥♥

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..♥♥

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda..♥♥

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian..♥♥

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..♥♥

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai..♥♥

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..♥♥

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu..♥♥
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya..♥♥

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..♥♥

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..♥♥

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..♥♥

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja..♥♥

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda..♥♥

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..♥♥

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..♥♥

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..♥♥

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..♥♥

Dialah Yang Bakal Menjadi Perempuan Bekerjaya, Isteri Juga Ibu
Yang Terbaik Untuk Anak2 Anda..♥♥


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

 Bayi itu bertanya kepada Tuhan: “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

 Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

 Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

 Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

 Bayi bertanya lagi: ”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

 Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

 Dan sang bayi bertanya perlahan: “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

By: Islam Iman Ihsan