ALLâh Maha Mengetahui segala sesuatu
kerana Dialah yang menjadikan semua makhluk, oleh itu setiap perintah dan
peraturanNya mesti mempunyai kebaikan dan hikmah disebaliknya, tetapi kita yang
kurang ilmu tidak mengetahuinya.
✐ Begitu juga dengan cara
sembelihan haiwan ternakan yang diwajibkan dalam Islam, walaupun nampak kejam
dari kaca mata orang barat kerana kita menggunakan pisau yang tajam untuk
menyembelih leher haiwan secara terus, tapi ternyata ia mempunyai banyak
kebaikan dan menghasilkan daging yang lebih selamat untuk dimakan berbanding
dengan cara yang diamalkan oleh orang barat yang membuatkan haiwan pingsan
dengan kejutan elektrik atau ubat pelali terlebih dahulu.
✐ Cara sembelihan Islam
ialah dengan memotong vena jugular, arteri karotid, trakea dan esofagus supaya
darah dapat dikeluarkan dengan cepat dan banyak sekali.
✐ Orang barat mendakwa
cara sembelihan mereka dapat mengurangkan rasa kesakitan binatang. Walau
bagaimanapun, dakwaan mereka ini ternyata salah berdasarkan kepada hasil kajian
perbandingan kedua-dua cara sembelihan yang dijalankan secara saintifik di
Jerman.
Hasil Kajian
Perbandingan Ini Menunjukkan:
☞ Cara sembelihan Islam
menghasilkan daging yang bersih daripada darah kerana semua darah disalurkan
keluar dengan cepat, manakala cara sembelihan barat menyebabkan terdapat darah
beku di dalam daging sebanyak 45% yang mana ini adalah berbahaya apabila
dimakan, terutamanya kanak-kanak.
☞ Cara sembelihan Islam,
pada 3 saat pertama, haiwan yang disembelih tidak merasa sakit kerana lehernya
dihiris dengan cepat menggunakan pisau yang tajam.
☞ Pada 3 saat berikutnya,
haiwan yang disembelih tidak sedarkan diri kerana semua darah keluar dengan
cepat dari badan.
☞ Selepas 6 saat ini,
haiwan yang disembelih tidak merasa sakit langsung kerana hampir semua darah
telah keluar dari badan.
Dalam
masa yang sama, jantung masih berdenyut lagi, dan dengan denyutan ini darah
yang berbaki ditolak keluar lagi dari badan, dan ini menghasilkan daging yang bersih
daripada darah dan ia selamat untuk pengguna.
☞ Sebaliknya, cara
sembelihan barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses kematiannya
mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat membeku di dalam daging.
☞ Begitulah kelebihan
cara sembelihan Islam yang diamalkan.
0 comments:
Post a Comment