Allah و تعالى سبحانه telah memerintahkan
seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah ﷺ untuk memberitahu segala rahsianya;
samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan
darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat
manusia.
Maka
Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang
Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasulullah ﷺ. Hendaklah engkau buka segala rahsia
engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan
sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya
akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan
azab yang amat keras."
Demi
mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka
segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang
buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor
lembu.
Iblis
pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah ﷺ.
Maka
sembah Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak
mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"
Maka
jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau
menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu
Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil
dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia
sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud
dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau
menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang
telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.
Hai
Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah, cuma salam engkau saja
aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik
engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa
kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah
Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah
Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah
disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari
zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.
Ya
Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu
dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan. "
Maka
Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah!
Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba
menjadi abu."
Apabila
mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya,
inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh
sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian
umatku.
Soalan Nabi (1): "Hai Iblis!
Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Alla!
Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi
ini."
Maka Nabi pun memandang
muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.
Sambung
Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba
seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun
tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru
kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah
diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir
kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk
memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir,
murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar
kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya
bersama hamba."
Soalan Nabi (2): "Hai Iblis! Betapa
perbuatanmu kepada makhluk Allah?"
Jawab Iblis: "Adalah satu
kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang
bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.
Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan
minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak
dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke
jalan haram.Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di
situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.
Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba
hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang
perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih
antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu,peminjam
dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat
atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya.
Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri
orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan
melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela
dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi (3): "Hai Iblis!
Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak
mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar
di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau?
Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa
yang memberi pendengaran engkau?Siapa yang memberi kekuatan anggota badan
engkau?"
Jawab Iblis: "Sekelian itu
adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan
takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa
hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan
pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.
Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat
beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah hendak menjadikan seorang Khalifah
di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam)
lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali
hamba yang ingkar.Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik
molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit
hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang
permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah
dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti
Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga
ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah
(di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami
hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba
masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat
naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia
berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke
dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba
dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah
dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba
tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana
banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba
berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah
daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena
lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah
kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Soalan Nabi (4): "Hai Iblis! Apakah
yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis: "Pertama sekali
hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan,
perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan
cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut
kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi (5): "Hai Iblis! Jika
umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Sebesar-besar
kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba.
Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada
setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota
badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang
pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat,
hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya
sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis
duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud
lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat
habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu
tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka
dengan seberat-berat hukuman."
Soalan Nabi (6): "Jika umatku
membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Jika mereka
membaca Al-Qur'an kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus
segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya. "
Soalan Nabi (7): "Jika umatku
mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Binasalah diri
hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun
Islamnya."
Soalan Nabi (8): "Jika umatku
berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau
Jawab Iblis: "Ya Rasulullah!
Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal
bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian
Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allaâh akan mengampunkan segala dosa yang
lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan
dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi
langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya
siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang
berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua
pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta
dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut
ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa,dengan perintah Allah
datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba;
jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan
dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa
azab yang lain telah menunggu kami.""Setelah habis umat tuan berpuasa
barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat
tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan
bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan
biasa."
Soalan Nabi (9): "Hai Iblis!
Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis: "Sekelian sahabat
tuan hamba juga adalah sebesar - besar seteru hamba. Tiada upaya hamba
melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan
sendiri telah berkata yang, "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di
langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir
kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya
atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah
mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu
Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah
menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina A'Isyah yang juga banyak menghafaz Hadis
tuan.
Saidina
Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia
sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang
wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini
kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya
Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku", kerana dia adalah
orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga
digelar 'Al-Faruq'.
Saidina
Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak
membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan
menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang
melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya
hingga tuan mengatakan, "Barang siapa menulis BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim
pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala
seperti pahala Usman mati syahid."
Saidina
Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di
medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan
jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat
beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak
pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala.Digelar 'Ali Karamullahu
Wajhahu' - dimuliakan ALLâh akan
wajahnya dan juga 'Harimau Allah'
dan tuan sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu danAli itu
pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba
ngeri kepadanya."
Soalan Nabi (10): "Bagaimana tipu
daya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Umat tuan itu ada
tiga macam.
Yang
pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama
yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta
meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s, "Ulama itu adalah
pelita dunia dan pelita akhirat."
Yang
kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan
kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang
ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta
dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya,
hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut
kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut
ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak
beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia
menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang
tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak
sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik
hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada
yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan
perempuan lacur."
Soalan Nabi (11): "Siapa yang serupa
dengan engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang
meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."
Soalan Nabi (12): "Siapa yang
mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang
berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Soalan Nabi (13): "Apakah rahsia
engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang
Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka
hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."
Soalan Nabi (14): "Jika umatku
bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan
hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka
larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan
isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi
anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan,
durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka
makan tanpa membaca Bismillah,hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi (15): "Dengan jalan apa
boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat
dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan
perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah
marahnya."
Soalan Nabi (16): "Siapakah orang
yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan
perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu
kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang,
bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Soalan Nabi (17): "Hai Iblis!
Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang tidur
meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur
semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu
zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."
Soalan Nabi (18): "Apakah jalan yang
membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang banyak
menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat,
banyak tadarus Al-Qur'an dan solat tengah malam."
Soalan Nabi (19): "Hai Iblis! Apakah
yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang duduk
di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi (20): "Apa lagi yang
memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang taat
kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka
selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak
kaki ibu'"
Soalan Nabi (21): "Hai Iblis ! Apa
pula yang dapat merantai engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang
berjual atau berniaga dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan
tukarannya".
Soalan Nabi (22): "Hai Iblis !
Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Apabila bertemu
dua orang di tengah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh rakannya, maka
pecahlah dada hamba rasanya, maka hambapun meratap kerana keduanya mendapat
keampunan apabila kedua-duanya berpisah untuk urusan masing-masing"
Soalan Nabi (23): "Hai Iblis ! Siapa
pula sahabat yang paling hampir dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang
meminum arak, tuak atau dadah kerana bahayanya telah jelas membawa pepecahan,
perkelahian dan perceraian".
Soalan Nabi (24): "Hai Iblis ! Siapa
pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila
bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher
perempuan-perempuan muda itu , hamba hiaskan dengan jelingan dan senyuman yang
menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus
dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua
kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya
atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.
Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah
farajnya (kemaluannya) . Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya
tiadalah terpelihara imannya".
Soalan Nabi (25): "Hai Iblis ! Di
mana tempat engkau diami ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada
rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain
daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada
perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk
ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman
mereka".
Soalan Nabi (26): "Hai Iblis ! Di
mana tempat perhimpunan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu tiap-tiap
rumah wayang dan tempat menari dan seumpamanya seperti tempat percampuran di
antara lelaki dan perempuan".
Soalan Nabi (27): "Hai Iblis ! Aku
lihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau buat ?"
Jawab Iblis: "Hamba hendak
mengacau dan merosakkan orang solat di situ, tetapi hamba sangat takut kepada
seorang yang sedang tidur di situ".
Maka Tanya Nabi: "Kenapa engkau
tidak takut kepada orang yang solat padahal dia dalam solat dan bermunajat
kepada Allah و تعالى سبحانه. Mengapa engkau takut
kepada orang yang tidur di sebelahnya, padahal dia di dalam lalai dan tidak
memandanga suatu apapun (tidak sedar) ?"
Jawab Iblis: "Orang yang sedang
solat itu bodoh dan jahil, jika hamba hendak rosakkan solatnya itu sangat
mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat alim. Hamba takut ketika hamba
mengoda dan merosakkan solat orang jahil itu, kalau-kalau orang alim itu
tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil tersebut".
Soalan Nabi (28): "Hai Iblis !
Apakah puji-pujian engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu suara orang
yang menyanyi-yanyi dan berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian (muzik)
kecuali orang yang menyanyi, berpantun memuji-muji Allah seperti bernasyid dan
berselawat".
Soalan Nabi (29): "Hai Iblis !
Siapakah yang sekaum dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang
menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan makan riba".
Soalan Nabi (30): "Hai Iblis !
Dengan sebab apakah engkau gelapkan hati manusia ?"
Jawab Iblis: "Iaitu dengan
sebab mereka makan dan minum dengan rezeki yang haram kerana mereka gelap mata
(tidak nampak) pada mencari harta dengan cara yang halal dan mereka yang
membanyakkan tidur meninggi hari sehingga terlepas solat Subuh serta mereka
yang memenuhkan perutnya dengan kekenyangan"
Soalan Nabi (31): "Hai Iblis ! Siapa
yang menyukai hati engkau ?"
Jawab Iblis: "Orang kaya yang
bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada orang yang dhaif tetapi
zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin. Sesungguhnya bakhil
itu adalah musuh Allah dan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan
dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku"
Soalan Nabi (32): " Hai Iblis !
Siapakah yang menyuburkan badan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang
hasad dengki, orang yang tidak belajar dan ajaran Islam, segala perempuan yang
jahat dan setiap perempuan yang mencabulkan dirinya serta menjualkan
maruahnya"
Soalan Nabi (33): "Hai Iblis ! Jika
mati seorang ulama' bagaimana perasaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Telah subur dan
bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba"
Sabda RasuluLLâh ﷺ:
"Barangsiapa berdukacita atas kematian seorang ulama', maka dituliskan
oleh Allah pahala baginya 1000 alim dan 1000 syuhada".
