BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
Nun. Wal-Qalami Wa Mâ Yasţurun Mâ 'Anta Bi-Ni‘-Mati Rabbika Bi-Majnun Wa 'Inna Laka La-‘Ajran Ġayra Mamnun Wa 'Innaka La-‘Alâ Khuluqin -‘Aźim Fasatubşiru Wa Yubşirun Bi-'Ayyiku-Mul-Maftun
'Inna Rabbaka Huwa 'A‘-Lamu Biman Đalla
‘An Sabilihi Wa Huwa 'A‘-Lamu
Bil-Muhtadin Falâ Tuţi-‘Il-Mukażżibin Waddu Law Tudhinu Fa-Yud-Hinun Wa Lâ Tuţi‘ Kulla Ĥallâ-Fim Mahin Hammâzim Mash-Syâ-'Im-Binamim Man-Nâ-‘Il-Lil-Khayri Mu‘-Tadin 'Ashim ‘Utllim-Ba‘-Da Żâlika Zanim 'An-Kâna Żâ-Mâliw-Wa Banin
'Iżâ
Tut-Lâ ‘Alayhi ‘Â-Yâtunâ Qâla 'Asâţirul-'Awwalin
Sanasimuhu ‘Alal-Khur-Ţuum 'Innâ Balawnâhum Kamâ Balawnâ 'Aş-Ĥâbal-Jannati 'Iż 'Aqsamu Layaş-Rimunnahâ Muşbiĥin Wa Lâ Yastash-Nun Faţâfa
‘Alayhâ Ţâ-'Ifum-Mir-Rabbika Wa Hum Nâ-'Imuun Fa-'Aşbaĥat
Kâş-Şariim Fatanâdaw-Muşbiĥin 'Aniġ-Du
‘Alâ Ĥarshikum 'In-Kuntum Şârimin Fanţalaqu Wa Hum Ya-Takhâfatun 'Allâ Yad-Khulannahal-Yawma ‘Alaykum-Miskin Wa Ġadaw ‘Alâ
Ĥardin-Qâdirin Falammâ Ra-'Awhâ Qâ- Lu 'Innâ Lađâllun Bal Naĥnu Maĥrumun Qâ-La' Awsaţuhum 'Alam 'Aqul-Lakum Lawlâ Tusabbiĥun Qâlu Subĥâna Rabbinâ 'Innâ Kunnâ Źâlimin Fa-'Aqbala Ba‘-Đuhum ‘Alâ
Ba‘-Đin Yatalâwamun
Qâlu Yâ-Waylanâ 'Innâ Kunnâ Ţâġin ‘Asâ Rabbunâ 'An-Yubdilanâ Khay-Ram- Minhâ 'Innâ 'Ilâ Rabbinâ Râġi-Bun Każâlikal-‘Ażâb;
Wa La-‘Ażâbul-'Âkhirati 'Ak-Bar. Law Kânu Ya‘-Lamun 'Inna
Lil-Muttaqiina ‘Inda Rabbihim Jannâtin-Na-‘Im 'Afanaj-‘Alul- Muslimina Kâl-Mujrimin
Mâ Lakum Kayfa Taĥkumun 'Am Lakum Kitâbun-Fihi Tadrusun 'Inna
Lakum Fihi Lamâ Takhayyarun 'Am Lakum 'Aymânun ‘Alaynâ Bâliġatun 'Ilâ
Yaw-Mil-Qiyâmati 'Inna Lakum Lamâ Taĥkumun Sal-Hum 'Ayyuhum-Bi-Żâlika
Za-‘Im 'Am Lahum Syurakâ-'U Fal-Ya'-'Tu Bi-Syurakâ-'Ihim-'In-Kânu Şâdiqin
Yawma Yuk-Syafu ‘An Sâq-Iw-Wa Yud-‘Awna 'Ilas-Sujudi Falâ Yasta-Ţi-‘Un Khâsyi-‘Atan 'Abşâruhum Tarhaquhum Żillah; Wa Qad Kânu Yud-‘Awna 'Ilas-Sujudi Wa Hum Sâlimun
Fażarni Wa Man-Yukaż-Żibu
Bi-Hâżal-Ĥadish; Sanas-Tadrijuhum-Min Ĥayshu Lâ Ya‘-Lamun Wa 'Umli Lahum; 'Inna Kaydi
Matin 'Am Tas-'Aluhum 'Ajran-Fa-Hum-Mim Maġramim-Mushqalun 'Am ‘Indahumul-Ġaybu
Fahum Yaktubun Faşbir
Li-Hukmi Rabbika Wa Lâ Takun-Ka-Şâĥibil-Ĥuti
'Iż Nâdâ
Wa Huwa Mak-Żum Law-Lâ 'An-Tadârakahu Ni‘-Matum-Mir-Rabbihi Lanubiża Bil-‘Arâ-'i
Wa Huwa Mażmum
Fajtabâhu Rabbuhu Fa-Ja-‘Alahu Minaş-Şâliĥin Wa 'Iny-Yakâdullażina Kafaru Layuz-Liqunaka Bi-'Abşârihim Lammâ Sami-‘Uż-Żikra
Wa Yaquluna 'Innahu La-Maj-Nun Wa Mâ Huwa 'Illâ Żikrul-Lil-‘Âlamin
Maksudnya:
Dengan
Nama ALLâh Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani
✐ Nun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, -
✐ Engkau (Wahai Muĥammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang
gila (sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang
Yang bijaksana).
