Dalam
sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan
di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil
sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila
orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai
anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka
berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an
sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu
quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman,
jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan
dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata
orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu
terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata
anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah
pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka
akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka
letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu
sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata
orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut
kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami
nanti?"
0 comments:
Post a Comment