Dalam
sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud عليه السلام sedang
duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, dengan tiba-tiba dia
terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu
Nabi Daud عليه السلام. berkata pada dirinya,
"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik
sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah
itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud عليه السلام. "Wahai Nabi Allah! Allah و تعالى سبحانه telah mengilhamkan
kepadaku untuk membaca 'SubhanaLLâhu WalĥamduliLLâhi Wa Lâ 'Ilaha
'IllaLLâhu WaLLâhu Akbar'
setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku
supaya membaca 'ALLâhumma Şalli ‘Ala Muĥammadin An Nabiyyil 'Ummiyyi Wa ‘Ala Alihi Wa Şaĥbihi Wa Sallim' setiap malam sebanyak
1000 kali.
Setelah
ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud عليه السلام. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku
agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya
Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat
tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah
و تعالى سبحانه. maka Nabi Daud عليه السلام. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah تعالى و سبحانه.
Begitulah
sikap para Nabi عليه السلام. apabila mereka
mencedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan
bertaubat dan menyerah diri kepada Allah
و تعالى سبحانه.
Kisah-kisah
yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan
sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang
sama-sama kita tumpangi ini.