Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud عليه السلام sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud عليه السلام. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud عليه السلام. "Wahai Nabi Allah! Allah و تعالى سبحانه telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'SubhanaLLâhu WalĥamduliLLâhi Wa Lâ 'Ilaha 'IllaLLâhu WaLLâhu Akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'ALLâhumma Şalli Ala Muĥammadin An Nabiyyil 'Ummiyyi Wa Ala Alihi Wa Şaĥbihi Wa Sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud عليه السلام. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah و تعالى سبحانه. maka Nabi Daud عليه السلام. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah تعالى‎ و سبحانه.

Begitulah sikap para Nabi عليه السلام. apabila mereka mencedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah و تعالى سبحانه.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

0 comments:

Post a Comment