✐ Ini adalah tanda
pertama dari ALLâh و تعالى سبحانه kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
✐ Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama
ada mereka sedar atau tidak sahaja.
✐ Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
✐ Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil
✐ Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar.
✐ Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin
ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita
sedar akan kehadiran tanda ini.
✐ Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
✐ Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum
Hari Mati.
☞ Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
☞ Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
☞ Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arash ALLâh و تعالى سبحانه.
☞ Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
☞ Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika
ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.
☞ Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari.
☞ Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
0 comments:
Post a Comment