Ada
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik
dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan
itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya
berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah."
Isterinya
tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah و تعالى سبحانه. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa
dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak
kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke
dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."
Kemudian
isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya
dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka
dengan membaca, "Bismi-LLâhir-Raĥmânir-Raĥiim." Ketika itu Allah و تعالى سبحانه. menghantar malaikat Jibrail عليه السلام. untuk mengembalikan
beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
0 comments:
Post a Comment