Berikut adalah ciri-ciri SUAMI yang menjadi dambaan para ISTERI
yang boleh dijadikan panduan kepada diri saya sendiri sebagai seorang lelaki
dan juga sahabat2 sekalian. Memang sekilas kelihatan ia nampak sukar dilakukan tapi
saya percaya dengan pertolongan dari Allah dan rasa inginkan bahtera yang
dilayar kekal hingga ke akhir hayat ia pasti boleh dilakukan tahap demi tahap..♥♥.. 'In Syâ'-ALLâh..♥♥
♥♥..Setia Mendengar..♥♥
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan
itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu
mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan
perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh
isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja..♥♥
♥♥..Menghargai..♥♥
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang
suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu
akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh
isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan kecil atau
ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman
selamat pagi..♥♥
♥♥..Tidak Suka Menyalahkan..♥♥
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika
isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah,
tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada
marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan atau meminta penjelasan dari
isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi..♥♥
♥♥..Menerima Pendapat Isteri..♥♥
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego,
tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika
pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu
memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus
memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami..♥♥
♥♥..Sayang Diri Sendiri..♥♥
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga
ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, Cara
pemakanan, tidur yang cukup..♥♥
♥♥..Pulang Dengan Senyuman..♥♥
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu
didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai
di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih
atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi
cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi
sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah..♥♥
♥♥..Romantis..♥♥
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih
sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami
menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh
melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulang tahun pernikahan, atau hari
ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan..♥♥
♥♥..Membantu Urusan Rumah
Tangga Dan Anak..♥♥
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami
yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari
nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak..♥♥
♥♥..Sentiasa Menambah Ilmu
Rumah Tangga..♥♥
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah
tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu
mengenai rumah tangga..♥♥
0 comments:
Post a Comment