Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Kecantikan Lelaki

Kecantikan Seorang Lelaki Bukan Kepada Rupa Fizikal Tetapi Pada Murni Rohani.
"Lelaki Yang Cantik Adalah"
Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Lelaki yang sedia menerima segala teguran
Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
Lelaki yang tenang dan lapang dada
Lelaki yang baik sangka
Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

"Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki"

Kegagahan Wanita

Kegagahan Seorang Wanita Bukan Kepada Pejal Otot Badan, Tetapi Pada Kekuatan Perasaan.
"Perempuan Yang Gagah Adalah"
Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

"Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan"

Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata : ” Akulah yang ditugaskan memberi rezekimu, samada di timur atau di barat bumi ini. Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki “.

Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata : Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada semasa kamu berada di timur atau barat di atas muka bumi ini. Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air “.

Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai “.

Malaikat ajal memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku akan mengambil ajalmu “.

Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak, maka Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah diusahakan semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran, semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat ALLâh Yang Maha Adil.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi  terutamanya mereka yang suka mengambil gambar seneri, alam semula jadi, etc…

Sebagai contoh, pada waktu
 Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Apa tah lagi mereka yang tak solat Subuh …

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Lu fikir la sendiri …

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
 Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah ( tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita … sendiri mau ingat…

Menjelang waktu
 Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan/musafir juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pengacau) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh ÂLLâ
و تعالى‎ سبحانه tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... atau qigong nya…"

Sama samalah kita senantiasa menjaga kesempurnaan solat fardu kita … di samping mempertingkat & memperbanyakkan solat solat sunat kita bagi menampung ketidak sempurnaan solat fardu kita… Ingat, amalan pertama kita yang ditanya apabila kita dibangkit dari mati kelak ialah amalan SOLAT.

WaLLâhu 'ALam Biş-Şawab......

10 Perkara Yahudi Tak nak Kita Tahu

Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

ALLâh Maha Mengetahui segala sesuatu kerana Dialah yang menjadikan semua makhluk, oleh itu setiap perintah dan peraturanNya mesti mempunyai kebaikan dan hikmah disebaliknya, tetapi kita yang kurang ilmu tidak mengetahuinya.

Begitu juga dengan cara sembelihan haiwan ternakan yang diwajibkan dalam Islam, walaupun nampak kejam dari kaca mata orang barat kerana kita menggunakan pisau yang tajam untuk menyembelih leher haiwan secara terus, tapi ternyata ia mempunyai banyak kebaikan dan menghasilkan daging yang lebih selamat untuk dimakan berbanding dengan cara yang diamalkan oleh orang barat yang membuatkan haiwan pingsan dengan kejutan elektrik atau ubat pelali terlebih dahulu.

Cara sembelihan Islam ialah dengan memotong vena jugular, arteri karotid, trakea dan esofagus supaya darah dapat dikeluarkan dengan cepat dan banyak sekali.

Orang barat mendakwa cara sembelihan mereka dapat mengurangkan rasa kesakitan binatang. Walau bagaimanapun, dakwaan mereka ini ternyata salah berdasarkan kepada hasil kajian perbandingan kedua-dua cara sembelihan yang dijalankan secara saintifik di Jerman.

Hasil Kajian Perbandingan Ini Menunjukkan:
Cara sembelihan Islam menghasilkan daging yang bersih daripada darah kerana semua darah disalurkan keluar dengan cepat, manakala cara sembelihan barat menyebabkan terdapat darah beku di dalam daging sebanyak 45% yang mana ini adalah berbahaya apabila dimakan, terutamanya kanak-kanak.

Cara sembelihan Islam, pada 3 saat pertama, haiwan yang disembelih tidak merasa sakit kerana lehernya dihiris dengan cepat menggunakan pisau yang tajam.

Pada 3 saat berikutnya, haiwan yang disembelih tidak sedarkan diri kerana semua darah keluar dengan cepat dari badan.

Selepas 6 saat ini, haiwan yang disembelih tidak merasa sakit langsung kerana hampir semua darah telah keluar dari badan.
Dalam masa yang sama, jantung masih berdenyut lagi, dan dengan denyutan ini darah yang berbaki ditolak keluar lagi dari badan, dan ini menghasilkan daging yang bersih daripada darah dan ia selamat untuk pengguna.

Sebaliknya, cara sembelihan barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses kematiannya mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat membeku di dalam daging.

Begitulah kelebihan cara sembelihan Islam yang diamalkan.

Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......

WaLLâhu 'A-Lam Biş-Şawab...

30 Minit Setelah Solat Asar.

Setelah Maghrib.

Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan:
30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

Setelah solat isya', ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air. Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula...... WaLLâhu 'A-Lam Biş-Şawab...

Duit Banyak, Bapi Cepat Jer Habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

Buat Kerja, Tak Siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

Buat Sesuatu, Tak Dapat Manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

Masa Habis Dengan Sia-Sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Qur-n 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari ALLâh.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na-UżubiLLâh. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada ALLâh Ta-‘Âlâ untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga