Suatu
hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik.
Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama
lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak
pulang ke markas masing-masing.
Di
sana Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat telah
berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa
yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam
perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka
iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor
singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah
menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak
seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata
salah seorang sahabat.
Mendengar
perkataan itu, Rasulullah ﷺ
pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para
sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah ﷺ itu. Bagaimana seorang yang telah
berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para
sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah
itu.
Rasulullah
sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda
berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama,
Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya
dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas
tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus
membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia
melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan
akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan
dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang
parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah
menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Rasulullah
ﷺ lagi, sebelum dia mati,
Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana
agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan
kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah
dirawikan oleh Luqman Hakim.
0 comments:
Post a Comment