Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Adam...
Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan dekati aku

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menggodaku

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan merayuku

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jaga izzahmu denganku

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menyentuhku

Jika Mencintaiku kerana ALLâh jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh jangan menjadikan aku kekasihmu

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu.

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat.

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.

Jika kau mencintaiku kerana ALLâh, Yakinlah!

Jika aku memang di takdirkan ALLâh menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu.

Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata.

Hawa...
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?

Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa malu dengan gatal menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada kegatalanku?

Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?

Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?

Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana ALLâh namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut ALLâh murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku? Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku: "Mencintaimu Kerana ALLah" adalah palsu.

Ketahuilah Hawa..
Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan berani menyentuhmu, bahkan hatimu sekalipun. Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.

Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu Kerana kau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

 Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana ALLâh, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu.

Bukankah jika ALLâh tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya? Jadi untuk apa aku risau?

Hawa.. Sadarlah.!
Jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana ALLâh, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku.

Pandangan Mata
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

Makan Garam
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

Minum Tangan Kanan
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

Sesaat Di Jalan ALLÂH
Sesaat berdiri di jalan ALLâh lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

Langkah Kanan
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

Makan Tiga Jari
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

Jaminan ALLÂH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan ALLâh.

Gunting Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

Jangan Bersiul
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

Cara Potong Kuku Tangan
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

Cara Potong Kuku Kaki
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

Panjang Lengan Baju
Panjang lengan baju Nabi Muĥammad adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

Pakaian Kesukaan
Pakaian kesukaan Nabi Muĥammad adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

Bersiwak
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka ALLâh hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

Doa Dalam Sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

Adab Tandas
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

Adab Makan
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

Tiga Jenis Orang
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh ALLâh و تعالى سبحانه pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

Pakai Minyak Wangi
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

Ambil Wudhu Sebelum Tidur
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

Cincin Perak
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

Shalat Fardhu Di Masjid
Nabi Muĥammad tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

Pakai Celak
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

Panjang Pakaian
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

Solat Fardhu Berjemaah
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

Menyimpan Janggut
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

Warna Pakaian RasuluLLâh
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Nabi Muĥammad menyukai pakaian berwarna putih.

Posisi Tidur
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

Minum Lepas Makan
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

Tidur Sebelum Zohor
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

Berdiri Hormat
Nabi Muĥammad membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

Pakai Warna Kuning
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

Makan Dengan Orang Miskin
Nabi Muĥammad suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

Menu RasuluLLâh
Nabi Muhammad membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

Ketawa RasuluLLâh
Ketawa Nabi Muĥammad hanyalah senyuman.

Minuman RasuluLLâh
Minuman yang paling disukai oleh Nabi Muĥammad adalah minuman yang manis dan dingin.

Hisap Air Dalam Hidung
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

Beri Makan Anak Yatim
Nabi Muĥammad suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

Larangan Pakai Cincin
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

Bangun Tidur
Nabi Muĥammad bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

Kongsi Makanan
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi Muĥammad suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

4 Rakaat Sebelum Zohor
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

Istighfar
Nabi Muĥammad beristighfar kepada ALLâh mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

Jangan Mencaci Makanan
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

Apabila Bertamu
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

Jawab Salam Dalam Tandas
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz ALLâh dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

Makanan Panas
Nabi Muĥammad melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

Giliran Minum
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

3 Amal
Nabi Muĥammad menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

Jangan Tidur Meniarap
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci ALLâh.

Cara Pegang Miswak
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

Dua Rakaat Sebelum Subuh
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Dari Anas رضي ﷲ عنه. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.

Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur-n maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah رضي ﷲ عنه. berkata, Nabi Muĥammad . telah bersabda:

Apabila Telah Mati Anak Adam Itu, Maka Terhentilah Amalannya Melainkan Tiga Macam :
Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
Ilmu yang berguna dan diamalkan.
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

@Bacalah Quran Dan Hayatinya

Dikisahkan Bahawa Sewaktu Fatimah رضي ﷲ عنه. Meninggal Dunia Maka Jenazahnya Telah Diusung Oleh 4 Orang, Diantaranya Ialah:

Ali bin Abi Talib (suami Fatimah رضي ﷲ عنه)

Hasan (anak Fatima رضي ﷲ عنه)

Husin (anak Faimah رضي ﷲ عنه)

Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه

Sewaktu jenazah Fatimah رضي ﷲ عنه diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary رضي ﷲ عنه berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak RasuluLLâh ." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits As-Samarqandi Berkata Kalau Seseorang Itu Hendak Selamat Dari Seksa kubur Hendaklah Melazimkan Empat Perkara Semuanya:

Hendaklah ia menjaga solatnya

Hendaklah dia rajin bersedekah

Hendaklah dia rajin membaca Al-Qur-n

Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun Empat Perkara Yang Harus Dijauhi Ialah :

Jangan berdusta.

Jangan mengkhianat.

Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

Jangan kencing sambil berdiri.

Nabi Muĥammad bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLâh و تعالى سبحانه

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada ALLâh dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri