“Belajar dan Mengajarkan
Ilmu”
✐ “Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan
membuatmu
cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi,
rasul dan orang-orang soleh.”
➫ Imam Syafie: Ilmu yang
sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada ALLâh و تعالى سبحانه.
Tidak
kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik
kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه yang tidak terbatas.
“Memilih Makanan yang
Halal”
✐ “Pilihlah
makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.”
➫ Imam Syafie: Dalam hadis
yang dinyatakan oleh Tirmizi, nabi bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada
makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”
“Memperbanyakkan Lima
Perkara”
☞ Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه daripada menyebut makhluk.
☞ Perbanyakkan menyebut akhirat daripada
menyebut urusan dunia.
☞ Perbanyakkan menyebut dan mengingat
hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
☞ Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan
keluarga.
☞ Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan
keaiban atau keburukan diri orang lain.”
➫ Imam Syafie: Nabi Muĥammad pernah mengingatkan umatnya
berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda
sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan
hidup sebelum mati.
“Sabar dengan Musibat,
Syukur dengan Nikmat“
✐ “Sabar
menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri
memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya
perhatian dan kasih saying ALLâh و تعالى سبحانه. Oleh itu, syukurilah
ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.”
➫ Imam Syafie: Musibat dan
nikmat adalah cubaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه supaya manusia sedar
dan kembali mengingati kekuasaan ALLâh و تعالى سبحانه.
Manusia
mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala,
malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
“Menziarahi Orang Sakit“
✐ “Apabila
salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,
hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh
malaikat dan dicintai ALLâh و تعالى سبحانه.”
➫ Imam Syafie: Barang
siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLâh و تعالى سبحانه, maka terdengarlah suara yang memanggil dan
mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam
syurga.
“Hindari Perasaan Marah“
✐ “Marah
adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh
itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” –
➫ Imam Syafie: Apabila
marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada
yang tersisa kecuali barah dan debu.
“Mengasihani Anak Yatim“
✐ “Kasihanilah
anak yatim kerana RasuluLLâh ﷺ juga tergolong sebagai
anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan
mengasihi anak yatim di akhirat.”
➫ Imam Syafie: Membiarkan
anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti
kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka
ke jalan yang diredai ALLâh و تعالى سبحانه dan jauhilah mereka
daripada jalan kesesatan.
Berbakti kepada Ibu Bapa“
✐ “Berbuat baik dan
tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana
mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah
keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.”
➫ Imam Syafie: Derhaka
kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas
berdasarkan sabda nabi yang dinyatakan oleh Bukhari,
“Sebesar-besar
(daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLâh و تعالى سبحانه, membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa
dan menjadi saksi palsu.”
“Amal Soleh sebagai
Perisai“
✐ “Berbuatlah
sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang
Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.”
➫ Imam Syafie: Semua
amalan itu bukan untuk ALLâh و تعالى سبحانه, tetapi untuk
keuntungan pengamalnya sendiri. ALLâh و تعالى سبحانه tidak memerlukan kita
dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.
“Takwa Membuahkan Insan
Berjaya dan Cemerlang“
✐ “Takwa
merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat
pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan
kemenangan.”
➫ Imam Syafie: Nabi Muĥammad ﷺ pernah bersabda dalam hadis yang
dinyatakan oleh Tirmizi, “Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah
setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan
pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”
“Bentengi Iman dengan
Lima Kekuatan”
✐ “Iman
mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh
itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara
iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila
ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah.”
➫ Imam Syafie: Iman itu
selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan
membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa
pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu
dan syaitan.
“Ilmu Menenangi Hati”
✐ “Ingat
dan zikir kepada ALLâh و تعالى سبحانه sebanyak-banyaknya
kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup
dan qanaah.”
➫ Imam Syafie: Ketenteraman
hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup
manusia. Menjadi hukum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan
tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada ‘kuasa’ yang mampu
mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.
“Khusyuk Zahir dan Batin”
✐ “Kyusuk
secara zahir adalah kyusuknya orang awam. Kyusuk secara batin adalah kyusuknya
orang pilihan di sisi ALLâh و تعالى سبحانه.”
➫ Imam Syafie: Kyusuk
berlaku kerana hati ikut bermunajat, berzikir, sentiasa berdoa kepada ALLâh و تعالى سبحانه serta sentiasa ingat ALLâh و تعالى سبحانه melihat gerak-geri hambaNya.
“Awas! Kubur Menunggu
Kita“
✐ “Kubur
adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi
yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar
menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi.” –
➫ Imam Syafie: Di dalam
kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan
majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia
pasti berakhir dengan kematian.
“Mematahkan Serangan
Syaitan”
✐ “Kita
hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada ALLâh و تعالى سبحانه. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan A‘uzubiLLâhi-Minasy-Syaiţanir-Rajim. Jika serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan
hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari ALLâh و تعالى سبحانه Taala hendak menguji keteguhan sabar kita,
hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu
lebih hebat daripada perang sabil.”
–
➫ Imam Syafie: Syaitan
sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan
membisikkan hasutan, godaan dan tipu daya.
Manusia
yang mengerjakan ibadat kepada ALLâh و تعالى سبحانه adalah orang yang
paling dimusuhi.
“Sebesar-Besar Keaiban”
✐ “Sebesar-besar
keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan
keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.” –
➫ Imam Syafie: Nabi Muĥammad ﷺ bersabda,
“Sebesar-besar
keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri
orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di
dalam diri engkau sendiri.”
“Membetulkan Hati“
✐ “Hati
adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan
pasukan kebatilan.” –
➫ Imam Syafie: Anggota
lahir hanya rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila
hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila hati baik,
baiklah seluruh anggota badan.
