✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun
mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil عليه السلام dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam
yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji
benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan
telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka
sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan
bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak
amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan
bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi
yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah و تعالى سبحانه. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan
yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad ﷺ bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak
akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu
bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
Semua Makhluk Berada Bawah Cahaya Matahari Yang Terik Kecuali 7 Golongan
Yang Mendapat Teduhan Dari Arasy. Mereka Ialah:
☞ Pemimpin
yang adil.
☞ Orang
muda yang taat kepada perintah Allah.
☞ Lelaki
yang terikat hatinya dengan masjid.
☞ Dua
orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
☞ Lelaki
yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku
takut pada Allah ".
☞ Lelaki
yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
☞ Lelaki
yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir
air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam عليه السلام menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan Allah و تعالى سبحانه. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh عليه السلام, Nabi Ibrahim عليه السلام, Nabi Musa عليه السلام, Nabi Isa عليه السلام (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam عليه السلام) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasulullah ﷺ. Jarak masa antara satu nabi
dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad ﷺ ke hadrat Allah و تعالى سبحانه
. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang
yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan
turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih
dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa
dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama
istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana
takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan
pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin
mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
Muhammad ﷺ, dan amalan yang pertama kali
dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya
mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang
yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan
yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan para
imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika
dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan
buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah و تعالى سبحانه dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar
dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang
sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad ﷺ di akhirat
:
☞ Meringankan
penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
☞ Memasukkan
manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
☞ Mengeluarkan
manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah و تعالى سبحانه.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga
diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70
000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan
(titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun
menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan
api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad
Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika
sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
“Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. “
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama:
① Sedekah/amal
jariahnya.
② Doa
anak²nya yang soleh.
③ Ilmu
yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kredit: Nur Iman
1 comments:
ayat kursi is halal
Post a Comment