✐Sebenarnya Lelaki tidak mencari
wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan
mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata
keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
✐Lelaki sangat benci dikhianati.
(Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
✐Ketika saat ini dia menyukai Anda,
beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal
ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
✐Jika dia mengatakan “Ya, memang aku
tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan
berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama
lain).
✐Dalam sehari, dia akan sibuk bermain
dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia
bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah,
mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari
ini).
✐“Awak sedang buat apa?” atau “Dah
makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di
telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka
sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
✐Jika seorang lelaki benar-benar
mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam
atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet
ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
✐Lelaki sangat tergila-gila ketika
melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah
Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
✐Lelaki akan melakukan apa saja untuk
menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas
kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
✐Lelaki tidak suka jika Anda
bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita
tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia
mendengar kisah bekas kekasih Anda).
✐Jika lelaki ingin bertemu dengan
orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
✐Lelaki ingin selalu berbagi semua
hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan
baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap
untuk bercerita kepada anda).
✐Sesekali, lelaki menangis. (Semua
bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih,
ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan
pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
✐Jangan berusaha membuat lelaki
marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
✐Lelaki adalah makhluk simple, mereka
bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
✐Lelaki akan mencuba mendapatkan hati
wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya.
(Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian
akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
✐Saat Anda membuat seorang lelaki
jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu
boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
✐Jangan pernah berkata padanya,
“Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan
bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang
sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
✐Lelaki tidak akan pernah boleh tidur,
jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya.
(Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus
menerus merindukan Anda).
✐Lelaki selalu memiliki cara untuk
memuji Anda (baca: merayu Anda).
✐Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat
berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan
sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan
berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia
cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
✐Jika Anda berkata tidak, yang ada di
dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia
meminta Anda menjadi kekasihnya?).
✐Anda tidak akan pernah boleh membuat
lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi
terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut
wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
✐Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud
diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa
seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan
cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
✐Lelaki sangat menyayangi ibunya.
✐Lelaki akan menyimpan sebagian
wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
✐Lelaki sering berfikir tentang
wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai
wanita itu).
✐Anda tidak akan pernah boleh
memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah
mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
✐Jika seorang lelaki dengan
sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya,
percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
✐Bukan lelaki saja yang gemar
bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
✐Wanita, adalah kelemahan setiap
lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga
tidak suka melihat Anda bersedih).
✐Tak seperti wanita, lelaki lebih
jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa
adanya.
✐Boleh saja membuat lelaki penasaran
pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan
jenuh.
✐Percaya atau tidak, lelaki adalah
juri yang adil dan baik.
✐Walau kadang-kadang mereka kelihatan
selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
✐Lelaki lebih suka pada wanita yang
menghargai dirinya apa adanya.
✐Lelaki mencintai seorang wanita yang
boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
✐Jika ada seorang lelaki yang
menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau
menyalahkan dirinya.
✐Jika ada seorang lelaki menyukai
Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak
pernah menipu).
✐Lelaki selalu memiliki cara untuk
menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak
jalan-jalan ke shopping mall).
✐Lelaki lebih menyukai wanita yang
cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
✐Lelaki adalah makhluk yang sok
pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.
Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.
✐Ketika lelaki menginginkan sesuatu,
mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh.
Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu
keinginan itu susah diwujudkan.
✐Lelaki adalah makhluk yang payah
dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
✐Terkadang, lelaki terlalu banyak
berpikiran negatif berbanding positif.
✐Fantasi lelaki tentang wanita adalah
satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah
memiliki pasangan dan keluarga).
✐Tinggi badan mungkin bukan masalah
yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan
(wanita khususnya, termasuk Anda).
✐Jika lelaki mulai serius dengan
hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa
dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox
message di dalam handphone Anda).
✐Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan
lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
✐Bagi lelaki, melupakan seseorang
memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.
Info: informasi.my
0 comments:
Post a Comment