“Istighfar
Menggoncangkan Kerajaan Iblis”
✐ “Ketahuilah
bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.” –
➫ Imam Syafie: Istighfar
dapat melembutkan fikiran dan jiwa individu. Ia menghindarkan individu draipada
terlanjur melakukan kesalahan, menyalahkan orang lain dan menyebut perkataan
dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya, selalu menyebut nama-nama ALLâh و تعالى سبحانه dan terus memohon keampunan ALLâh و تعالى سبحانه.
“Indahkan Dunia dengan
Maaf”
✐ “Ketahuilah
bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf
kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya ALLâh و تعالى سبحانه akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.” –
➫ Imam Syafie: Sifat suka
memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci
murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredaan
hatinya kepada ALLâh و تعالى سبحانه.
“Takafur sebelum Tidur”
✐ “Takafurlah sebelum
tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang
hari sebagaimana Umar bin Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan
tentang dosa-dosanya pada siang hari.”
➫ Imam Syafie: Imbas
kembali setiap gerak langkah sepanjang siang tadi.
Bandingkan
amalan semalam dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini semakin baik, itu
tandanya sudah ada peningkatan takwa di dalam diri. Tidak kira sama ada amalan
itu berkaitan dengan urusan hablumminallah iaitu hubungan dengan ALLâh و تعالى سبحانه ataupun hablumminannas iaitu hubungan dengan
manusia.
“Kata-kata Hikmat Imam
Syafie“
✐ “Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia
dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang
soleh.”
➫ Imam Syafie:
Insan terbahagi kepada tida iaitu:
☞ Mereka yang mengenal ALLâh و تعالى سبحانه.
☞ Mereka yang mencari kebenaran.
☞ Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak
mencari kebenaran.
“Tunaikan Sepuluh Hak“
✐Barang siapa yang ingin
meninggalkan dunia dengan selamat,
hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
☞ Hak diri iaitu mengurangkan tidur,
mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang
ada.
☞ Hak malaikat maut
☞ Hak kubur
☞ Hak Munkar Nakir
☞ Hak mizan
☞ Hak sirat
☞ Hak Malik
☞ Hak Ridhwan
☞ Hak Rasulullah
☞ Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه …”
➫ Imam Syafie: Hak kepada ALLâh و تعالى سبحانه iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah
manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
“Imam Syafie dengan
Pendebat”
✐ “Engkau
seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti
(dihimpit) dengan tanah.” –
➫ Imam Syafie: Mengapakah
iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?
“Sepuluh Keutamaan
Menghubungkan Ukhuwah“
✐ “Barang
siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh
sepuluh kutamaan…”
➫ Imam Syafie: Orang yang
menghubungkan ukhuwah amat disukai ALLâh و تعالى سبحانه serta penduduk-penduduk
langit. Para malaikat juga gembira.
“Meraih Syurga Impian“
✐ “ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman
bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka
menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه…” –
➫ Imam Syafie: Di depan
kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti.
Tepuk dada, Tanya iman. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
“Meraih Pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه “
✐ “ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman
bahawa mereka akan mendapat pertolongan ALLâh و تعالى سبحانه seperti dalam firmanNya
dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud,
‘Dan adalah menjadi hak
(tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman’.”
–
➫ Imam Syafie: ALLâh و تعالى سبحانه juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160
yang bermaksud,
“Jika ALLâh و تعالى سبحانه menolong kamu, maka tiadalah yang dapat
mengalahkan kamu, jika ALLâh و تعالى سبحانه membiarkan kamu (tidak
memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLâh و تعالى سبحانه.
“Memohon Pembelaan ALLâh و تعالى سبحانه”
✐ “ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman
bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hajj ayat
38 yang bermaksud,
‘Sesungguhnya
ALLâh و تعالى سبحانه membela orang-orang
yang beriman’.” –
➫ Imam Syafie: Iman itu
sesudah diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan
membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang dapat merosakkan iman. Tanpa
pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu
dan syaitan.
“Menjadi Wali ALLâh و تعالى سبحانه “
✐ “ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan
bertakwa bahawa ALLâh و تعالى سبحانه akan menaiktarafkan
darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه selagi memenuhi syarat-syaratNya seperti dalam
firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, ‘ALLâhlah penolong (wali) bagi orang-orang beriman’.”
–
➫ Imam Syafie: “Sesungguhnya wali-wali ALLâh و تعالى سبحانه itu adalah mereka yang tiada kekhuatiran dan
tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada ALLâh
تعالى و سبحانه.”
“Mencari Hidayah ALLâh و تعالى سبحانه”
✐ ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang-orang yang beriman
akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana firman ALLâh و تعالى سبحانه dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud,
“Sesungguhnya
ALLâh و تعالى سبحانه adalah pemberi petunjuk
bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus’.”
➫ Imam Syafie:
Lima perkara bagi mendapat hidayah ALLâh:
☞ Perbanyakkan menyebut ALLâh و تعالى سبحانه.
☞ Perbanyakkan menyebut akhirat.
☞ Perbanyakkan menyebut dan mengingati
kematian.
☞ Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan
keluarga.
☞ Jangan sebut-sebut keaiban orang.
✐“Rezeki yang Baik dan Keberkatan“
ALLâh و تعالى سبحانه menjanjikan kepada orang yang beriman bahawa
mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka
menunaikan perintah ALLâh و تعالى سبحانه sebagaimana firmanNya
dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud,
“Jikalau
sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti Kami akan melimpahkan mereka
berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami
seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”
➫ Imam Syafie: Qur-'Ân menyebut, segala musibat yang
menimpa adalah akibat daripada tingkah dan olahan manusia sendiri. Ada masanya
musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi
semua orang termasuk orang yang tidak bersalah.
Di
petik dari buku berjudul 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali, 2006