✐ Dan Sesungguhnya Engkau tetap beroleh pahala
Yang amat besar, Yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan
ajaran Islam);
✐ Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak
Yang amat mulia.
✐ Maka (tidak lama lagi) Engkau akan melihat, dan
mereka juga akan melihat, -
✐ Siapakah orangnya Yang gila di antara kamu
semua.
✐ Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang-orang Yang mendapat petunjuk.
✐ Oleh
itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam Yang sedang Engkau amalkan, dan)
janganlah Engkau menurut kemahuan orang-orang Yang mendustakan (ugama ALLâh).
✐ Mereka suka kalaulah Engkau bertolak ansur
(menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut
(pada zahirnya terhadapmu).
✐ Dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu
Yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang Yang selalu bersumpah, lagi Yang
hina (pendapatnya dan amalannya), -
✐ Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan
fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
✐ Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan,
Yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi Yang amat berdosa, -
✐ Yang jahat kejam, Yang selain itu tidak tentu
pula bapanya.
✐ Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai
anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
✐ Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan
kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu
kala".
✐ (Orang Yang bersifat demikian, akan didedahkan
kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai
itu).
✐ Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka Dengan
bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum Yang telah
lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah
kebun itu pada esok pagi; -
✐ Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
✐ Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh
bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
✐ Lalu menjadilah ia sebagai kebun Yang telah
binasa semua buahnya.
✐ Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil
memanggil antara satu Dengan Yang lain -
✐ (Setengahnya berkata): "Pergilah pada
pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
✐ Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik
(katanya):
✐ "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang
miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
✐ Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, Dengan
kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil
kebun itu.
✐ Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya,
mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (Ini bukanlah kebun
kita)".
✐ (Setelah mereka perhati Dengan teliti, mereka
berkata: "Tidak! kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang Yang
dihampakan (dari hasil kebun kita, Dengan sebab ingatan buruk kita
sendiri)".
✐ Berkatalah orang Yang bersikap adil di antara
mereka: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak
menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya
kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu Yang jahat itu) ?"
✐ Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha
suci Tuhan kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"
✐ Kemudian setengahnya mengadap Yang lain, sambil
cela-mencela.
✐ Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita!
Sesungguhnya kita adalah orang-orang Yang melampaui batas.
✐ "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita
bertaubat) menggantikan bagi kita Yang lebih baik daripada (kebun Yang telah
binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
✐ Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan
kepada golongan Yang ingkar di dunia), dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih
besar lagi; kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan (tentulah mereka
beringat-ingat).
✐ Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa,
disediakan bagi mereka taman-taman syurga Yang penuh nikmat, di sisi Tuhan
mereka.
✐ Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan)
menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang Yang berdosa
(yang kufur ingkar)?
✐ Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu
menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
✐ Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari ALLâh) Yang kamu baca dan pelajari?
✐ Bahawa di Dalam Kitab itu membolehkan kamu
mendapat apa sahaja Yang kamu pilih?
✐ Atau Adakah kamu mendapat akuan-akuan Yang
ditegaskan Dengan sumpah dari kami, Yang tetap hingga hari kiamat, menentukan
Bahawa kamu dapat mencapai apa Yang kamu putuskan?
✐ Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah
orangnya di antara mereka Yang menjamin benarnya hukum: Bahawa mereka akan
mendapat di akhirat apa Yang didapati oleh orang Islam?"
✐ Atau Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang
sefaham Dengan mereka? kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul
mereka orang-orang Yang benar.
✐ (ingatkanlah orang-orang Yang tidak beriman)
akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru
supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -
✐ Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta
mereka diliputi kehinaan; dan Sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun
diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka Dalam keadaan sihat.
✐ Biarkanlah Aku sahaja (Wahai Muĥammad) Dengan orang Yang mendustakan
keterangan Al-Qur-'Ân ini, Kami akan
menarik mereka sedikit Demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah Yang
mereka tidak mengetahuinya.
✐ Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka;
Sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan Yang kufur ingkar itu), amatlah
kuat kukuh.
✐ Pernahkah Engkau (Wahai Muĥammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran
Islam Yang Engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu
(sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
✐ Atau Adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz Yang
mengandungi) perkara-perkara Yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk
menentang ajaran dan peringatanmu)?
✐ Maka Bersabarlah (Wahai Muĥammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan
janganlah Engkau bersikap seperti orang Yang telah ditelan oleh ikan. (ingatlah
kisahnya) ketika ia berdoa merayu Dengan keadaan sesak sebak terkurung Dalam
perut ikan.
✐ Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan
dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah Yang tandus (di tepi pantai)
Dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
✐ Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta
menjadikan Dia dari orang-orang Yang soleh.
✐ Dan Sesungguhnya orang-orang Yang kafir itu,
hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu Dengan pandangan mereka (yang
penuh Dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Qur-'Ân sambil berkata: "Sebenarnya
(Muĥammad) itu, sungguh-sungguh
orang gila".
✐ Padahal Al-Qur-'Ân itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.