Advertise Here

Hamparan Kasturi

- Another Blogger Blog's


Khasiat Ayat Ini:

“Simptom Yang Akan Didapati Selepas Mendengar”
Denyutan jantung makin kencang.
Badan bergegar.
Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
Mengantuk/menguap.
Batuk.
Gelisah.
Panas di tengkuk.

Selepas Mendengar Ayat Ini:
In-Syâ'-ALLâh dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.
Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita.
Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.
Bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan Mendegar Mp3 Ini, In-Syâ'-ALLâh Mampu Menyembhkan Penyakit - Penyakit Misteri Antaranya:
Fikiran runsing/jiwa gelisah.
Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka.
Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan.
Ketengangan dalam rumahtangga.
Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.
Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.
Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.
Menguatkan hafalan dan pembelajaran.
Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran.
Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

Cara Menggunakan Mp3 Ini:
RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.
Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah Taha ayat 1).

Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar In-Syâ'-ALLâh..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu:
“Bagi Kesihatan Diri Dan Keluarga”
Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

“Bagi Pesakit Gangguan Jin”
Dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

“Bagi Anak-Anak Yang Menangis Diwaktu Malam”
Anda perlu pasangkan dengan kuat, In-Syâ'-ALLâh jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

“Untuk Merawat Histeria, Sihir, Saka Dan Lambat Jodoh”
Sediakan 3botol besar air mineral.
Buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).
Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.
Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat kursi 3x dan Ash-Sharh (Al-Inshirah) 3x secara istiqomah.
Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

“Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah”
Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

“Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat”
Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, In-Syâ'-ALLâh kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Dari sumber blogger

Muat Turun Ayat-Ayat Ruqyah:
Comments: (0)



ALLâhumma 'Inni 'Astakhiru-Ka Bi-Ilmik Wa 'Astaq-Diruka Biqud-Ratik, Wa 'As 'Aluka Min Fađ-Likal Aźim. Fa 'Innaka Taq-Diru Wa Lâ 'Aq-Dir, Wa Ta-Lamu Wa Lâ 'A-Lam Wa 'Anta Alla Mul-Ġuyub. ALLâhumma 'In Kunta Ta-Lamu 'Anna Hażâl 'Amra (Sebutkan Urusan....) Khairu Li Fi Dini Wa Ma ‘Âsyi Wa ‘Âqibati 'Amri, Faqdurhu Li Wa Yassirhu Li Shumma Bârik Li Fih, Wa 'In Kunta Ta-Lamu 'Anna Hażâl 'Amra (sebutkan Urusan....) Syarrun Li Fi Dini Wa Ma ‘Âsyi Wa ‘Âqibati 'Amri, Faş-Rif-Hu An-Ni Waş-Rifni ‘Anhu Waqdur Lil-Khaira Ĥaishu Kâna Shumma 'Arđinih.

Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan Urusan....) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah و تعالى سبحانه. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismi-LLâhir-Raĥmânir-Raĥiim." Ketika itu Allah و تعالى سبحانه. menghantar malaikat Jibrail عليه السلام. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

Abu Umamah رضي ﷲعنه berkata:
" Rasulullah ” telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda “Rasulullah ”:
"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah و تعالى سبحانه. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."