♥♥..Lelaki Yang Prihatin..♥♥
✐ Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar
dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga
kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan
jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Menjadi
Penawar..♥♥
✐ Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk
jadi penawar hati wanita; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting
kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari
sakit mata sampai sakit jiwa raga.
✐ Jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi
betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala
bisa..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Memberi
Kebebasan Sewajarnya..♥♥
✐ Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum,
tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
✐ Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan
berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey
kedai tu. Lelaki cuma perlu senyum saja.
✐ Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Berhati-Hati..♥♥
✐ Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan
kritikan terutama tentang masakan . Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum
perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu
ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
✐ Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak
sedap.
✐ Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Wangi..♥♥
✐ Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang
dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan.
✐ Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini.
Jagalah fizikal anda, elakkan B.O apalagi yang kuku berkarat dan
selekeh macam pelarian tak cukup kaki.
✐ Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi
dan berendamlah dalam botol minyak wangi..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Pemurah..♥♥
✐ Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang
sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan.
✐ Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum
perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut
suami.
✐ Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya
pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Tidak Kisah..♥♥
✐ Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan
ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah
tu.
✐ Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini
adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk
menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi
idaman ramai wanita tu..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Memberi
Sokongan Padu..♥♥
✐ Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan.
✐ Sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada
kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman
atau jiran tentangga.
✐ Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan
sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut
mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut
sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki
dia..♥♥
♥♥..Lelaki Yang Menyerahkan
Kuasa Vetonya..♥♥
✐ Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka
sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih
macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita.
✐ Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan
samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain
itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami
mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok.
✐ Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak
sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI
MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri ,
tunangan atau kekasih mereka..♥♥
1 comments:
kelinci99
Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino
Post a Comment