Sabda
Rasulullah ﷺ lagi : "Akan ada
umatku yang menjauhkan dirinya daripada para ulama' atau setiap orang yang
benci kepada orang yang mengajar agama dan ulama' akan mendapat 3 bala daripada
Allah و تعالى سبحانه;
☞ Diangkatkan berkat daripada rezekinya
(prndapatannya)
☞ Didatangkan kepada mereka seorang ketua @
pemerintah yang zalim
☞ Dimatikan dalam keadaan tidak beriman
Soalan Nabi (34): "Hai Iblis ! Jika
umatku solat berjemaah, bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Sesungguhnya
mereka itu terlepas daripada tipudaya hamba"
Sabda Rasulullah ﷺ: "Hai sahabtku
sekelian ! Barangsiapa solat berjemaah 5 waktu, maka ia akan dikurniakan 5
perkara :
☞ Tidak ditimpa kemiskinan
☞ Dilepaskan dari siksa kubur
☞ Diserahkan kitab catatan di sebelah kanan
☞ Melalui titian sirat pantas seperti kilat
menyambar
☞ Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab
Sabda Rasulullah ﷺ lagi: "Adalah solat
lelaki yang berjemaah itu terlebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya
seorang diri, solat berjemaah itu mendapat 27 darjat dan seseorang yang solat
berjemaah di rumahnya bersama anak dan isteri mendapat pahala haji dan
umrah"
Soalan Nabi (35): "Hai Iblis ! Jika
umatku membaca selawat ke atasku, bagaimana keadaan engkau?"
Jawab Iblis: "Muka hamba akan
terbelah sebeb mereka ingat kepada tuanku"
Sabda Rasulullah ﷺ: "Barangsiapa yang
membaca selawat ke atasku, para malaikat memintakan keampunan baginya dan dia
adalah ahli Syurga"
Soalan Nabi (36): "Hai Iblis ! Jika
umatku solat Hariraya ke masjid bagaimana hal engkau kerana Allah و تعالى سبحانه telah berfirman: "Hai sekelian Malaikat ! Saksikan olehmu
bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa seluruh umat Muhammad, lelaki dan
perempuan".Apabila selesai solat dan khutbah maka Firman Allah و تعالى سبحانه:
"Hai umat Muhammad ! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya
Aku telah ampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan
dosa kamu itu dengan kebajikan"
Jawab Iblis: "Ya Rasulullah !
Apabila umat tuan hamba pergi solat hariraya, maka hamba sangat dukacita dan
menyesal. Maka hambapun bersorak, datanglah bala tentera hamba dan mereka
berkata : "Hai raja kami ! Siapakah yang tuan murkakan ? Adakah ia dari
langit atau bumi ? Arahkan kami sekelian pergi membinasakan apa yang di langit
dan di bumi"Maka sahut hamba : "Hai bala tenteraku ! Yang menyebabkan
aku ini dukacita ialah kerana Allah و تعالى سبحانه telah mengampuni umat
Muhammad pada hari raya ini. Wahai sekelian tenteraku ! Apakah kamu tidak
mengetahui bahawa Allah telah menerima puasa umat Muhammad ? Dan Allah sangat
kasih dan sayang kepada mereka dengan rahmatnyanya diperkenannya segala doa
mereka serta diampunkan segala kesalahannya" ."Hai tenteraku !
Hendaklah kamu goda mereka itu supaya mereka malas untuk beribadah dan supaya
bimbang dengan berjalan ke sana ke mari , asyik berjudi dan bersukaria
masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya
datang kemurkaan Allah dan diturunkan bala ke atas mereka yang tentu akan
menyenangkan hatiku". Maka pergilah sekelian tentera Iblis mengacau umat
Muhammad".
Soalan Nabi (37): "Hai Iblis ! Jika
umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Hamba telah
bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca
doa dalam masa yang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan
dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun
berpaling pergi".
Soalan Nabi (38): "Hai Iblis ! Jika
umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah !
Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah
memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan
dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini"
Soalan Nabi (39): "Hai Iblis !
Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang
tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuatdosa itu. Ya Nabi Allah !
Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa
daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu
mengucap Lâ 'Ilâha 'IllâLLâh dan
istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"."Lagi
satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang
bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba
mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis
Syaitan".
Soalan Nabi (40): "Hai Iblis !
Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah
dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir
kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang" .
Jawab Iblis: "Maka Iblispun
mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan
Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memarik
sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di
dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan
supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka firman Allah و تعالى سبحانه :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis) ! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu !
Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu
meminta ampun kepadaKu".
Maka kata Rasulullah ﷺ: "Ya Rasulullah ! Bahawasanya
hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
✐ Mereka itu mengaju kasih kepada Allah
padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
✐ Mereka sangat marah kepada hamba tetapi
mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Maaun !
Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua
kebahagiaan ;
☞ Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah
(penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka
☞ Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku
jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"
Setelah
itu Rasulullah ﷺ. pun menghalau Iblis.
Dia pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui
oleh umat Nabi Muhammad ﷺ.
0 comments:
Post a Comment